10 Oktober 2011

Resipi - Ayam Masak Tomato Pedas ^_^

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
apa kabar korang?
mudahan semua berkeadaan sihat dan diberkati di hari isnin yang ceria ni
~wah hujan ye pagi2 ni~

will, yang ni saja nak sharing my resipi
masakan ayam sewaktu bulan puasa lepas
^__^
agak lagging nak upload pics sebatah ni
so stori puasa till raya belum habis lagi ehe

Masakan tomato ni ala versi pedas sikit
tau jelah siti ni suka makan makanan pedas2
so modified sikit ikut selera siti
^_^

AYAM MASAK TOMATO PEDAS

1 ekor ayamg yang telah dibersihkan
3 SB Cili kering
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
sedikit halia - dikisar
1/2 campuran serbuk ketumbar dan jintan manis
2SB Sos Tomato
1SB Sos cili
tomato yang dibelah 4
sedikit cili - jika suka pedas, boleh bykkan ^.^
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya:

Panaskan minyak, tumis cili kering, halia dan semua bawang yang dikisar, goreng seketika hingga naik bau. Setelah itu, masukkan campuran serbuk tadi dan tomato yang dibelah 4 dan gaul sebati.
Masukkan semua sos tadi dan serbuk cili, kacau lagi.
Biarkan mengering dalam seminit. barulah dimasukkan ayam tadi dan sedikit air.
gaul sebati semua bahan. Akhir sekali sesuaikan dengan garam dan serbuk perasa.

DONE ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan