12 Disember 2009

BERSIHKAN DIRI DARIPADA HASAD DENGKI DAN KIKISLAH SIFAT INI DAN MOHONLAH KEREDHAAN ALLAH SUBHANAHU WA'TAALA

To ORG yang ada perasaan hasad dengki dan cuba untuk memasukkan racun dalan periuk nasi siti di sini, renung2kanlah firman ani n bertaubatlah sebelum terlambat..ada jua manusia mcm ani,fikir pupus udah..masih ada saki bakinya ketinggalan haha..Tuhan a2 maha Adil dan sentiasa bersama org benar ^_^, niat siti juz untuk sharing saja disini not show off segalanya, its my personal blog yg kamu masuk, f suka, carry on n f DONT, silakan ta keluar,sakit saja hati kamu disni,mental karang

mari ta tani jauh2kan sifat mcm ani dari tani, buruk usulnya
*************************************************
Antara penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah hasad dengki, sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.
Sifat hasad dengki misalnya adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Allah sangat benci kepada orang yang ada penyakit hasad dengki dalam hatinya. Firman Allah yang bermaksud: "Mereka itu orang yang dikutuk Allah. Barang siapa yang dikutuk Allah maka tak akan engkau peroleh baginya penolong. Bahkan adalah bahagian dari kerajaan? Jika ada, mereka tiada mendatangkan kebajikan kepada manusia sedikit pun. Bahkan adalah mereka berhati hasad (iri dengki) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia kepadanya? Sesungguhnya telah Kami berikan kepada keluarga Ibrahim Kitab dan hikmah dan Kami berikan kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara ada yang berpaling daripadanya. Cukuplah neraka jahanam yang menyala sebagai azab bagi mereka." � (Surah an-Nisa', ayat 52-55)


Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: "Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering." � (Hadis diriwayatkan Imam Abu Dawud)
Justeru, marilah kita menghindarkan diri kita dari ditimpa penyakit rohani yang bernama hasad dengki dan segera mengubatinya jika ada tanda demikian. Kikis sifat yang merugikan diri dan masyarakat Islam seluruhnya.
Bersihkan hati kita daripada sifat hasad dengki dan sifat lain yang dinyatakan. Sesungguhnya hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kitalah yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri yang berusaha mengubah keadaannya (nasibnya)." � (Surah ar-Ra'd, ayat 11)


Siti - bahayanya hasad dengki ani, f bila dengki, timbul tia fitnah...dan ingat FITNAH lebih besar dosanya dari membunuh,sebagai renungan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan