17 September 2012

Resipi - Mee Basah Special ^___^ SEDAP!!

Alhamdulillah, selalu angan2 nak buat mee basah special
haha ala2 chef punya 
^___^
bila weekend, siti amat suka memasak sambil2 test resipi baru
tambahan lagi mr lov keja ofis hrs, so bila ia balik keja,
tau2 ada masakan special menunggu dia
ehe tu yg best bila ia senyum2 kambing kat siti keke ;p

Mr Lov sudah terbiasa dengan aktiviti main masak-masak ni
kekadang bila siti BZ dengan membaking, 
Mr lov pasti bertanya
" memcuba masakan baru harini sayang? rindu dah tu nak test rasa baru ;p

hmmm...tu yg masani siti agak kurangkan buat promosi cake
nak kembalikan my aktiviti dulu-dulu, main masak-masak ^.^

harap semua faham ye
dalam masa yang sama, dapatlah berkongsi rasa n resipi kat dapur siti ni
^___^


MEE BASAH SPECIAL ^__^



Mee kuning
 4 biji bawang merah ditumbuk
 2 ulas bawang putih ditumbuk
 ½ inci halia ditumbuk 
2 ekor sotong di potong bulat 
Udang, Sotong n Isi Ayam 
2 pokok sawi pak choy
2 SB cili boh 
minyak masak - untuk menggoreng
1/2 SB sos tiram 
4 SB sos tomato 
1/2 SB kicap pekat 
3 cawan air 
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara membuatnya

Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih. Masukkan udang, sotong dan isi ayam,tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing. Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Kalau nampak air mcm dah kering, boleh tambah lagi sedikit air. Kecilkan api dan masukkan taugeh jika suka. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api.

DONE ^___^


*** minta maaf ye, kualiti gambar dari my hp x berapa memuaskan,
plz Mr lov, minta belikan samsung deh haha ;p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan