18 Disember 2009

Resepi - Ayam Goreng Berempah ^_^



evenpun kadang bila siti balik keraja, masa dah cecah pukul 530ptg, memang very tight dengan jadual baking siti huhu..alhamdulillah siti still ada masa untuk masak2 tym ehe..sekali kala kita goreng ayam nda apa,jgn selalu k ehe..byk kolestrol lah f masak bab2 oily ni ^_^, Mesti jaga kesihatan jua coz masani penyakit nda kenal sapa, f bukan tani yang jaga kesihatan famili , sapa jua lagi kan..sama2lah tani menyahut wawasan negara ke arah warga ynag sihat, adeh...panjang ceritanya ehe..

bah try ta ayam goreng berempah siti ani ^_^

AYAM GORENG BEREMPAH ^_^

* 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang Putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap seketika (f semalaman, lagi ummmpph)
3. Setelah perap, golek-golekkann pada tepung beras.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan