24 Julai 2010

Resipi - Daging Masak Halia ^___^


Assalamualaikum semua
buat apa tu? hihi masih masak2 ke ^_^
wah..tani masak daging lagi diz tym
actually ada sedikit daging tinggal di freezer
so plan nak masak daging lak, coz lately masak ayam saja hihi
soe yeaa....kat rumah siti ni , f makan ayam saja pun,
nda kelamuan nya org huhu
so tani tukar selera ^-^

f nak masak masakan ni, jgn luan byk halia
nanti rasanya kalat ta plg
sedang saja...haha evenpun namanya
masak halia kan
ok meh tani masak2 untuk juadah lunch
jom....

DAGING MASAK HALIA

daging, dihiris nipis
1/2 camca teh garam
2 inci halia tua*
4 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar, dipotong bulat
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap cair
2 biji cili merah, dibelah 2
2 Tomato di belah 4
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA
  1. Daging disatukan bersama garam dan bahan2 tumbuk*, simpan dalam peti sejuk dan biar terperap selama 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daging dan kacau rata
  2. Tambah sos tiram, kicap cair dan kicap pekat, gaul rata dan tuang air. Kecilkan api dan renih dengan api kecil hingga daging lembut dan kuah memekat.
  3. Tambah hirisan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap hingga bawang layu. last sekali masukkan tomato tadi
DONE!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan