22 Julai 2010

Resipi - Nasi Ayam Goreng Bersambal ^__^




Alhamdulillah sampai jua membuat nasi ayam ani
lama dah masuk agenda masak-masak banarnya ni
kira ada free tym sikit, apa salahnya truskan ^_^

lebih kurang mcm nasi katok cuma yang ni special
haha specialnya tani membuat sendiri
WEI....senang x aa ^O^
apa orang kata, yang senang jgn disusahkan
nda je hihi

meh tani main masak-masak, ni tani masak nasi ayam ta plg hihi
^_^ happy trying


AYAM GORENG

Bahan


SAMBAL NASI AYAM

3 genggam Pusu yang sudah digoreng n dikisar
5 sudu besar cili kering kisar
8 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan gula melaka
1/4 cawan air asam jawa (pekat sedikit)
1/2 cawan air / secukupnya
garam secukup rasa
5 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar - dipotong bulat

Cara Memasak:-

Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumiskan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak (perlahankan api).Masukkan gula melaka dan air asam jawa. Kacau rata sebentar.Masukkan pusu tadi dan gaul sebati dulu dengan bahan sambal. Masukkan garam secukup rasa.Kemudian tambah air dan masak lagi hingga kuah agak pekat. Seimbangkan rasa biar ada sedikit masam, cukup manis dan masin. Sebelum ditutup api, jika suka letakkan bawang besar dan biarkan kuah mereneh naik minyak lebih kurang 5 - 8 minit dengan api yang perlahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan