07 Disember 2009

Resepi - Ayam Masak Merah Versi 2

ni aktiviti masak2 siti, coz hby ada requested nk makan ayam masak merah yang hari 2 nya huhu..ingat lupa tarus siti dibuatnya..takut jua salah since siti ni byk memasak ayam bermacam versi huhu alhamdulillah hby gav good thumbs huhu..pass lagi ehe..nda sedar tambah nasi g :), ok meh layanzz ayam masak merah siti ani


My Ayam Masak Merah versi 2

Bahan:

*
1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak dan ketepikan)
*
2 atau 3 senduk cili kisar yang telah dicampur dengan bawang merah dan bawang putih.
*
1/2 botol sos tomato Aminah Hasan (Ummi guna Life je)

Bahan untuk tumis:-

*
3 ulas bawang putih (diketuk)
*
2 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
*
1 inci halia (diketuk)
*
2 batang serai (diketuk)
*
1 kulit kayu manis
*
1 sudu kecil buah pelaga
*
2 kuntum bunga lawang
*
sedikit gula dan garam
*
1 cawan air (untuk kuah)
*
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
*
buah tomato/nenas (ikut suka)
*
sedikit daun bawang untuk hiasan
*
sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:-

1.
Panaskan kuali dengan lebihan minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
2.
Bila dah wangi, masukkan cili mesin tadi dan kacau. Masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan cili naik minyak dan garing.
3.
Masukkan air dan kacau. Kalau suka kuah lebih oleh ditambah lagi air. Kacau sebentar.
4.
Masukkan sos tomato tadi dan kacau hingga pekat.
5.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6.
Bila dah pekat masukkan bawang besar yang dihiris dan ayam goreng tadi.
7.
Masukkan tomato atau nenas (ikut suka). Kacau hingga ayam sebati dengan kuah.



My Sayur Campur bertelur :), sayur simple je tapi licin nda sempat menunggu mlm ooo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan