04 September 2012

Taugeh masak tumis ^___^ ala... simple je ...

Assalamualaikum semua ^___^
wah...masih suasana syawal ni
siti pun baru je ada masa nak berblogging kembali selepas
cuti-cuti raya siti
~~nanti story je ehe~~

puas beraya tahun ni n yang specialnya 
dengan our lil haiqal
wah..byk kumpul duit raya ehe ;p
rezeki budak2 kan 
^___^

btw kat sini, siti nak share resipi simple
rasanya semua orang tau cara memasak sayur taugeh kan
siti ni suka nak mempelbagaikan taugeh as ianya sayur utama di rumah siti
tambahan jua, ianya murah ehe
sayur ni jual $0.50 pun enough untuk kami satu family
^___^ caya nda haha...
sekali duduk je lah maksudnya uhu...

masak lemak pun boleh, masak kicap jgn lagi 
cuma x pernah try nak masak merah ehe
pasti merah menyala adoi2...

jomlah masak taugeh yang penuh khasiat ni
will...its good for kesuburan jua
^______^


TAUGEH TUMIS AIR ^___^

1 mangkuk taugeh
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor udang
1 keping tauhu - goreng sebentar
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam 
air secukupnya
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tauhu digoreng  dan dipotong dadu. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan udanb. Masukkan sos tiram dan taugeh. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan tauhu. Sesuaikan rasa garam dan  gula.



DONE ^______^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan