29 September 2010

Guru Gemilang Pelajar Cemerlang ^___^

HaPPY Teacher Day
to our Bruneian Teachers
^__^
Semoga menjadi seorang pendidik yang berkaliber
dan dedikasi
dan juga semoga sentiasa mendapat keberkatan dalam
mengasuh anak bangsa tani
ke arah pelajar cemerlang
Amin 3x

Rasanya f buat ucapan hari guru
rasanya memang lebar panjang nih hihi
nway
TQVM coz sudi2 singgah di dapur kecik siti
^_^


Sempena Hari Guru yang ke-20 ani
dan jua kan menyampaikan niat jua
ehe maklumlah profesion yang paling femes di dapur siti ani
( fuh, penuh x aa cgu2 saja di dapur ni hihi)
dan
dalam siti menhargai cgu2 di sini jua

Siti ingin buat promosi by half
only for esok 30hb Sept dan lusa 1hb Okt

UNTUK CIKGU/ TEACHER SAHAJA ^_^

Half Mixed Sos,Crunchie n Maltesers
$12 (NP - $16)

Half Maltesers
$11 ( NP - $14)

can text me 7140236 ^___^

( penuh text truz pasal mempromosi di FB pagi ni hihi)
TQ Cgu~

26 September 2010

Resipi - Makaroni Goreng BerCheese ^__^


Yang ni makaroni goreng my style, simple 2 je untuk hidangan
tetamu di rumah my mertua
so sempatlah buat makaroni n kek LoChi
will later siti share pics hidangan k
semuanya hasil oleh my lovly mertua buat tau
^__^

makaroni ni boleh buat dengan daging cincang
yang ni version my hby'
coz hby x leh makan daging so kena tukar isi ayam cincang je

meh layanzzz sama-sama

MAKARONI GORENG BERCHEESE

Bahan

sepaket Makaroni
200 gm isi ayam cincang
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
1 tin cendawan butang
2 biji buah tomato [potong dadu]
3 biji cili merah
3 s/b cili kering yg di kisar
1/2 tin kecil tomato puree
garam secukup rasa
Cheese Mozarella secukupnya

Cara:

1. Rebus makaroni dalam air mendidih hingga lembut. Toskan dan bubuh minyak supaya tidak melekat.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili dan biar hingga naik minyak, kemudian baru masukkan isi ayam.
4. Biarkan ayam hingga naik minyak, masukkan air sedikit+ garam
5. Lepas tu masukkancendawan, makaroni, tomato, cili dan sos tomato. Masak sebati.
Angkat then masukan semuanya dalam kontena aluminium
tabur Cheese mozarella diatasnya
Bakar 15min dalam oven

DONE

Jalan-jalan Open House - Kawan Hby ^__^

yang ni siti punya soto wah auntie..sedapnya blh udah buka rest ni hihi
( hai nda ingat diet langsung bah haha)

Semunya complete for soto
yang penting bagi siti, lada rindu
yum...adoi mesti penyengat


Selain nasi campur, disajikan jua soto
ha...f kan tau, siti ni tym g open hse
f ada soto, memang soto jadi pilihan no 1 ^__^
kan menyoto saja nda berhenti hihi



syg eh, kejap bah, kan ambil gambar ni huhu

Butter Milk Chic

Sayur kacang panjang bersotong


Yang ni jemputan di rumah fren hby waktu kecik
alhamdulillah masih good-n-keep-in-touch
^__^
rumahnya dalam kawasan HQ polis gadong
Tuan Isa daddynya, very friendly
n down to da earth n low profile banar orangnya
sefamily very sweet, cukup melayani
tetamu yang datang
^__^

actually siti sempat bawa kamera so sempatlah ambil
pics untuk tatapan korang hihi
yang calinya waktu siti snap pics disini kan
daddynya said, kan masuk pelita brunei ke
owh adoi bila masa siti jadi reporter ni ye ^,^
nda eh, masuk internet je hihi ( simple n malaz jawapan hihi)
worried truz drg ehehe
juz untuk kenangan saja dalam blog kan ^.^ (dalam hati he)

F bis uncle n bis auntie nampak kan sini
YEAAA...ketahuan dah hihi

Hby ambil nasi n wifenya ambil soto
padan ta tu hihi
dapat jua komen- mengomen
f rasa semua hidangan kan
^,^

semua hidangan disajikan di dapur
so every tym tetamu datang, mereka terus ke dapur
then balik makanan ke bilik tamu
^__^
rumahnya jenis banglow
so memang limited
tapi memang berkawasan parking kat luar

Ha..lepas ni rumah my mertua g k
nak tau..tungguu.....
^__^

BirthDAY Maltz ordered by Amal ^__^


HaPPY Birthday
from my LiL dapur
^__^



Yang ni ordered by Amal di Sengkurong
specially for Siz Angkatnya aka best friendnya

SWEET kan..amal said she' really sygkan orang yang birthday ni
orangnya baik hati
ngeee
really menghargai makna friendship kan ^_^

22 September 2010

Jalan-Jalan Open House ^__^






Ayam rendang ^_^


best ada nasi beriyani ayam

Yang ni, sementera talking2, tani tulis our name hihi good idea rasanya coz tani dapat tau yang datang ke rumah or nda kerumah ^_^
(my lil siz jadi model tangan, k? kan hihi)

Alhamdulillah, sudah menjadi kebudayaan orang kitani
every tym raya, disana sini mesti ada jemputan open hse
seolah mcm mesti dibuat setiap tahun
Alhamdulillah
rezeki orang sentiasa ada ^__^
bila berezeki lebih, blhlah buat open hse
jamu tetamu istimewa yang bertandang ke rumah
with our menus or catering bagi yang lebih mampu ^.^
f Siti, selagi siti sihat dan mampu buat, siti lebih suka
masak sendiri, hihi sedap x sedap belakang kira huhu
siti cuma buat yang terbaik ^.^

Siti pun x ketinggalan jua dalam memenuhi
jemputan yang datang
hihi bila dah rezeki depan mata
huhu jgn lak lepas peluang

actually yang ni kebetulan siti bawa kamera
so sempatlah snap pics untuk tatapan korang
manalah tau korang dapat melihat budaya open hse org brunei ^.^
coz some of my readers org msia
TQVM ye coz sudi2 singgah ke blog siti yang x berapa ni ^__^

Rumah yang bertuah masuk dalam dapur siti ni
is my best ofismate ever ^__^
n also orang yang cukup siti hormati n galati
my akak Ruby

Seorang penyayang dan cukup prihatin
Hubungan kami dua umpama anak dan Ibu
coz she' seumur my bloved Mom ^__^
seorang cukup berilmu dan tidak jemu
mengajar siti yang pada awalnya memang 0% pengalaman
alhamdulillah ke tahap siti masa ini
siti cukup berterima kasih
( alahai rawan plg ati siti f mengenangkan dia)
ada tisu x hihi

Korang layanzz je lah ye ^_^

Susu adalah antara yang terhebat di Bumi ini ^_^


Susu diperkaya dengan 9 Nutrisi penting yang terdiri daripada Kalsium, Protein, Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin B1, Vitamin D, Iron, Zinc and Vitamin B2. Setiap khasiat Susu ini mempunyai kebaikan dan fungsinya yang tersendiri.

Kalsium dalam Susu membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Tahukah anda yang pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur anda mencapai 35 tahun? Jadi kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang yang optimum dan merendahkan risiko Osteoporosis.

Selain Kalsium, Vitamin D dalam Susu juga amat penting untuk merangsangkan penyerapan Kalsium.

Protein dalam Susu merupakan sumber bekalan Asid-Asid Amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok Protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh.

Susu juga kaya dengan Vitamin A yang amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imunisasi yang baik.

Fungsi utama Vitamin B12 termasuklah pembentukan sel darah merah. Sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

Vitamin B1 & B2 pula membantu tubuh menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga untuk membekalkan anda tenaga sepanjang hari.

Selain itu, Susu juga mengandungi mineral penting yang lain seperti Zat Besi yang memainkan peranan penting dalam membantu tindakbalas metabolik anda untuk penghasilan sel darah merah manakala Zink untuk menyokong kesihatan sistem imun kita.

Rasulullah SAW meminum Susu, malahan Baginda SAW memujinya kerana Susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan yang lainnya di Dunia ini.

Dari Ibnu Abbas r.a., beliau menceritakan:

"Bersama Rasulullah SAW, aku dan Khalid Ibnu Al-Walid r.a. menemui Maimunah, lalu dia (Maimunah) membawakan kami satu bejana berisi Susu, lalu Baginda SAW meminum sebahagian darinya. Pada waktu itu, aku berada di sebelah kanan Baginda SAW, sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya. Kemudian Baginda SAW berucap kepadaku, 'selanjutnya minuman ini giliranmu, jika engkau berkenan, berikan kepada Khalid.'
Kemudian Baginda SAW bersabda, "Tidak ada makanan dan minuman yang dapat menandingi Susu."

Antara Jenis Minuman Susu Yang Baik Untuk Manusia:

Susu Ibu.
Susu Kambing.
Susu Lembu.
Susu Unta.
Susu Kuda.


Susu juga merupakan antara makanan Utama & Pertama makhluk-makhluk ALLAH SWT di Muka Bumi ini, termasuk Umat Manusia dan Haiwan, (Maaf, hamba tidak mengetahui samada Susu juga merupakan salah satu dari makanan Utama & Pertama untuk Umat Jin). Bayi manusia yang baru dilahirkan diSusui oleh bondanya, beruang (Omnivor, pemakan daging & tumbuh-tumbuhan) baru lahir diberi minum Susu oleh ibunya, harimau (Karnivor, pemakan daging) baru lahir juga diberi minum Susu oleh mamanya, bahkan lembu & gajah (Herbivor, pemakan tumbuh-tumbuhan) baru lahir juga turut serta diberi minum Susu oleh emaknya.

*Pakar-Pakar Nutrisi Pemakanan di seluruh dunia mengesahkan bahawa, keseluruhan zat & khasiat yang terkandung di dalam semua jenis makanan & minuman di dunia ini, terwujud di dalam Susu. Tetapi, kesemua zat & khasiat yang tersedia ada di dalam Susu, belum tentu terdapat pada makanan-makanan & minuman-minuman yang lain di dunia ini.

Imamul Muhtadin, Saidina Ali Abi Talib k.w. juga ada berkata, "Orang yang banyak meminum Susu, nescaya akan panjang umurnya. Manakala orang yang banyak hutangnya (gemar berhutang, yakni berhutang tanpa ada asbab-asbab yang wajar yang membutuhkan dirinya untuk berhutang), nescaya akan
pendek umurnya."

BirthDAY LoChi ordered by Rozie ^__^

HaPPY BirthDAY
from my LiL dapur
^__^



BirthDAY LoChi ni ordered by Rozie di KB
specially for her Bro n Nephew
SWEET!!
Boys in da house ^__^

TQ rozie for 1F Special Bday LoCHi n 1H Maltz
^__^

21 September 2010

BirthDAY Maltz orderd by Ail di RBA ^_^

HaPPY BirthDAY
from my LiL dapur
^__^



lepas Cgu Dk Seri', followed by Ail at same day jua
SWEET ..kadang ramai jua dalam sehari org birthday
hihi yang kelurusan bertemu di dapur siti ni ^_^

TQ Ail di RBA for special Birthday Maltz
^__^
buat special n fully with maltesers coz her siz lovd maltesers
YEAAA.....maltz lover rupanya

BirthDAY Maltz ordered by Cgu Dk Seri ^__^

HaPPy BirthDAY
from my LiL dapur
^__^


Alhamdulillah project kek hantaran n kek birthday bakal dimulakan
adoi...lepas keks for raya selesai,
keks for special birthday n hantaran sudah nak start
^__^
nway
TQVM to those yang sudah booked awal b4 puasa hihi
gerenti durang takut
takut jam kat dapur siti ni ^,^

Yang ni pembukaan birthday maltz di dapur siti
jeng...jeng

ordered by Cgu Dk Seri di Lambak
specially for her Lil doter' birthday
SIMPLE but SWEET

Antara keks Raya siti ^__^

saja nak share cerita pasal cornflake siti ni ^__^

Alkisah - Siti dah buat cornflake ni dari umur siti 10-11thn kot ( x silaplah),
masih dibangku sk rendah hihi

so masa 1st buat cornflake ni tym posa
siti buat dengan my jiran di kpg dulu
so dalam tgh buat-buat cornflake ni kan , x sedar rupanya siti makan sambil buat
padahal
tym tu siti posa haha ^,^
sampai jiran siti tegur,
ko posa ke?
awu posa eh...adoi...panya hihi
kira rezekilah kan haha...

dari sanalah, cornflake ni jadi kemestian dalam raya di rumah siti
dan jua kenangan manis hidup siti ^,^

HOOOO...rindu rasanya zaman bebudak siti
SWEET!!!

hmmmm... rasanya memang dah kecil dah, siti ada gift bab masak-masak ni
even setakat tolong goreng lauk n masak tumis sayur
Alhamdulillah bila dah meningkat dewasa,
minat memasak di asuh jua ^__^


Al-kisah jua pasal my Kek Batik ni ^.^

Bab kek batik ni, siti memang cerewet coz siti owez
idamkan kek batik yang roti kat dalam masih rangup
so
cari punya cari, x jumpa
last-last kena buat sendiri..
so
dalam jadi stok for raya

Sempat buat 3 takir
tau apa jadi, 1 takir out of 3?
Licin...yang calinya jua , tinggal sebuting-buting ani saja
hai...kan marah, tym posa
adoi...
rasanya siti tau sapa bertanggungjawap ni!!
huhu

ha.. yang ni my feberet cake

Prune Cake versi kukus
siti memang suka kek ni coz last tym my good fren
ada kasi siti, siap kasi resipi truz
TQVM dear, really lov it!!


Pembukaan Tempahan minggu Raya ^__^


Ha.. yang ni ta tempahan 1st week raya
WEIIII...pembukaan raya drg ani
Alhamdulillah ^.^

TQ Miya di Salambigar for 1F Maltz
TQ Cg Nadia di KB for 2F Maltz
TQ Cg Zuana di Sengkurong for 2F Maltz
TQ Ena di Tanah Jambu for 2F Mixed MalChi

20 September 2010

Rahsia Cara tani tidur ^__^


Lov to share pembacaan siti ^_^

SWEET!!tepuk dada tanya selera

mungkin ada betulnya dan mungkin takde ^,^

Setiap orang mempunyai cara dan tabiat tidur yang tersendiri. Berikut ialah rahsia disebalik cara dan tabiat tidur manusia.

dapat teka cara tidur siti? haha

Allahualam.

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala

Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut
(mesti kai selimut biasa ni hihi, f pakai selimut tebal, mesti lemas ni ^,^)

Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3.. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
( adoi, tido pun bergaya jua hihi)

Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8. Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan melihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


10. Tidur meniarap ( adoi ani sanak jua rasanya ^,^)

Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Penutup Tempahan sebelum Raya ^__^ Alhamdulillah





Alhamdulillah segalanya sudah selesai for raya 1431 ^_^
bersyukur jua coz sepanjang membaking ani,
dikurniakan
kesihatan dan kelebihan semangat, semuanya kena redha dan ikhlas
Alhamdulillah ^___^
yang ni penutup orderan for raya
hihi anipun bukan penutup raya, juz merasmikan penutup puasa hihi
haha 1st raya pun ada customers yang ambil ^,^
will update later k

TQ Reena di rimba for 1F Maltz n 1F 1F LoChi
TQ Irul for 1F Choc Marble
TQ Hafizah Ariffah di ITB for 1H Mixed MaltChi
TQ fren my hby di Ofisnya for 1H Maltz n 1H LoChi

Tempahan Raya 2010 - Ops lagii.. ^_^

lastly dilapisi dengan sos mixed ^___^
plus cruchie n hersley lagi wei.........

so yang ni lepas di bakar ^__^

Lin mau didalam keknya ada maltz n choc hersley ^__^
wah surprizz kan hihi



Yang ni tempahan dari Lin di Tutong ^_^
TQ dear coz sentiasa menjadi regular customers hihi

TQ for special MaltChi, 1F Oreo cake n 1F Choc Brownies
^_^