29 September 2009

Resepi - Ayam masak Kentang n Cendawan


siti ni suka hidangan yang mesti ada banyak ubi kentang..iytah luan banyak kentang inframe huhu..tenggelam cendawan olehnya..

ni aktiviti masak2 siti..menu dirumah siti selalunya mesti ada ayam,udang n daging n kureng2 ikan (kenapa tia kah nda minat makan ikan)..so ani juz menu simple dari siti..balik keraja tenghari yang singkat pun boleh prepare masakan ani..TRUE..so no more alasan nda boleh memasak untuk famili f balik keraja tengahari..kadang2 siti makan nasi katok je :) f penyakit M datang melanda huhu...ok meh layazzz resepi siti ani

AYAM MASAK KENTANG N CENDAWAN

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

ayam, dipotong
3 biji kentang yg besar, dibuang kulit dan potong 6 setiap satu
4 kuntum cendawan kering (saiz besar), direndam dan dihiris tebal-tebal
1 sudu kecil tepung jagung/ubi, digaul dgn cendawan
3 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
2-3 cawan air
2 tangkai dau ketumbar (optional)

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga harum. Masukkan ayam dan goreng sehingga permukaan ayam jadi kering.
Masukkan cendawan dan kacau untuk 1-2 minit. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Kacau sehingga sos jadi kering, jgn sampai hanggus.
Masukkan air, biar didih dulu baru masukkan kentang. Masak selama 10 minit dgn api kecil.
Masukkan garam secukupya dan masak sehingga kentang jadi empuk.

Tips:

Cendawan disalut dgn tepung jagung/ubi supaya dia tidak menyerap terlalu banyak garam.

Keringkan sos sebelum tambah air akan mengharumkan lagi kuah dia nanti.

TADAA... selesai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan