Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

07 Januari 2013

Resipi Daging masak kurma pedas - n3 RESIPI PERTAMA 2013 ^__^


Assalamualaikum semua ^__^
alhamdulillah berpeluang jua kan update, selepas melalui my hectic week uhu...
hujung hujung tahun yang lalu, penuh agenda hendak dibuat
hendak buat itu jugak, nak buat ini jugak uhu...
fuh...semangat...
rasanya mcm badan ni kna dibahagikan ke beberapa bahagian hanya untuk setel semua
^.^

Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dijangkakan 
^___^

btw sekadar nak share resipi masakan versi kurma pedas ni
maklumlah last time, byk daging korban kitaorang sefamily dapat
mana dari jiran, frenz n B mobile pun ada ehe ^.^

DAGING MASAK KURMA PEDAS ^__^
 
Isi Daging di potong sederhana besar
sekotak santan
5-7 biji cili api
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
rempah tumis 
1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
2 biji kentang besar
1 biji bawang besar dibelah empat
1 biji tomato dibelah dua
1 sudu makan kerisik
garam, gula, air asam jawa dan ajinomoto secukup rasa.

Cara-cara

Bawang besar , b.putih, cili api dan halia ditumbuk atau blend jer. Tumiskan atas dapur bersama rempah tumis sehingga berwarna kekuningan.
Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, biarkan daging sebati dengan rempah, masuk air sikit supaya tak hangit.
Gunakan api sederhana dan biarkan daging empuk sikit, kemudian masukkan kentang.
Setelah kentang hampir empuk masukkan pula santan, bawang besar yg dibelah empat, garam &gula ajinomoto, dan air asam jawa.
Kemudian masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Versi daging untuk bubur my haiqal ^.^


26 Oktober 2012

Resipi - Daging masak Hitam Manis ^__^ mestilah ada ubi kentang...


Soelah ye lately x update dapur siti ni ehe ^.^
kesihatan x berapa mengizinkan, alhamdulillah ni recover jugak sikit
sempena hari raya ni kan uhu...
nak celebrate dgn mr lov n lil haiqal...
tu yang jadi semangat masani ^___^

sekadar nak sharing resipi daging ni
sesuai sgt untuk kenduri kendara tau..
dari sudut rasa memang sedap
^___^


DAGING MASAK HITAM MANIS ^__^

Bahan-bahan A : (Disatukan dan diperap)

Daging - ihiris nipis-nipis
1 bungkus (40 gram) perencah lada hitam
1 sudu besar serbuk kunyit

Bahan-bahan B (ditumis):

Minyak untuk menumis
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 inci halia - dimayang

Bahan-bahan lain:

4 biji ubi kentang - dibelah 4
2 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos lada hitam sarawak
2 labu bawang besar - dihiris bulat
sedikit lada padi
Gula dan garam secukupnya

Cara-caranya:

Perapkan bahan-bahan selama 30 minit. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau dan kekuningan.  Masukkan bahan-bahan A yang telah diperap tadi. Masukkan air secukupnya dan kacau rata. Masukkan sos cili thai, kicap manis, dan sos lada hitam dan kacau lagi. Masak sehingga daging empuk. Sekiranya air kering dan daging belum empuk, boleh tambahkan air lagi. Setelah daging empuk, masukkan ubi kentang. Perasakan dengan garam dan gula. Sekiranya anda mahukan kuah lebih, boleh tambah air. Masak sehingga ubi kentang empuk. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan cili padi. 

DONE ^___^

15 Oktober 2012

Resipi - Daging Masak Kicap BerLada hitam ^__^ Pedas tapi SEDAP....

Alhamdulillah..nak dekat bulan 11 ni, hati siti cukup berdebar, mana taknya
my lil haiqal dah nak masuk umur 1 tahun
dah nak jadi toddler lagi uhu...

wah...cukup membesar dengan sihat my haiqal..
Syukur alhamdullillah, dengan kurniaMU Ya Allah...
~~semoga kesihatan dan kebahagiaan sentiasa bersama kami Ya Allah, Amin...~~

last weekend, dah tried cuba resipi simple ni
overall rasanya sedap, pedas n masin at the same time ehe
^___^
Ubi kentang memainkan peranan as memkombinasikan rasa masakan daging ni...

jom try sama-sama...


DAGING MASAK KICAP BERLADA HITAM ^___^

1/2 kilo daging ( dihiris nipis )
3 SB kicap manis
1 SB kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih + Bawang besar - dikisar
2 SB Lada Kisar
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit lada hitam
sedikit minyak untuk menumis

Caranya

 Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.  Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukkan daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan lada hitam, garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau...

DONE ^___^

Nota - boleh tambah ubi kentang jika suka, i like toh....


ngeee....buat my TEH C SPECIAL ^___^
simple je, beli je gula teh c special kat kedai, ada jual B$6plus
buat teh tarik...
bubuh ais...

wah jadilah  TEH C SPECIAL HOMEMADE...


03 Oktober 2012

Resipi - Daging Cornbeef masak berubi ^__^

Jumpa resipi ni di buku masakan yang bekurun lamanya di simpan ehe
sesuai untuk menu sihat untuk sesiapa yang tgh berdiet masani 
^___^ sesuai kan...x berat sgt...
simple sgt...
sekejap je boleh siap
rasanya less than 10 min kot 
^___^

ni pun beratah with sup sayur
~semangat ni nak berdiet, kus2...mari sini my semangat ehe ^.^~


CORNBEEF MASAK BERUBI ^___^

1 tin cornbeef - any jenama
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 inci halia ( ditumbuk)
1 biji cili merah ( dihiris)
1 biji tomato ( potong 6)
ubi kentang - di potong kecil2 dan direbus
1 sudu besar sos tiram
sedikit sos tomato
Sedikit minyak

Cara membuatnya:

Cornbeef di cincang, yang lebih senang dicincang di dalam tinnya. Panaskan minyak dan masukan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
 Masukkan sos tomato, sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
Kemudian masukkan cornbeef tadi dan akhir sekali sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan ubi kentang.

DONE ^___^

18 Ogos 2012

Resipi - Daging masak Hitam Berempah ^__^


Alhamdulillah selera untuk berbuka puasa sentiasa berubah-ubah
rasanya hampir semua menu masakan ada di buat setiap hari
mcm menu istimewa di rest 3 bintang pulak haha
^___^

like hari biasa, any masakan berkicap memang super licin 
dah jadi fav sefamily ehe
so sekadar nak berkongsi resipi simple kali ni
^__^

will f korang nak sedikit pedas, bolehlah ditambah sedikit serbuk lada
pssttt jangan lupa, makan menu daging ni berkala saja k

HaPPy Trying.......




DAGING MASAK HITAM BEREMPAH


1/2 kilo daging
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
3ulas bawang putih - hiris
2 cm halia – tumbuk hancur
2 SM serbuk kari
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
½ cawan kicap pekat
4 cawan air
sedikit sos tomato

Cara penyediaan:

Potong daging mengikut selera masing-masing, basuh dan tos.
Gaul daging bersama serbuk kari, lada hitam, asam jawa, garam, sos tomato dan perap selama 30 minit.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan daging dan gaul rata. Masukkan kicap dan air.
Kacau rata, biarkan mendidih sehingga daging menjadi empuk.

DONE ^__^

13 Januari 2012

Resipi - Daging Perap Goreng Kering ^_^


Resipi daging yang begitu berbeza, dapat ni seorang makcik yang jual daging jenis gini
^__^
nampak susah tapi hasilnya cukup sedap

korang try ye, mudahan korang dapat nikmati dengan mee kari seperti siti ni :P

SEDAP~~~

DAGING PERAP GORENG KERING ^_^

Daging - di hiris halus
sedikit kicap manis
bawang besar
bawang putih
serai

Bahan digoreng dan dikisar kasar:

ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih

Cara-caranya:

Sediakan daging yang dihiris tadi dan gaul bersama kicap dan bahan bawang besar, bawang putih dan serai yang dikisar halus berserta sedikit garam. sesudah itu, gaul lagi
dengan bahan jintan dan sebatikan.

caranya untuk menjemur daging ni, aturkan satu2 hirisan daging
di atas pinggan atau dulang besar dan jemurlah daging
sehari suntuk~jika hari panas terik lagi baik ^.^~

sesudah kering keseluruhan, bolehlah digoreng di dalam minyak yang penuh.

^___^ DONE

27 Oktober 2011

Resipi - Nasi Goreng Cornedbeef SPECIAL ^__^


Alhamdulillah, sampai jua nak masuk ke n3 kali ni
^__^
tani berkongsi my new resipi ni
campur itu ini, will hasilnya mcm ni lah ehe
SEDAP, sure NYAMAN
^_^

kat rest, mahal ni nasi goreng ni
rasanya $4 plus kot
if tani buat nasi ni, beli je 1tin
1 family boleh makan
adil kan ^_^
tapi f family 10 ppl ke atas, x sure lah cukup lah kan ehe :P

jom try sama-sama

NASI GORENG CORNEDBEEF SPECIAL

Nasi putih sejuk
1 tin besar Corned Beef, dilenyek2
3 ulas bawang putih
cili padi secukupnya ~ jika suka pedas, Siti LOVE tu ~
1/2 bawang besar di hiris halus
sedikit kicap manis abc
garam dan serbuk perasa secukupnya
cendawan butang
Udang ~ jika suka
sayur baby kailan/ sayur pakchoy

Cara Membuatnya:

Tumis cornbeef tadi hingga masak dan kacau selalu hingga kering,
sesudah itu, tumis bawang besar dan bawang putih dan cili padi sampai bau harum.
Masukkan sayur dan udang serta cendawan jika suka. kemudian masukkan
sos kicap dan sesuaikan dengan garam dan serbuk perasa.
akhir sekali barulah masukkan nasi sejuk tadi

DONE ^__^

nda sedar-sedar bertambah nasi siti 2x
^__^
waduh2...gmana mau diet ni

tgk tu, satu kuali besar, siti masak ^_^
cukup untuk member dalam family siti

12 Oktober 2011

Resipi - Urat masak Kunyit Asam ^_^

Sekali sekala makan masakan kampung memang sedap, cukup lagi
sayur kampung like pakis atau bayam
memang berselera makan
^__^

kena ikut selera semasa tekak ni, x yah nak ikut tekak orang ehe
yang makan pun kita kan,
maklumlah siti ni orang kampung, evenpun x sempat belajar masak2
dari mulah my nenek,
belajar dari orang keliling kita pun dah cukup
kat ofis siti saja, rata-rata our cleaners orang berpengalaman masak2
tu lah kekadang suka bertanya2 jenis masakan orang kampung,
bolehlah berkongsi di dapur kecik ni ehe

Yang penting dalam hidup, jgn malu bertanya
^_^
meh try sama-sama masakan kpg ni

URAT MASAK KUNYIT ^_^

Urat daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
2 inci halia
2 serai
Kunyit yang ditumbuk / serbuk kunyit pun boleh
sedikit kicap manis
sedikit asam yang kehitaman/ air asam jawa pun boleh
1 kuib tulang daging
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya:

Kisar bawang besar, bawang merah, halia, serai dan kunyit dan ketepikan. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.
Masukkan urat yang telah dibersihkan dan gaul sebati.
Masukkan lagi kicap manis dan kuib tulang serta buah asam dan diakhiri dengan
serbuk perasa dan garam.
Tambah air jika kering kuahnya.

DONE ^__^

22 Julai 2011

Resipi - Sup Daging Simple ^_^

ni gara-gara semua nak xpress, kebetulan siti puasa last week,

alahai tekak ni taisliur nak jua berbuka dengan sup ( yang lain dah siap ehe)

malaz nak jln g restoran, tgk2 ada sedikit bahan kat esbok, jadilah sup simple ni

sedap masakan my berbuka

Alhamdulillah

SUP DAGING SIMPLE

Daging dan sedikit tulang
4 biji bawang merah- dikisar
1 labu bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih -dikisar
1 1/2 inci halia – di kisar
rempah 3 sekawan
Air untuk sup
garam
serbuk perasa

Cara-cara

Rebus tulang2 bersama daging hingga empuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan. Kemudian curahkan bahan tumis bersama minyak2nya ke dalam rebusan daging tadi. Masak lagi hingga mendidih dan sesuaikan rasa.

DONE ^__^

30 Jun 2011

Resipi - Sup Bakso ^_^


Assalamualaikum semua ^__^
Alhamdulillah berpeluang jua lagi bertemu di dapur kecik siti
ehe...nasib baik ada masih my dapur..takut lak last weekend, menunggu 25hb
masih teguh berdiri jua lakat ...fuhh...

Rasanya lama dah nda masuk n3 masak2 kan...
kekadang bila dah terkejar masa, mesti ada yang tercicir2 kan uhu

BTW rasanya korang sedia maklum, yang atas ni BAKSO kan
makanan tradisi rakyat indon ^_^
tertunai jua hajat kan membuat last weekend, quite success jua dikatakan
x berani lak nak buat dalam kuantiti byk, sikit2 je ehe
( pandai pun takut x jadi kan =,=)

tani try sama-sama2 k..sure SEDAP deh...copied from website ( waduh...x ingat ye sapa punya resipi ni uhu...nway TQ ye)


SUP BAKSO

Bahan A


1/2 kg daging
  • 1 inci lengkuas diketuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
Bahan B
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1/2 inci kunyit
  • *2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan manis
  • *1 batang serai
  • *5 batang lada merah
  • 2 sb sos tomato/cili
  • sedikit garam n gula
  • perasa kalau suka.
Cara-cara

Rebus daging dgn semua bahan A hingga daging empuk. Ketepikan daging dan biarkan sejuk sebelum dihiris. Kisar semua bahan bertanda * pada bahan2 B. Tumis bahan yg sudah dikisar hingga garing, tumis hingga garing dan terbit minyak. Sementara menunggu rempah yg ditumis garing... hiris daging, nipis-nipis... Simpan air rebusan daging. Bila bahan ditumis sudah terbit minyak masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging. Masukkan sos cili, garam, gula n perasa kalau suka... Tumis hingga kuah agak pekat n kering.......

03 Jun 2011

Resipi - Daging Masak Kicap Berempah ^___^


Sekali sekala makan daging x pe kan
jgn selalu ye, nanti kena darah tinggi lak ^___^
antara my fav masakan yang siti suka, masak kicap
adoi...masak kicap ni f pandai mempelbagaikan
sentiasa SEDAP hasilnya ^____^

F masak untuk seisi family siti, sekali duduk je dah licin
x sampai menunggu ke mlm uhu..
haha...next time masak 1 1/2 kilo je
biasa masak sekilo je ehe...tau ajelah harga daging makin meningkat uhu
semua barang mentah nak naik harga jugak
( bila ada rezeki lebih, nak bela lembu n ayam f gini memanjang, haha...hmmm kat mana nak taruh ye ^,^)

meh...dari membebel panjang, tani try sama-sama
^__^ selamat berjuadah dengan daging

DAGING MASAK KICAP BERKARI

Daging yang dihiris
sedikit daun kari
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar serbuk rempah kari
1 batang serai
1 cawan air
2SB cili kering yang dikisar
3SB Sos Tomato
2 sudu besar kicap manis abc
1 sudu besar kicap pekat

Cara-caranya :

Potong daging sederhana, jangan nipis sangat dan toskan. blender bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan jintan manis. Panaskan api dan tumis daun kari dan bahan yang telah dikisar tadi. Setelah naik bau, rempah kari yang gaul denga sedikit air, kacau sebati dan masukkan ke tumisan tadi, kemudian masukkan serai yang telah dititik, tomato ketchup dan daging. Kemudian masukkan air serta kicap. Biarkan daging lembut dan kuah pecah minyak dan menjadi pekat, sesuaikan dengan gula dan garam. Hiaskan denga ubi kentang dan tomato jika suka..

DONE ^___^

26 Mac 2011

Resipi - Daging masak Tomato ^___^

Selamat Pagi n MORNING ^____^
wah...pagi2 dah terpajak depan lappy uhu
rindu nak update, since byk stori mori nak share ehe
will relax2 dulu sambil membaking pagini

juz nak share masakan daging yang siti buat last weekend
SWEET n SEDAP
jarang jua daging licin sekaligus
maknanya sekali masak truz hbis
alhamdulillah
uhu, yang ni for sure habiz licin ( dri rumah siti lah ye ^.^)

jom tani try sama-sama

DAGING MASAK TOMATO

500 gm daging ( hiris nipis)
3-4 sudu sos tomato dan cili
2 sudu sos tiram
minyak utk menumis

Rempah 4 sekawan

garam

Bahan Hiris
50 gm bawang besar
3 cm halia dan 2 serai

2 biji cili hijau/padi dan 2 Tomato yang dibelah 4

Caranya

Rebus dulu daging hingga lembut. Toskan dan ketepikan. Panaskan minyak,tumis rempah sekawan dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.akhir sekali masukkan buah tomato yang dibelah 4.

DONE ^___^

18 Februari 2011

Resipi - Daging Goreng Kunyit ^__^


Sekali sekala makan bergoreng daging pun YUMMY jua hihi
^___^
simple je mengikut stok yang ada

DAGING GORENG KUNYIT ^_^

Daging digaul rata dgn kunyit & garam, serbuk perasa

1 bawang besar dihiris
2 Ulas bawang putih dihiris
2 Ulas Bawang merah yang di tumbuk
cili api dihiris
cili masak dihiris
sedikit kicap manis
2 Tomato yang dipotong 4

Cara2nya :

Gaul daging yg telah dihiris nipis bersama serbuk kunyit dan bawang merah yang ditumbuk.Biarkan seketika.Panas kan kuali bersama minyak masak.Kemudian masukkan daging kunyit tadi.Bersama api sederhana, tutup kan kuali dgn tudung periuk, biar lekas masak empuk,goreng hingga garing. masukkan hirisan bawang besar, pth, cili api, cili masak sebati.
Gaul sampai hirisan tadi tu naik bau. masukkan kicap jika suka. bila daging hampir nak masak, baru masukkan tomato tadi.

DONE ^___^

29 Januari 2011

Resipi - Daging Goreng Asam Manis Berkicap ^___^


Assalamualaikum semua
^___^
waduh2 agak lama siti x share resipi kat dapur kecik ni ye
bz x menentu + mood M datang hihi
bila dah mood M datang, nak tgk blog pun rasa boring
nak taip apa2 pun rasa x larat uhu
nipun udah ditawari sikit, blhlah mengupdate blog
dapatlah kemas mana2 yang dah berhabuk hihi
^.^
korang can try da resipi
simple dan sesuai untuk lunch or dinner

DAGING GORENG ASAM MANIS BERKICAP ^___^

Daging
Setengah inci halia
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
bunga lawang
4-5 biji cili padi
sebatang serai (dititik)
lada hitam (ikut suka)
3 keping asam kulit
kicap manis
garam secukupnya

Cara-cara :

Bawang merah dan putih, cili padi, halia di kisar bersama-sama.
Goreng daging seketika. Angkat dan toskan.
Tumis bahan kisar tadi serta bunga lawang dan serai yang di titik. Masukkan asam kulit dan juga lada hitam yang telah ditumbuk.
Masukkan kicap manis dan garam secukupnya.
Apabila bahan tumisan masak, masukkan daging goreng. Tambahkan sedikit air jika tidak mahu kering bahan tumisan tadi.


Siti : suka masak kering2 berkuah sikit ehe ^.^

13 Disember 2010

Resipi - Hati goreng kicap bersos tiram ^__^

ni antara menu aidiladha yang tertunggak hihi
asyik lupa nak tayang kat sini
^___^ soe ye
menu simple untuk family
sesuai untuk mereka yang mempunyai masa yang terhad
like siti ^,^

HATI GORENG KICAP BERSOS TIRAM

Hati Lembu - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
sedikit lada kisar
1 biji cili merah - hiris
1 sudu besar sos tiram
3-4 SB Kicap sedang manis
sedikit air asam jawa
garam n gula secukupnya jika suka

Cara

Hati lembu tadi digaul dengan serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng separuh masak
toskan dan ketepikan
panaskan minyak dan masukkan bawang dan lada kering yang dikisar hingga naik bau.
masukkan sos tiram dan kicap manis dan gaul rata
masukkan hati yang digoreng tadi dan gaul lagi
dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan sesuaikan dengan rasa

DONE ^___^


Siti - suka hati goreng kering, no kuah2 hihi

10 Disember 2010

Resipi - Nasi Kukus Wangi dan Daging Goreng Berkicap Ala Pedas ^_^

Assalamualaikum semua
Salam Awal Muharam 1432
ala...lupa nak greet last tym hihi
alhamdulillah bersyukur jua bertemu lagi di muharam 1432

hi siti..pagi2 dah terpacak depan lappi?
owh...lupa nak cerita, siti cuti tau tym ni
cuti anniv katakan ehe ( jgn jeles ^.^)
fuh punyalah relax je di rumah
sempat menyuping n membaking
^___^

Will harini siti nak update dapur kejap
waduh, agak lama nda lama masakan simple dari siti
asyik dengan baking je hihi
byk pics yang kena tunggu giliran uhu
so yang ni masakan yang simply YUMMYLICIOUS

SWEET ^__^
layanzzz drg ni

DAGING GORENG BERKICAP ALA PEDAS

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih}
1 st biji jintan putih - }ditumbuk
sedikit lada hitam

Daging rebus & goreng 1/2masak - perap dengan kicap

Bahan sampingan

bawang besar hiris
cili padi jika suka

Tumis bahan & jintan sampai naik bau Masukkan daging yang d rendam bersama kicap
Renihkan sekejap sampai daging lembut
Masukkan bawang
Sesuaikan rasanya . Hidangkan bersama nasi kukus ^_^

YUM ^_^

NASI KUKUS WANGI

2 cawan beras
2 cawan air
Sedikit marjerin

Cara
Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap
bila nasi separuh masak, masukkan sedikit marjerin kemudian digaul rata
dan tutup balik kukusan dan masak nasi sehingga masak.
( f kukusan siti, 35-45min)

DONE ^___^

25 November 2010

Resipi - Daging masak Hitam II ^_^


Yang ni antara menu Aidiladha di rumah siti, buat mlm sebelum raya haji hihi
coz f pagi buat, takut x sempat coz nak pegi rumah my mertua lagi
^___^
x byk siti buat, juz untuk kuantiti family siti je uhu
nanti will share menu yang lain k

tani layanzz yang ni dulu
^__^

DAGING MASAK HITAM II

Diperap
Sekilo daging batang pinang, dipotong kecil
5 sdm kicap lemak manis
4 sdm kicap lemak masin
1 sdm serbuk jintan manis
1/2 sdm serbuk jintan putih

Bahan tumis
2 btg serai, diketuk
3 helai daun kari
2 helai daun pandan, dikerat 4 bahagian
4 ulas bawang merah, dihiris
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan kisar
15-20 bj cili kering, direndam terlebih dahulu sebelum dikisar
1 bj bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2" halia

Bahan lain
5 sdm jus asam jawa
2 bj bawang besar dipotong gelang, utk hiasan
garam jika perlu

Cara-cara :-
Perap daging selama lebih kurang 1 jam.Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan tumis. Kacau sehingga bawang kekuningan.Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.Masukkan daging yg telah diperap tadi dan juga air. Biar sehingga daging empuk.Apabila daging empuk, tuang jus asam jawa dan kacau-kacau sebentar.Masukkan bawang besar yg telah dipotong gelang. Balik-balikkan seketika sehingga mendidih dan bolehlah ditutup api. boleh masukkan ubi kentang yang direbus jika suka.

DONE ^___^

14 November 2010

Resipi - Daging Goreng Tomato

hmm....soe ye lambat mengupdate tentang resipi ni
waduh2 siap ada yg texted siti nak tanya resipi daging ni
simple je..
ala....daging yang bersama resipi sayur kacang panjang yang hari tu
hihi ^__^

meh try sama-sama

DAGING GORENG TOMATO

Daging -hiris nipis
kunyit serbuk
2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 labu bawang besar - dikisar
Cili merah - potong nipis
sos tomato
Buah Tomato - dihiris empat
sedikit kicap manis



Caranya

Daging basuh bersih, tos dan gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng sebentar.
tumiskan halia,bwg besar yg dihiris dan bwg putih hingga naik bau.
masukkan sos tomato dan kicap manis dan gaul sebati
akhir sekali masukkan buah tomato dan sesuaikan dengan garam dan serbuk perasa

DONE ^___^

06 November 2010

Resipi - Daging Ala Bistik ^_^


Salam Isnin semua ^_^
TQVM to yang sentiasa singgah menyubuk dapur siti ni
Alhamdulillah Misi La BuEno
berjaya menepati citarasa my loyal customers
Lov u Ols ^.^

owh hampir terlupa siti nak upload masakan daging ni
kadang bila ayam jadi pujaan kat rumah siti
mahu jua kan makan daging sekali sekala
^.^

resipi simple but YuMMY
^__^
Try jgn x try hihi

DAGING MASAK ALA BISTIK

Bahan-bahannya:

Daging dihiris nipis
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air

sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

minyak untuk menumis

Bahan untuk kisar:

Bawang Besar

sedikit lada padi

Lada Merah

Cara membuat:

Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari daging kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana hingga masak.Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit. sesuaikan dengan garam dan perasa. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

DONE ^__^

06 Oktober 2010

Resipi - Daging Goreng Kunyit Bersos


Yang ni resipi daging yang baru siti try,
lov da taste coz ada rasa masam manisnya
memang balance ^_^
masakan mcm ni yang siti suka,ianya cukup simple
nda ambil masa banar kan memasak hihi

DAGING GORENG KUNYIT BERSOS

Bahan


2B sos tomato
2B gm sos cili
secubit kunyit
1SB minyak
garam

Bahan Hiris
50 gm bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati dengan kering.

DONE.....