Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Udang. Papar semua catatan

16 Julai 2013

Resipi - Udang masak sos plum ^___^ yummeh...

Menu posa untuk tahun ni...simple je...yang penting berbuka bersama family...
^____^
niat nak rajinkan ke dapur nak memasak menu berbuka, nak kurangkan membeli ...
ehe kononnya....dapat kah nda jua bertahan membayangkan menu sedap2 di gerai...

owh will....

Selamat Berbuka ye nanti....



UDANG MASAK SOS PLUM

Udang - dibersihkan
2 biji bawang besar - cincang
3-4 biji bawang putih - cincang
2 sb cili kering kisar
2-3 sb madu
1/2 cawan udang kering - cincang
2-3 sb sos plum 
2 sb mentega

Cara Penyediaan :

 Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar hingga perang.  Masukkan udang kering dan cili kisar dan tumis lagi hingga udang kering masak.
 Masukkan udang, madu, dan sos plum. Kacau hingga udang masak. Sesuaikan dengan rasa.

DONE ^___^



29 Januari 2013

Resipi - Udang masak merah - simple je...


Di rumah siti,amat suka masakan merah, specially menu ayam n udang...
x jemu...
memang laku bila masak merah di rumah siti ni ehe ^.^
ala-ala pedas sedikit lagi terangkat...

In Shaa Allah, pasti ianya menjadi fav semua orang kalau sedap kan 
^____^


UDANG MASAK MERAH

Udang 
Bawang putih - dicincang
sedikit halia - cincang
Bawang besar - hiris bulat
sedikitSos tiram
2SB Sos tomato 
3SB Sos cili 
Garam dan gula secukupnya

CARANYA

 Tumis bhn cincang hingga wangi. Masukkan semua sos dan dikacau.
kemudian masukkan udang, kacau hingga udang nampak kemerah-merahan 
 Masukkan hirisan bawang besar, biarkan seketika 
 Perasakan dgn garam dan sedikit gula.

DONE ^___^

24 September 2012

Udang Geragau is Bubuk in Brunei ? YES!!


Last time, our tangah sempat bekalkan kami as ole-ole untuk bawa balik ke brunei
kebetulan musim bubuk dat time, so banyaklah belacan2 dibuat
n our tangah pun kasi belacan hasilnya jua ehe..

Belacan our tangah merah-merah warnanya x sama dengan
belacan yang biasa dijual di kedai-kedai..
baunya boleh tahan, bila bawa ke flight pun x pe ehe
x berapa berbau...
Belacan homemade labuan katakan...

Will, saja nak share masakan apa yang biasa orang brunei buat dengan BUBUK/UDANG GERAGAU ni..

Yang siti tau, Nasi Goreng Bubuk pun sedap, buat cucur Bubuk pun boleh jugak
n yang pasti, goreng begitu saja pun SEDAP...

Resipi siti untuk goreng bubuk ni

Bubuk/ Udang geragau secukupnya
Garam secukupnya
Lada Kering - digunting halus secukupnya, nak pedas, bykkan ^.^
Bawang Merah - di hiris halus

Caranya yang simple :

Panakan sedikit minyak kemudian masukkan hirisan bawang merah + lada kering tadi
goreng seketika hingga kekuningan
barulah masukkan bubuk dan digaul sebati dan diakhiri dengan garam.

DONE ^___^
bolehlah dimakan dengan nasi pun YUMMY..


Sebotol besar ni ole-olenya
Bubuk hasil tangannya sendiri
^___^


Udang Geragau is Bubuk kat Brunei
hmmm bila korang dari msia sebut n cari UDANG GERAGAU kat sini
hmm sure x jumpa n sure jua org brunei x fhm ehe
panggil je BUBUK...

28 Julai 2012

Resipi - Cucur Udang siti ^___^

Di rumah siti ni, mencucur udang mcm sudah biasa disajikan
^___^
siti suka betul cucur udang tapi x suka beli coz belum pernah jumpa
cucur yang menepati citarasa siti, 
yang mesti penuh udang haha
last2 kenalah buat sendiri kan jawapnya
^____^
bolehlah taruh byk udang 
yum-------



 Tepung gandum
  udang basah (saiz kecil / sederhana) - di cincang
 daun bawang (potong kecilkecil)
taugeh
 1 sudu teh baking powder
 sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
 Air secukupnya
 minyak masak (untuk menggoreng)

Caranya

Campurkan kesemua bahan kecuali udang dan minyak masak di dalam mangkuk. Bancuh pekat dengan air  yang mencukupi. Biarkan selama 1 jam.
Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.  Kaup adunan dengan memasukkan udang yang dicincang tadi. Goreng sehingga keemasan. 

DONE ^_____^


01 Oktober 2011

Resipi - Udang Masak Serai Berkasturi ^_^

Antara juadah penyungkai bulan puasa lepas
ngee....baru je ada masa nak upload masuk dapur
=.='
TQ ye sudi2 fhm2 siti yang super duper bz ni ehe

UDANG MASAK SERAI BERKASTURI ^_^

Udang yang telah dibersihkan secukupnya
2 biji cili merah
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi diambil airnya
2 serai yang diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:

Udang digaul dengan air limau dan garam, cili merah ditumbuk kasar, dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk. Setelah bangkit bau, masukkan udang dan serai tadi. Gaul sebati. Sesuaikan dengan garam dan gula serta diakhiri dengan tomato yang dibelah 4.

DONE ^__^

24 Ogos 2011

Resipi - Udang masak 3 rasa ^_^


Alhamdulillah, puasa dah masuk minggu ke 4, nak dekat raya dah ni
debaran makin dekat
^_^

Ya Allah permudahankanlah
urusanku dalam mempersiapkan
tempahan my lovly customer ni
Amin....

x sabar rasanya nak pakai baju baru
rezeki pun bertambah bulan puasa ni
Alhamdulillah....

will, sepanjang berpuasa ni,
pelbagai juadah dah di masak di dapur siti ni, ada ayam, daging, ikan dan udang
~ xde ketam je ehe~

meh try sama-sama my simple masakan ni ^.^

UDANG MASAK 3 RASA ^_^
udang besar (bersihkan)
sedikit serbuk kunyit
minyak

SOS YANG DIGAUL BERSAMA:
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
½ cawan air

1 biji tomato (belah 6)
Garam dan gula secukup rasa


Cara- caranya:

Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan juga cili potong dan gula. Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
jika kuah cair, boleh masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.

DONE ^_^

04 Mac 2011

Resipi - Kari Udang Ala India ^__^

ok kita try sama-sama lagi my masakan udang ni
YUMMYlicous
sure licin masak kat rumah hihi
^.^
makan beratah-ratah pun sedap
masakan quite berbeza sikit dari masakan kari biasa
coz ada segala sos kat dalamnya
f kan tau rasanya, will better try this
^__^

KARI UDANG ALA INDIA

1 Kilo Udang yang digoreng seketika dengan serbuk kunyit
3 sudu besar rempah kari ikan (siti suka buat more kari, gravy tu yum2)
1 tangkai daun kari
3-4 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1Biji Bawang Besar
1/2 inci halia
Air asam jawa
2SB Sos Cili
2SB Sos TOmato
Garam dan garam secukupnya
Serbuk lada

Cara-cara

Bawang merah,putih dan halia dikisar/ditumbuk lumat. Kemudian tumis hingga naik bau masukkan daun kari.
Masukkan rempah kari, sos cili, sos tomato dan sedikit air,tumis hingga pecah minyak ( lama ni menumis uhu, kira2 10 min plus) then bila kuah hampir2 kering baru masukkan air asam jawa, garam serta gula dan akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi.

DONE ^___^

01 Mac 2011

Resipi - Udang Masak Merah *__*


Assalamualaikum semua
fuh...harini cuaca agak sejuk dari hari biasa
dari datang ofis, keluar lunch sampai balik keja
seharian memang sejuk uhu
^___^
keja pun agak slow je harini ehe
ala..mengikut keadaan cuaca jua uhu

BTW
harini siti nak share
masakan udang yang memang YUMMY di dapur siti
masakan merah ni f dipelbagaikan, rasanya will berubah
^__^

Selamat mencuba

UDANG MASAK MERAH


Udang yang dibersihkan
sedikit serbuk kunyit
2 sb cili kering kisar
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
1-2 sb sos cili
1 sb sos tomato
air asam jawa
garam dan gula secukupnya - jika perlu
minyak utk menggoreng dan menumis


Cara-cara


Udang digaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dan diperap dalam 10 minit. Sediakan kuali. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng udang hingga garing. toskan dan ketepikan.

Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.

Masukkan udang dan gaul sebati. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah, air asam jawa dan tomato. sesuaikan dengan citarasa masing-masing


DONE ^__^

09 Februari 2011

Resipi - Udang Masak Merah Special ^__^


Assalamualaikum semua
Alhamdulillah akhirnya masuk jua my masakan udang yang siti masak
last aidiladha lepas
^.^
giv a try ye, cuma ubah dari teknik dan bahan
SWEET ^__^

UDANG MASAK MERAH SPECIAL ^_^

Udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
2 sudu makan sos tomato
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukupnya
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk kari daging
4-5 sudu makan cili kisar
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih

Bahan-bahan kisar :

1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia

Cara-cara :

Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan toskan.Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 kisar bersama daun kari hingga wangi. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2kisar tadi hingga pecah minyak.Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi.
gaul sekata dan make sure, masak udang tidak lebih 7 minit ^.*

DONE ^___^ siap untuk di makan

semua menu yang bawah ni, adoi...cukup terdelay sgt siti nak share with ols kan
ni menu last aidiladha di rumah my mertua 2010
^___^ soe ye...picnya pun jauh ke atas sekali hihi
cukup lama nak masukkan resipi menu masakan udang siti buat tym aidiladha untuk
di rumah siti ^_^
will ha... dah masuk pun akhirnya,
nanti senang2 boleh giv a try
sure sedap
^__^

Kelupis sentiasa jadi kemestian ^__^

Kari my Mertua
YUMMY ^__^

my Muffin deFruit as owez ^__^

28 Oktober 2010

Resipi - SEAFOOD MASAK 3 RASA ^__^


Yang ni dah lama dalam kamera ^_^
lupa saja kan upload ehe
nway, yang ni my feberet
actually masakan for udang, terkena masih byk masih segala fishball n sosej
dalam peti ajaib siti,
so joinkan semua dan biar ramai dalam kuali
^,^
Simple tapi delicious
trylah f kan tau rasanya


SEAFOOD MASAK TIGA RASA

  • Udang - di goreng
  • FishBall - di goreng
  • sosej ayam - di goreng
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 biji cili merah (tumbuk)
  • hirisan cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sudu besar kicap pekat (lemak manis)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak
  • sos Tomato
  • sedikit air
Cara-Cara:
Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing. Masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram, kacau sebentar.Masukkan air (kalau nak berkuah - lebihkan air), kemudian masukkan hirisan cili merah dan bawang besar.Kacau sebentar. akhir sekali masukkan udang, fishball n sosej tadi yang telah digoreng dan sebatikan dengan serbuk perasa dan garam.

DONE ^_____^

06 Ogos 2010

Resipi - Udang Bertaucu ^_^

Assalamualaikum semua
hmmm, rasanya sekejap saja masa berlalu kan
tau2 esok dah nk weekend
maknanya weekend ni yg last promosi sebelum Bulan Posa menjelma
Wah..
btw, dah byr posa yg tahun lepas ke?
bayar jgn x bayar ^_^

lately majlis makan doa arwah pun disana sini
perut ni kadang meragam coz luan makan saja ehe
* ala....bersyukur ada rezeki datang huhu

btw ni antara feberet siti aka UDANG
apa je masakan, memang laku di rumah siti
ngee....cuma buat masani agak dikurangkan
maklumlah tahap kolestrol cik udang ni agak naik
f pemgambilan makan x terkawal
ehe...bila masakan sedap, andang nda ingat
^_^
xpelah ye, sekali sekala makan
jgn nda kempunan ^_^
sapa nak jawap ehe

UDANG BERTAUCU ^_^

udang bersaiz sederhana
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, dititik
1 camca besar sos tiram
1 Camca Besar Taucu ( botol kuning ) UPDATE ^_^
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos plum
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

CARA MEMASAK

Udang dibersihkan, cuci dan tos. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng udang tadi 3/4 masak. Angkat dan toskan.Tinggalkan lebih kurang 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum..masukkan sos tiram, sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air.Bila mendidih, masukkan udang, gaul dan tambah garam jika perlu. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.

DONE!!!

24 Mac 2010

Resipi - Udang Masak Merah ^_^


ni aktiviti masak-masak siti last punya last weekend huhu (lama nye) ehe ^_^
bila dah ada kat rumah, masa melepak pun byk, masa untuk memasak pun banyak
so n3 kali ani, siti nk share my simple masakan udang..masak merah memang feberet di rumah siti, cuma sekali sekala dipelbagaikan ^_^
meh layazzzz
UDANG MASAK MERAH
Bahan-bahan:-
1 kg udang (digoreng separuh masak)
2-3 sb cili kering kisar
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
3 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sudu makanKicap manis
1 sb sos tiram
garam dan gula secukupnya
minyak utk menggoreng dan menumis
1 biji cili merah dihiris dan 1 biji tomato dipotong 4.
air (siti masak mesti berkuah, sedap makan berkuah-kuah hihi)
Cara-cara:-

Di dalam kuali yg sama, tuangkan sedikit minyak dan panaskan. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.
Masukkan udang dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan cili merah dan tomato. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
TARAAA siap dah ^_^

25 Februari 2010

Resipi - Udang Goreng Garing Rangup ^_^


ni kes kan makan ratah-ratah saja, nda mo makan nasi ( ehe biasa diet sihat (",)
hby mau makan yg simple saja
sambil-sambil meliat team Liv main huhu
nda sedar habis udang diratahnya ehe
ani ta saja simple n exprezzz ehe
tutup mata saja masak tia ( ehe my istilah, sehari sepatah kata ehe)
Try ja f mo yg simple sesimplenya ^_^

UDANG GORENG GARING RANGUP

Bahan:-
  • udang
  • 1 cawan tepung tempura
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan serbuk roti
  • 1 biji limau nipis
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:-

  1. Udang dibuangkan kulit dan dibasuh dengan limau. Kemudian toskan.
  2. Bancuhkan tepung dengan air, masukkan air sedikit2. Jangan terlalu cair.
  3. Celupkan udang tadi ke dalam bancuhan tempura dan golekkan dalam serbuk roti.
  4. Goreng dengan api yang sederhana.
  5. Apabila nampak udang berwarna keemasan, angkat dan toskan.

29 Disember 2009

Resepi - Udang Galah Tumis Serai




evenpun mom still nda suruh masak2, nda jua dapat kan mengelak..boring x aa, kan berehat saja all da tym...sakit plg badan bah ehe..ani aktiviti my last weekend kelurusan famili dari KB turun ke bandar so biasalah masak special sikit..huhu udang galah tym2 bonus ani ehe..Yang nda siuknya, siti ndadapat makan for a while, krg merah kulit bergaru saja huhu..petua kan baik after operate, jgn makan seafood, kicap n cuka...so siti kena berpantang untuk sementera ani huhu

ok layanzz my Udang Galah tumis serai

UDANG GALAH TUMIS SERAI

Bahan2:

* 700g-800g udang galah-bersihkan dan toskan
* 3 ulas bawang merah*
* 1-2 ulas bawang putih*
* 1-2 tangkai cili merah
* 1/3 sudu belacan
* 2-3 batang serai(diketuk)
* Asam gelugor-secukupnya
* 1-2 biji tomato(belah 4)
* Sedikit minyak untuk menumis
* Garam,sedikit gula dan perasa(jika suka)

Cara2:

1. Panaskan minyak dan tumis wangi bahan2 yg ditumbuk
2. Masukkan sebatang serai dan udang galah. Kacau sebati sehingga kulit udang bertukar warna kemerahan
3. Masukkan asam gelugor dan tambahkan air secukupnya
4. Tambahkan bahan2 perasa(garam,gula dan perisa) secukupnya
5. Apabila udang hampir masak tambahkan tomato dan masukkan baki serai.
6. Sebatikan semua rasa dan padamkan api-elakkan masak udang terlalu lama kerana isi udang akan keras dan kurang sedap (chef wan pernah kata, masak udang not more than 7 minute)

jeng...jeng...siap udah...sori aa pics a bit blur sikit ehe :)

05 Disember 2009

Resepi - Udang bersalut Telur



ni kes kan mao simple saja masakan harini...relax je membuat...no needs utk rushing ehe..masakan simple sempoi je...maklumlah tym weekend ni, byk orderan so masakan pun mesti sesimple n express tapi yang penting sodap...nada alasan nda memasak even pun bz mcmana :) hby siap meratah2 saja udang ani huhu...

UDANG BERSALUT TELUR

Bahan-bahan

* Bahan-bahan
* Udang besar secukupnya udang yang siap dibersihkan (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya).
* 2 biji telur
* 2 sudu besar tepung ubi
* 1/2 sudu teh serbuk lada berperisa
* 1/2 sudu teh gula
* 1 sudu teh kicap
* Minyak untuk menggoreng
* Garam secukup rasa

ha...simple kan...kes kan menghabiskan stok udang dalam exbok :)

15 November 2009

Resepi - Udang bersos Plum


hmmm ani atktiviti makan2 tim kat rumah harini coz famili dari KB ada turun ke bandar so memang everytim drg turun mesti ada special masakan untuk drg huhu...kelurusan jua my bro ada bali udang galah di tamu kianggeh, dapat murah $11 sekilo, ada runding harga g 2..huhu...fresh lagi...puas hati eh manis rasanya..ni nk try resepi lain lagi...sos plum dirumah jarang banar bemasak so terklik tarus kan masak sos plum..actually byk berjual di market sos plum ani...jgn luan byk coz MASAM ehe...

meh layanzz resepi entry kali ani :) masakan simple je

UDANG BERSOS PLUM

BAHAN-BAHANNYA

udang galah bersaiz sederhana
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, dititik
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar sos plum
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA

1. Udang dibersihkan, cuci dan tos. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng udang tadi 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan lebih kurang 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sos tiram, sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air.
3. Bila mendidih, masukkan udang, gaul dan tambah garam jika perlu. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.

umppp...WALAAAAA rasanya mesti tambah nasi lagi ehe

30 Oktober 2009

Resepi - Udang Goreng Tepung Style Siti


ni versi siti tambah brokoli celur...kan siti diet ni huhu :)

ni masakan simple siti, kan mau simple, enak n yang penting expreZZZZ ehe..sambil2 siti menunggu tasha n azleffa mengambil orderan drg, sempat g siti bz2 di dapur, menyediakan apa yang patut..kupas2 kulit udang n memperap sekejap udang ah :)
masakan biasa2 saja ni..happy trying..

UDANG GORENG TEPUNG STYLE SITI


* Udang secukupnya
* Tepung jagung 1/2 cawan
* Tepung beras 1/4 cawan
* 1 biji telur
* Limau nipis airnya diperahkan
* sedikit serbuk cili

Cara-cara

1. Masukkan tepung2 tadi, garam secukup rasa, serbuk cili dan air limau nipis. Gaulkan..
2. Udang yang telah dibuang kulit & dipotong belakangnya & dibuang tahi kemudian di celup ke dalam telur & seterusnya celup ke dlm tepung
3. then..goreng

wah..simple banar...makan meratah2 saja lah huhu :)

13 Oktober 2009

Resepi - Udang masak Sos Prego



ni aktiviti masak2 siti waktu siti cuti minggu lepas...kelurusan jua my babu dari KB turun ke bandar so everytim my famili dari KB ke bandar , mesti ada special skit siti masak2 huhu...

sekali sekala kita tukar cara masakan tani, dipelbagaikan variasi...mesti famili tani suka...f nda menjadi pun, we try again..bagi pendapat siti secara peribadi, masak apa je mesti jadi punya..tani campur a2 campur ani, mesti menjadi masakan tani..so siti sendiri, masak apa je mesti famili siti suka :)..nda rugi rasanya tani tukar2 variasi masakan tani asalkan menepati citarasa tekak tani huhu..bagi org nda ok, tapi yang penting famili ok, pun sudah memadai..adeh...

btw f nada yang tau sos prego, ala...sos prego untuk masak spaggetti tu...tau kan...dat it..nyaman rasa udang tani specially f tani masak kai udang fresh..manis rasanya..so meh layazzz my resepi ani..selamat mencuba :)

UDANG MASAK SOS PREGO

Bahan-bahan

Udang secukupnya
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang kecil
1 inci halia
1/2 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1/2 batang lobak merah
1 cawan sos Prego
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu makan gula
Daun bawang
Sedikit perasa

Cara-cara

Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia
Hiris cili merah, cili hijau, bawang besar dan lobak merah.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang kecil dan halia yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau barulah masukkan lobak merah.
Setelah itu masukkan udang dan gaulkan sehingga masak.
Kemudian masukkan sos Prego, air, garam, gula dan sedikit perasa. Masak sehingga sedikit pekat ( ani siti wat kasi kuah skit hehe)

04 September 2009

Resepi - Udang Masak Ketumbar



ni aktiviti masak2 siti selain baking2 hehe..dimalam sungkai dirumah so biasalah kan, memasak untuk juadah bersungkai..2 minggu puasa,alhamdulillah siti dapat manage rasa siti kan ke gerai2 saja..siti ni lain, f ke gerai2 ramadan ani, kononkan bali ani lah..sudah disana lain ta plg dibali...ukan sedikit, banyak ta plg..mcm makan sebarek huhu...so alhamdulillah 14 hari puasa ani, budget pun lebih jua...nda jua banyak lari ke makanan saja.. hari2 dalam puasa ani mesti memasak so ada kawalan budget disini...alhamdulillah...

kelurusan jua hby mbali udang, so meh layanzz apa jadi dengan udang mr hby ani huhu
siti pernh test masak udang ketumbar...fuh...wangi baunya...rugi nda cuba...mana kan cari daun ketumbar?eh banyak kat supermarket...arah gerai pun pernh jua siti tliat...
resepi ani style ala thai ...yummy x ah..

Udang Ketumbar

Ingredients:-
500 gms. medium size prawns
1 tbsp. Maggi Ikan Bilis powder/cube
1 tbsp. belacan
4 cloves garlic - pounded
2 shallots - pounded
1/4 cup chopped coriander leaves
4 egg whites
4 tbsp. rice flour
Freshly ground black pepper
Salt to taste
Some butter

Method:-

Slice the prawns lengthwise. Combine the ikan bilis powder, belacan, garlic, shallots, coriander, egg whites, rice flour, black pepper and salt.
Add in the prawns and mix well.
Heat butter in a non-stick pan. Fry the prawns for about 2 - 3 minutes.

02 September 2009

Resepi - Udang 5 spices



Dalam bz2 baking pun, siti sempt jua mencuba resepi baru,udang 5 spices...sekali sekala kita ubahlah resepi masakan kita seharian..almaklumlah, nda jua kan masak merah saja setiap kali iya x?hehe

memang terangkat makan udang ani, hingga menjilat jari hehe,try jangan lupa try :)
siti masak mengikut bahan2 yang ada dalam safe je huhu...yang penting mesti ada 5 spicesnya k..meh layanzzz...

Bahan-bahan

udang
* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 hiris halia
3 sb lada boh
1 sb sos tiram
2 sb sos tomato
1 sk kicap pekat
1 sk rempah '5 spices'
garam and gula secukup rasa
Tomato belah 6
1 labu bwg besar belah 6
daun bawang potong dlm 1 inci

Cara-cara

Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar higga naik bau.
Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing masukkan udang.
Bila udang setengah masak masukkan sos tiram, tomato, kicap pekat dan rempah 5 spices.

Masukkan garam dan gula utk melengkapkan rasa.

Masukkan tomato, bawang besar n daun bawang bila udang hampir masak. Masak hingga udang masak dan sedia utk dihidang.