18 Disember 2009

Resepi - Sos Rojak Petis



ni resepi dari mom my good fren, Mimi Diana MOF, TQ lai, coz sudi kongsi resepi with siti, sos ani really yummy n delicious, mesti ask for more lagi...siti ani suka banar kan makan rojak, kelurusan jua tym open hse yang lepas, mama Mimi ada hidangkan rojak di antara menu2 yang lain, tapi yang siti tliat juz ROJAK saja ehe..tarus siti minta resepi huhu...straight on da spot kena bagi resepinya huhu..yes dapat jua akhirnya..byk jua dalam simpanan siti pasal rojak ni, rojak kuah kacang pun ada jua, like gado-gado, yang ani sos petis...try aa...mesti nda menyesal ^-^

SOS ROJAK PETIS

1 botol kecil petis/otak udang
1/2 cawan jus asam jawa
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat
3 - 4 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar*
5 - 6 biji cili padi* (boleh dikurangkan)
3 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1 cawan air
1 cawan kacang tanah tumbuk

CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan2 sos kecuali kacang tumbuk, dalam periuk dan masak atas api sederhana hingga sos pekat. Sejukkan.

then hidangkan bahan seperti kangkung, tauhu, nenas dan sotong ( lagi banyak lagi yummy huhu).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan