02 Julai 2010

Resipi - Spagetti Bolognese ^__^


Assalamualaikum semua
^__^
Salam Jumaat
wah best kan, esok dah weekend tym
TQ ye to those yg booked
nantikan aje ur cakes later hihi

ni untuk dinner Mr hby
requested kan makan spagetti wifenya ni
hihi taisliur ta jua

da....siap dah...huhu hby minta asked for more
licin ^__^

SPAGETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan:

1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 sb cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 sb lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano

Cara menyediakan:

1. Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spageti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan jika suka, simpan cheese ( hby mesti ni )

Siap dah ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan