06 Ogos 2010

Resipi - Udang Bertaucu ^_^

Assalamualaikum semua
hmmm, rasanya sekejap saja masa berlalu kan
tau2 esok dah nk weekend
maknanya weekend ni yg last promosi sebelum Bulan Posa menjelma
Wah..
btw, dah byr posa yg tahun lepas ke?
bayar jgn x bayar ^_^

lately majlis makan doa arwah pun disana sini
perut ni kadang meragam coz luan makan saja ehe
* ala....bersyukur ada rezeki datang huhu

btw ni antara feberet siti aka UDANG
apa je masakan, memang laku di rumah siti
ngee....cuma buat masani agak dikurangkan
maklumlah tahap kolestrol cik udang ni agak naik
f pemgambilan makan x terkawal
ehe...bila masakan sedap, andang nda ingat
^_^
xpelah ye, sekali sekala makan
jgn nda kempunan ^_^
sapa nak jawap ehe

UDANG BERTAUCU ^_^

udang bersaiz sederhana
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, dititik
1 camca besar sos tiram
1 Camca Besar Taucu ( botol kuning ) UPDATE ^_^
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos plum
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

CARA MEMASAK

Udang dibersihkan, cuci dan tos. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng udang tadi 3/4 masak. Angkat dan toskan.Tinggalkan lebih kurang 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum..masukkan sos tiram, sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air.Bila mendidih, masukkan udang, gaul dan tambah garam jika perlu. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.

DONE!!!

2 ulasan:

  1. thx sbb kongsi resipi..
    tp.. taucu nya mana? hehe..

    BalasPadam
  2. Astaga, TQVM dear, kelupaan menaruh taucu ehe ^O^

    BalasPadam