Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

12 April 2014

Sandwish Sardin untuk cinta hati ^^


Last time, siti sempat buat bata mr lov untuk turun keraja, coz he terlibat with rondaan laut REGATA Brunei 

turun keraja pukul 5 lalu...

so siti pun ikut awal bangun, readykan while mr lov mandi...
haiqal masih tido time tu...nasib baik ehe..
kalau nda, iski tia kan join memasak ^^

Alhamdulillah...menu siap by 15min

http://eemoticons.net

semua bawang n sardin dah siti readykan mlm sebelum..so tau goreng je esoknya kan
simple ^^

SANDWISH SARDIN SEDAP ^^

8 keping roti sandwich
1 tin kecil sardin- buang airnya dan tinggalkan sedikit saja
sos tomato n sos cili
1 labu bawang besar-cincang halus
1 sudu besar cili kisar
1 biji cili merah- cincang kecil
1 biji telur
garam secukupnya

CARANYA

Panaskan 1-2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang besar dan cili merah hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis seketika. Masukkan 1 sudu besar sos tomato n cili ke dalam sardin. Kacau sebati. Masukkan ikan, sedikit garam dan sedikit gula. Gaul rata dan tutup api. Masukkan sambal sardin ke dalam mangkuk dan hancurkan menggunakan garpu....then buatlah mcm membuat sandwish telur...

SIMPLE...DONE ^___^


bata mr lov ehe ^^

angkut air sekali...takut bis org boatnya nda bawa air...kot nnti minum air laut haha ;p


14 Januari 2013

Resipi Roti Goreng Keju + fillet ayam - khas untuk family siti ^__^


Bila ada gader-gader di rumah siti, secially dari family dari KB turun ke bandar,
siti suka masak2, dari awal durang datang sampailah durang nak balik...
so antara yang sempat siti snap pic

ni snack before durang balik ke KB ehe
^____^
Roti special dari siti...
siap buat bekal lagi...


ROTI GORENG KEJU + FILLET AYAM ^_^

Roti
telur 
sedikit garam
serbuk roti 

Keju dan Fillet ayam secukupnya

Cara-caranya

ala..simple je, buat mcm kita goreng roti bersalut telur..
cuma yang ni, letak keju dan fillet ayam di atas roti then di lipat dua
barulah digaul dengan telur + diakhiri dengan serbuk roti
then digoreng hinga kekuningan

DONE ^___^

20 September 2012

Mulakan Kerja dengan Befkas dulu ye...


Mulakan kerja seharian dengan Bismillah
then baru befkas

lately, siti lebih suka ambil bekfas kat ofis, yang sempat buat sandwish je dari rumah
buat minuman panas je kat ofis
^___^ 

Sandwish + Kopi Radix = fuhh...ceria ta harian siti tu, like toh ^.^

Kenapa Sarapan sgt penting dalam memulakan hari baik?

dapat sedikit info dari sumber internet, x ingat  dari blog sapa
nway moga bermanfaat untuk semua pembaca
^__^




Cuba anda waktu terakhir anda makan malam?, biasanya orang akan menikmati makan malamnya antara jam 7 atau 8 malam, bayangkan berapa lama waktu mulai dari makan malam terakhir sampai anda bangun diwaktu pagi, —sekitar 12 jam yang lalu , itu sebabnya mengapa anda perlu sarapan pagi yg lengkap dengan zat2 penting kerana  dari penelitian, pada saat bangun tidur kadar gula darah kita akan menurun dan rendah. Padahal gula darah bagi tubuh kita bertugas sebagai sumber tenaga untuk tubuh.
 
Bila kadar gula darah rendah dalam darah akan mendatangkan pelbagai mslh  seperti mengantuk, cepat penat, konsentrasi menurun,  daya kerja anda juga menurun. Berat ringannya gejala ini bergantung kepada berapa rendah kadar gula darah dalam tubuh kita.
Apalagi  anak-anak yang masih sangat memerlukan sumber tenaga yang cukup untuk proses pembesarannya. 

22 Ogos 2012

Resipi - Sandwish goreng telur ^___^ SEDAP!!!

while nak kemas2 pic yang berselerak di byk folders, 
trus terliat pic ani
ala...so lama betul pic ni,
 sewaktu ngam lepak2 di rumah my mil

kenangan manis, berdua dengan mr lov membuat sandwish ni ehe
so SWEET ^.^

Siti buat sandwish ni n mr lov tolong gorengkan
^____^

alhamdulillah licin untuk menu our minum petang hari tu
haha memasak dengan penuh kasih sayang 
chewah ;p

tq my ofismate, muna for idea, she rajin wat sandwish ni 
^__^


SANDWISH GORENG TELUR ^__^

 Roti wholemeal
 telur rebus
mayonis secukupnya
Serbuk lada putih
Marjerin lembut

Bahan sampingan

Telur

Caranya :

Telur rebus + mayonis + serbuk lada sulah digaul dan kemudian
marjerin disapu ke roti yang sudah dipotong tepinya.

Lipat dua roti tadi dan sejukkan seketika di peti sejuk 30min.
last sekali keluarkan roti tadi, digaul ke bahan sampingan.
gorenglah hingga kekuningan.


psssttt....telur di dalam n di luar telur jua

DONE ^___^


06 Jun 2012

Burger Sandwish ^____^


Sekali sekala tukar jenis roti untuk buat sandwish
SEDAP guna roti jenis ni

YUM.....

dapat idea ni dari my ofismate, muna...
TQ dear....

23 Ogos 2011

buat Roti PIZA untuk santapan sungkai ^_^

roti piza ni siti buat untuk santapan sungkai kelmarin
ehe..taisliur lak nak makan roti simple
so jadilah ia mengikut bahan stok yang terhad haha :P

siti guna roti wholewheat
SEDAP!!

simple je nak buat,
gaulkan sebati, sos tomato dan lada
kemudian sapu ke roti yang telah disusun di tray oven
kemudian letaklah sosej n crab stick ke
then di taburi dengan serbuk oregano
dan diakhiri dengan sedikit cis

la...la....DONE ^___^

25 April 2011

HaPPY Time lagi di ofis siti ^___^

Siti suka orang haPPY with my cake ^___^

HaPPY Birthday Sir ^.^ from us

Asal ada majlis hari jadi or acara suka-suka, memang mesti ada acara makan2 dan gader2 seofis. BEST….dan inilah antara penyebab diet siti nda menjadi2 ehe ^,^ ( adeh, silap sendiri x tahan godaan kan keke), kali ni kebetulan buat untuk bday our officer dan ditaruskan jua dengan kemasukan our new staff.

Kami dua ofis besar, suka mengadakan supriz bday, macam2 ta makanan kan diliat, nda kurang jua ada yg sponsor ^___^

Will, siti seperti biasa, sempatlah buat tumis kangkung ( ikut tema time ni mengambuyat), nda berlurih sayur pakis, so kangkung pun kangkung lah ehe…lately mengambuyat umpama tradisi baru di ofis siti ^_^, bukan selalu gak nak makan ambuyat ni, f taisliur, bolehlah pegi rest yang ada menyediakan hidangan ni, tapi bila dah makan di ofis, semua juadah yang bersangkut-paut dengan ambuyat ni mesti ada dan byk coz masing2 ada membawa ^_^

Secara peribadi, siti really lov moment2 mcm ni, berhimpun dan bergurau mesra ^__^ dan yang penting berinteraksi sesame pegawai dan org bawahan. Lagi siuk bila makan ambuyat ni, masing2 dengan candas masing2, sibuk mencungkil dan siap lagi dengan bab kelahi2 sayang, siapa yang dapat cungkilan besar hahaha ^,^ mcm budak2 uhu…

Ok, korang layanzzz da pic + resepi yang sempat siti buat utk kali ni.

Bread pudding ni siti buat khas untuk officer ni coz antara fav nya bread pudding,

simple but delicious

SWEET ^___^




ehe jgn nda galat, lelaki yang menumpah ambuyat kali ani ehe
^__^



our staff di bawah, membawa mee goreng ni
^___^


Muna- Bawa Nasi Ayam n Ayam Kari
owez best ehe ^,^


PUDING ROTI


10 keping roti
2 cwn susu segar
4 SB Gula halus
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
Biskut Oreo


Cara Membuat

Potong roti dan susun roti dalm loyang pembakar. Masukkan susu segar, gula dan telur serta esen vanilla dan gaul sebati. Kemudian jiruskan atas roti - biarkan roti kembang dalam 15 minit. Tuang sehingga habis. Hiasan dgn biskut oreo.
Bakar dlm oven selama 45 minit-1 jam.

Done ^___^


Siti - Kangkung Tumis belacan


Ence bawa yang ni, Sedap !!!


Siti - my mertua' cacah tempoyak n air asam ^___^, sentiasa kena requestes suruh bawa ehe


Nampak je mcm ni, tapi alhamdulillah ramai yang ampir makan ^.^


mesti ambil pic b4 kena serbu ehe ^,^

24 Mac 2011

Resipi - Roti Cheese ^___^


Hidangan roti ni sesuai untuk bekfas or minum petang
alahai, biasa mkn kat restoran with hby
ehe mr Hby yang perkenalkan roti ni kat siti
di rest, harganya $1.50
hmmm kan bisai f tani buat sendiri, lebih jimat n bersih
^___^
boleh buat untuk 1 family
SWEET

ROTI SANDWISH CHEESE

Roti sandwich
cheese keping
Kaya

Caranya

Potong/buang tepi roti.
sapu kaya kat roti kemudian
Letak cheese di antara dua keping roti.
then barulah dibakar dalam oven

DONE ^___^ siap untuk tapau bawak ke ofis

11 Mac 2011

Resipi - Fillet Ayam for my BekFas ^__^


Mr Hby - Syg, dimlm abg ada mimpi! ( hby owez merujuk mimpi kat siti, mcm ahli nujum ta jua ehe)

Siti - aa? mimpi apa syg? ( almaklum ta siti ni jenis emosi sikit ehe, adoi pagi2 lagi tu uhu)

Mr Hby - atu bah, taisliur kan mkn fillet ayam saja, haha (
sempat g ketawakan siti ehe)

Siti - Fikir ta ada apa eh, g watir mgtau ani uhu (
sambil mulut muncung, eiseh ^,^)

adoi, pagi2 dah siti dah dikejutkan dengan mimpi2 org taisliur ni ehe,
mcm2 saja my hby ni

taisliur kadang2 tahap org betian ^.^
terpaksa ta cari alternatif tersendiri untuk mengadakan taisliur hby ni
dah jadi tukang masak tak bertauliah saja sebatah ni
kadang nda sampai ati jua kan nda membuat, iytah saja
pengarang jantung siti dan separuh nyawa siti uhu ^.^
meh..laynzzz
sempatlah buat untuk tapau siti ke ofis, YUM2
n_n

FILLET AYAM

2 potong dada ayam fillet
sedikit air limau nipis
sedikit garam
1 telor
2 sdm minyak goreng
sedikit air ( sesuai untuk digoreng, tidak terlalu pekat)

Minyak untuk menggoreng

Bahan Tepung :

Tepung serbaguna
Sedikit serbuk kari
Sedikit serbuk roti

Cara-cara

Dada ayam masing-masing dicuci bersih, kemudian dipotong-potong tipis kecil. Rendam (marinade) dengan perasan air jeruk nipis dengan 1/4 sdt garam. perapkan seketika.
pukul telor, minyak dan air. Masukkan ke dalam ayam yang sedang diperap tadi. Sebatikan.
Kemudian setelah itu, masukkan seluruh tepung dan garam ke dalam ayam yg direndam telor tadi.
Panaskan minyak. Ambil potongan kecil ayam yang sudah terbalut tepung, goreng hingga kuning.

DONE ^___^

27 Disember 2010

Sandwish special ^_^

ni kisah roti yang lepas, hampir lupa nak masukkan ke blog hihi
^_^
kes taisliur tym puasa asyura last tym
so nada angin nada apa, tekak nak mkn sandwish je for berbuka
(ehem2 yang ni makanan sampingan je uhu, laparlah tu f mkn sandwish je uhu :P)

kira nak idea kat korang, f nak makan simple for bekfas ke
or diet mayb pun kira ok
^__^
tapi yang ni, siti tambah telur mata lembu dan daging burger
tambah cheese sikit n tomato lebihkan hihi
YUMMY
for sure, memang kenyang!

adoi kira ok lah ye
^__^

26 Julai 2010

Resipi - Roti Celup Telur ^___^


Assalamualaikum semua
adoi..dah puas relax2 tym weekend ke hihi
Alhamdulillah, janji2 siti dah selesai rasanya
untuk my triple celebration di dapur siti ni hihi
will jawap to yang kena soalan k
rugi jua ^__^

btw yang ni agak special untuk siti coz
hby yang buatkan ehe
saja nak manja2 minta tolong gorengkan
kadang nya org, f org masakkan kitani, grenti nyman toh
hihi...so do i ^__^
ni untuk juadah sahur siti
taisliur kan mkn roti goreng
kwang-kwang..

yang ni version hby
really simple
haha korang liat resipinya aa
^__^


ROTI CELUP TELUR

Roti
2 biji telur
Susu Manis
Mentega
Sedikit Garam

Cara

Kacau Telur, Susu manis, Mentega dan sedikit garam terlebih dahulu
panaskan minyak
celup roti ke adunan yang dikacau tadi
goreng hingga kekuningan

DONE ^_^

14 Julai 2010

Resipi - Roti Bersalut Udang Cheese

Hby ta orang pertama yang makan MMB
n org ofisnya jua yang pertama test hihi
alhamdulillah licin jua ^____^


Assalamualaikum semua...hmm...nice day kan harini
n3 yang masuk kali ani yang sepatutnya dah lama
masuk siaran hihi
asyik dengan kesibukan yang x menentu hihi

yang ni hby yang requested last tym
nak angkut bawa ke ofisnya
kan bekfas truz, mlz kan singgah gerai makanan katanya
so Roti Bersalut Udang ta jawapnya

yang ni siti buat, cukup2 diangkut hby
so susah siti nak tgkkan isi kat dalam ^O^

datang dengan penuh kontena
sekali dengan kontena kosong je hihi
^__^

ROTI BERSALUT UDANG CHEESE

2 keping roti sandwich
1 SB udang cincang (minced chicken jika suka)
1/2 ulas bwg besar (dicincang)
1 ulas bwg putih (dicincang)
1/2 camca kecil lada sulah/serbuk lada hitam
1 sudu bsr mayonis
1 sudu bsr marjerin
1/2 biji cili merah (dihiris dadu) - optional
1 biji telur
sedikit keju parut
50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 camb dan dibancuh dgn sedikit air)
secubit garam
sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)

Cara-cara :
Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau. Kemudian masukkan udang cincang dan kacau rata2 selama 1-2 minit.
Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam. Kacau perlahan (1 minit). Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
Sapukan sedikit mayonis pd roti, kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lagi.
Pukul telur bersama susu segar. Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper dengan api perlahan.(elok guna kuali non stick)

16 Mei 2010

Resipi - Roti Goreng Berayam Chez ^__^

Assalamualaikum semua
yeaa...dah monday ^__^
( ala...dah kira-kira hari dah nk cuti dah ni ehe)
semoga semuanya sihat sejahtera ye
amin....

Siti? owh alhamdulillah
bersyukur sentiasa diberikan kesihatan yang baik

n3 kali ni cukup simple
sesuai untuk bekfas pagi2
15min dah selesai buat semuanya
sempatlah jua kan ditapau bawak ke ofis ehe

ok layanzzz...sesuai untuk bekal kids
lebih terjamin kebersihan + keselamatan
f tani yang buat ^__^

ROTI GORENG BERAYAM CHEZ

Roti
4 biji telur
2 sudu majerin/butter
3-4 keping daging hiris
Chez of course
Sedikit gula

Pukul sedikit telur, majerin & gula..
masukkan sekeping hirisan daging + chez tadi
lipat dua
pastu celupkan roti dan goreng atas kuali leper..
goreng sampai kekuningan...done ^__^

22 April 2010

Resipi - Roti Goreng Cheese ^_^


ni gara-gara chat chit kat FB, drg cerita pasal roti chis ni huhu,
taisliur x tantu2,
nak dibayang2kan, nda tau mcmana usulnya ahaks
so
yg siti bayang2kan
juz yang simple2 je...
mayb drg cerita yg special kot haha
yang ni je siti terfikir, x pernah rasa kan huhu
sodap jua ^___^
kdg juz sekadar berceritapun, siti dah ada idea
nk masak apa untuk bekfas my lovly hby
alhamdulillah
Hby cukup suka dgn my roti ni hihi ^__^
ask for more ^O^

ROTI GORENG CHEESE

4 keping roti
2 keping slice cheese-potong 1/2
1 biji telur - pukul
3 sb susu segar
bread crumb secukupnya

Cara
1.Roti digelek nipis . Letakkan cheese di tgh.Lipat roti dan tekan sedikit.
2.Kacau susu dgn telur.
3.Celupkan roti kedlm adunan telur.
4.Celup roti dlm bread crump..pastikan roti dipenuhi breadcrumb
5.Goreng hingga kuning dgn api sederhana.
6.Bila masak potong 2.


TAraAa.. siap dah untuk bekfas hby ...korang x mo try ke huhu ^_^

01 April 2010

Resipi - mY Morning Roti UNCLE John ^_^


Bila dah rajin dan sempat buat subuh-subuh, nilah kejadian yg berlaku, sempat bertukang-tukang di dapur ehe
ala untuk bekal mine g ofis, maklum kdg bila terkejar g ofis
memang x sempat nk singgah gerai nk beli kueh
nanti tkut bila dah perut lapar, keja pun x jalan, iya x?
nipun buat mengikut stok yg ada dalam peti ajaib siti huhu
sekali sekala wat roti uncle john ^_^
MY MORNING ROTI UNCLE JOHN
Roti uNCLE jOHN
Telur
Carrot & kobis (diparut halus)
Daging burger 5 keping
Butter
Mayonis, Sos cili or tomato

Cara membuatnya :
Rebus daging burger hingga masak. Bila dah masak, hancurkan daging tu, pecahkan telur dan gaul.
Parutan carrot & kobis tadi campurkan dengan mayonis
Kemudian sapu butter pada roti, letak daging hancur td & bakar atas kuali leper
Bila roti dh masak, letak ler sayur tu & tuang sos.

Tadaaaaaa…siap untuk belak siti ^_^


ehe nak tau, asal usul roti uncle roti, meh baca ^_^

...... Alkisah waktu dulu-dulu, ada sorang mat saleh datang kesini untuk berdagang. Habis dia cari tak dapat jumpa lagi dia punya staple food. Kalau orang cina ada kuey teow, kalau orang melayu ada lontong dan mee rebus nye, orang india ada capati dan tose. Jadi, dia ke gerai and request sipegerai buatkan nye roti.... disalutkan daging. Waktu tu keju payah nak cari, lalu sipegerai tu gantikan keju dengan telur. Hasil nya si mat saleh tu enjoy betul. Kebetulan pulak, nama si mat saleh tu John. Jadi roti tu pun dinamakan Roti si John le.... roti john...

26 Mac 2010

Resipi - Sandwish Tuna ^_^


Assalamualaikum semua,
huhu..dah nk weeKEND dah ^_^
mesti happy tau
tym untuk baking berabiz huhu n relax...n tido (-_-)
n3 masuk nak tayang ni is my sandwish tuna version( baru jua belajar makan ehe)
hby asked mlm sebelum hby nk keja huhu
nasib lah, ada stok nk wat sandwish, kalo xde, alamat berkejar ta ke kedai hihi
bah layanzzz my simple sandwish ...sodap lah tu untuk bekfas,
lebih baik dari makan yg bercucur2 ryte? ^_^
kolestrol beb
SANDWISH TUNA
Bahan-bahan
~roti sandwish secukupnya
~isi tuna-ditoskan airnya
~mayonis
~black pepper (F suka pedas)
~telur rebus -dipotong nipis
~crab stik-digoreng dulu then dicincang
~Lettuce jgn lupa
~timun, tomato-dihiris nipis
Cara-cara
1.Tuna dihancurkan kemudian gaul bersama mayonis dan serbuk lada hitam.
2.Sapukan roti dengan butter dan buang kulit tepinya
3.Letak inti tuna, kemudian lapiskan dengan telur dan crab stik
4.Letak timun dan tomato kalo suka.
5.Tutup balik dengan roti. Kemudian potong.
Siap dah untuk bekfas ours ^_^, korang cana ? ehe kena buat sendiri

01 Mac 2010

Resipi - Roti Goreng & Mee Hoon Goreng

sURE sodap ^_^
ni untuk bekal hby g keja, mlm b4,hby dah requested untuk bekal kan dibawa ke ofisnya,
bzlah siti ma hby g kedai, bali apa yang patut ehe
so kata hby wat simple ja, masak mee n roti sandwish
sandwish?
balik2 jua wat sandwish saja (dalam hati ehe)
saja kn g surpriz hby..
nda sangka, suka bangat ia
mcm roti kuning nya adeh...hehe
sampai request minta buat lagi ^_^
laynzzz..
ROTI GORENG RANGUP
Bahan:-
8 keping roti (buang kulit tepinya)
serikaya secukupnya
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 cm (1 sudu besar) marjerin
1 sudu kecil garam
sedikit gula
sedikit pewarna kuning

Cara Memasak:-
Di dalam bekas satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air dan kacau dengan whisk, masukkan pewarna kuning, gaul rata dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong kepada 4 bahagian.
Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
Celupkan roti tadi ke dalam adunan teung dan goreng sehingga keperangan. Balik-balikkan selalu.
1 bungkus mee hoon
udang & fish cakes
6 ulas bawang putih (ditumbuk lumat or blend)
3 sudu makan oyster sos
serbuk lada putih
Caranya:-.
Rebus mee hoon for 5 mins.
Tumis bawang putih hingga garing..
Masukkan udang & fish cake
Masukkan oyster sos..
Kemudian sayur2 & lada putih.
Garam & perasa sesuka rasa.
Simple kan ehe
Ha.. dah siap untuk bekal hby keja ehe...
Roti Goreng + Mee Hoon Goreng + Teh Tarik Siti = SIAP!!!
( mcm org turun ke laut ta usulnya ehe)

16 Februari 2010

Resipi- Sandwish Telur Siti

ni untuk bekal hby g keja ehe...banyak? nda banyak x aa, nda cukup g ehe..kwn seofis hby sempat bekfas dengan sandwish siti ni n my hot teh tarik sebelum buat keja masing-masing..sempatlah subuh2, siti buat 2bantal roti n teh tarik sekali ehe...minum kat rest,dah berapa $ so buat banyak biar semua ampit ^_^

n nk tunaikan email Nadia di Tutong yang kan tau my simple sandwish ani ehe..simple ja ^_^


SANDWISH TELUR SITI


Bahan-bahan

roti sandwich
2 biji telur
3 @ 4 sudu mayonis
secubit garam
secubit serbuk lada putih


Cara-cara

rebus telur hingga masak.
hancurkan telur tersebut,masukkan mayonis,garam,lada putih,garam & gaul rata.

roti sandwish boleh disapu mentega (jika suka) dan bubuh telur yang telah di gaul tadi.

14 November 2009

Resepi - Roti Canai :)



since hby off harini, before hby g rumah mertua, sempatlah siti wat bekfas roti canai...ha...roti canai siti byk resepinya...ni siti try resepi lain sikit...mcm pas jua ah usulnya...kena offer jua krg ni jadi pencanai roti martabak huhu ehe :) siti tepuk2 tim panazzz2, la...rangup eh...nda menyesal mencuba resepi baru ani :) u ol can try buat kat rumah..meh layazzzz

ROTI CANAI

Bahan-bahan ( anggaran siti dalam 10 biji )

* 2 setengah cawan tepung gandum
* 1 sudu makan mentega
* 1 sudu makan susu pekat manis
* 1 cawan air (untuk bancuhan tepung…agak2)
* sedikit garam halus
* minyak masak
* mentega

Cara-cara

Cairkan mentega. Bancuh susu pekat manis bersama air dan sedikit garam (air bancuhan tersebut perlulah cair).
Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung..gaul rata dan masukkan air susu yang telah di bancuh tadi sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yang licin.
Bulat2kan menjadi doh yang kecil dan perapkan bersama sedikit minyak masak dan mentega lebih kurang setengah jaM
canai doh tadi sehingga nipis dengan menggunakan minyak.
Sapukan sedikit mentega pada doh yang di canai nipis tadi..lepas tu gulungkan doh tu macam ni
Lepas tuh buat macam angka 8 dengan cara menggulungkan setiap hujung doh tu sehingga bertemu.
lipat dua angka 8 tadi untuk membentuk seperti bunga ros.
Penyek-penyekkan bunga ros tersebut sebelum menggoreng dengan api yg perlahan. Boleh menggunakan minyak sapi atau pun mentega untuk lebih rasa umphh..

petua yang siti dapat dalam membuat roti canai ani, after tani mencanai sebelum di goreng, better tani freeze seketika...juz utk menjadikan roti tani more ummmp...

WALLLAaaaa siap dah utk bekfas :)