12 Ogos 2010

Resipi - Ayam Masak Kicap Bermadu ^_^

Selamat berpuasa semua
hmmm apa mcm puasa harini?
Ok ke ?
ehe..andangnya 2 f nda baik rasanya hari pertama ani
perut masih mengimbangi masa makan n masa puasa
^_^
aktiviti harini, seperti biasa, still dgn baking
n yang penting masak-masak tym untuk family tercinta ^.^

BTW yang ni, aktiviti masak-masak untuk hby
hby ada requested utk minta masak sebelum posa
specially utk kwn2nya kat ofis
ada-ada je kan
siti ni layanzzz ^_^

so ani je yang sempat siti masakkn,
siti tau betul, hby suka sangat dengan ayam kicap bermadu ni
haha...sampai kawanya makan 3round...wah...licin kontena bila balik
HAPPY ^__^
korang cuba try masakan ni,simple but super duper YUMMY
x percaya? trylah...

AYAM MASAK KICAP BERMADU

BAHAN-BAHAN:

Ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar - dihiris bulat
cili kering
madu
Sos Kicap Sedang Manis
Sos Tomato
air

CARA-CARA:
1. Potong ayam 8 potongan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
2. Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan sos tomato, madu, sos Kicap & air. Kacau.
Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.

Sampingan untuk tapau hby, Sayur feberet hby, sayur campur tumis kering ^_^

ngeee....kan ke laut ta usulnya lagi ehehe ^O^

2 ulasan: