Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western. Papar semua catatan

24 November 2013

sedapnye salad ubi kentang ni....simple je...

http://eemoticons.net

senang betul buat salad ni...guna bahan pun senang nak dapat...

last time buat bersama ayam goreng...

antara masakan 1st di cuba dan 1st di rumah baru
^___^

Alhamdulillah...

seronok dapat dapur sendiri, any deko dan hiasan pun suka hati kita hias ehe..
walau kecik, jika pandai memadankan dengan hiasan terhad
in shaa Allah dapur akan nampak besar sedikit..


SALAD UBI ^__^

4 biji kentang - dipotong dadu
4 biji telur rebus - 
Sedikit lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Sepokok daun sup - dihiris nipis
sedikit perahan air lemon
Mayonis - secukupnya

Cara penyediaan :

Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu. Rebus kentang. Masukkan sedikit garam.
Setelah kentang empuk, tos dan sejukkan.Masukkan dalam peti sejuk.
Kupas dan lenyek telur rebus.
Campurkan dengan sedikit serbuk lada sulah, lada hitam mayonis dan daun sup.
chill dulu dalam esbok..jgn lupa digaul bersama ubi tadi dan sedikit perahan air lemon.

DONE ^___^

14 Oktober 2012

Bekfas western pulak ^___^ Spagetti yooo...

Kali ni, kita bekfas dengan ala western, ehe untuk mr lov je lah, siti x masuk lak makan spaggeti ni
pandai masak je ^.^

Simple saja...kebetulan mr lov balik keja pagi, lepas mengganti frennya keja dmlm, 
lepas2 selesaikan urusan c pipi tembam siti tu, lil haiqal, get ready dah untuk buat spaggeti mr lov
b4 9.00 dah set, tunggu mr lov balik je..

jom...tukar menu lagi untuk menu bekfas
^_____^


SPAGETTI AYAM ^__^

1 paket Spagetti - direbus

1/2 kilo isi ayam 
1 tin besar puri tomato
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu minyak 

Cara Untuk Buat Sos

Potong dadu bawang besar dan bawang putih. Tomato di mesin dengan sedikit air.  Panaskan minyak dalam 3 sudu makan. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
 Masukkan isi ayam yang dicincang dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan. Biarkan sos mendidih sehingga pekat sedikit.

DONE ^___^


Siti bekfas special jugak dengan ini
^___^ mee goreng udang..yum...


04 Januari 2011

Resipi - Makaroni Goreng Berempah ^_^

Ni untuk dinner hby, taisliur ta jua coz gara-gara meliat channel 703
SWEET ^___^
hihi owh siti nda pandai makan ala western2 ni uhu
Siti tau masak je ^.^
tentang rasa, terpaksalah siti refer kat my lil siz
drg yang xpert sgt uhu
Siti kena belajar masakan western coz my hby lov
kan makan like spgati n makaroni
PIZZA? owh itu x campur hihi
yum2 ^__^

MAKARONI GORENG BEREMPAH ^_^

250 gm makaroni
200 gm daging cincang
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang halus]
1/2 tin cendawan butang
1 batang carrot [potong dadu]
2 biji buah tomato [potong dadu]
3 biji cili merah
3 s/b cili kering yg di kisar
1/2 tin kecil tomato puree
sedikit lada sulah
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa

Cara:

Celurkan makaroni dalam air mendidih hingga lembut. Toskan dan bubuh minyak supaya tidak melekat.
Tumiskan bawang kuning dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili dan biar hingga naik minyak, kemudian baru masukkan daging. Biarkan daging hingga naik minyak, masukkan air sedikit+ garam
Lepas tu masukkan carrot, serbuk oregano, serbuk lada sulah, makaroni, tomato, cendawan, cili dan sos tomato dan masaklah sepenuhnya.

Done ^___^

25 Disember 2010

Resipi - Crunchie Wedges ^_^

Assalamualaikum semua ^_^
apa kabar ? ehe mudahan semuanya dalam kandungan sihat sejahtera
bersama family

will siti sihat seperti biasa
BZ membaking mcm biasa jua hihi
hmm seperti yang dijanjikan, siti nak share resipi simple yang siti owez buat
wedges ni dapat simpan few weeks jua
but di rumah siti, memang nda sampai seminggu dah licin hihi
yang ni siti goreng untuk bekal siti untuk bawa ke ofis
makan dengan orang2 kat ofis hihi
akhirnya bawa balik kontena kosong je
alhamdulillah
^_^

simple je ni, but hasilnya cukup memuaskan sekali
rasanya lebih bagus yang kita buat sendiri ^,^
korang try dulu barulah tau maksud siti ni
^_^

resipinya pun agak2 n campak2 saja
goreng Ubi kentang yang dipotong secara wedges
gaul ubi kentang yang dikeringkan dengan raising flour secukupnya
then masukkan garam, serbuk cili dan sedikit bawang putih yang ditumbuk
dan biarkan seketika

panaskan minyak kemudian barulah di goreng sehingga kekuningan

DONE ^___^

serve it with sos Mayonis yang dicampur dengan serbuk kari
^___^

12 Julai 2010

Resipi - Spagetti berkuah Pasta BerTelur ^_^


Ni requested by Mr Hby
alahai baru je sehari dua, masak spagetti
ni nak mau lagi..
so taulah kadang siti ni nda berapa suka buat resipi yang sama
so yang ni versi bertelur
hihi hby suka jua alhamdulillah ^____^
senyum lebar truz siti dibuatnya huhu
jom try sama2 ^.^

SPAGHETTI BERKUAH PASTA BERTELUR

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
2 botol sos pasta jenama Ayam Brand (Tomato & Garlic dan Spicy)
1 tin sos pasta Campbells Prego
1 cawan air
3 biji bawang besar, potong dadu
2 biji bawang putih, dicincang
Isi Ayam dicincang
Tomato di cincang
1 tin cendawan butang dicincang
2 biji telur di kacau
sedikit gula
minyak zaitun untuk menumis
slice cheddar cheese

Cara-caranya
1. Panaskan secukup air sehingga mendidih. Letak sedikit minyak zaitun dan rebus spaghetti sehingga ia masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan secukup minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang besar yang telah didadu dan tumis sehingga naik bau dan bawangnya layu.
3. Masukkan pula cendawan butang dan juga ayam cincang. Masak sehingga dagingnya separuh masak.
4. Masukkan sos pasta (Ayam Brand dan Campbells) dan air. Biarkan ia mendidih.
5. Masukkan sedikit gula untuk memberi rasa yang seimbang pada sos pasta.
6. lastly, baru masukkan telur tadi dan biarkan seketika .

DONE!!!

02 Julai 2010

Resipi - Spagetti Bolognese ^__^


Assalamualaikum semua
^__^
Salam Jumaat
wah best kan, esok dah weekend tym
TQ ye to those yg booked
nantikan aje ur cakes later hihi

ni untuk dinner Mr hby
requested kan makan spagetti wifenya ni
hihi taisliur ta jua

da....siap dah...huhu hby minta asked for more
licin ^__^

SPAGETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan:

1 paket spagetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
2 biji tomato [potong dadu]
4 sb cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 sb lada hitam
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano

Cara menyediakan:

1. Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar & bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi & naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spageti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan jika suka, simpan cheese ( hby mesti ni )

Siap dah ^___^

06 April 2010

Resipi - BurGer Special ^.^


Posing lagi hihi ^_^

last WeeKend, nothing special, ol my Famili ke KB n Hby Keja lak tym WeeKend huhu
Tinggal seorang siti kat rumah ( sian kan ^_^)
bila dah duduk single mingle ni, cuma yg sehabis simple saja terfikir
ala...masak byk, sapalah nk habiskan kan ( xde ayam nak berkenduri hihi)
ni untuk lunch siti ^_^ sambil baking-baking
Burger Special pulak
cukup simple + Jimat Masa
Bahan yang MESTI ada
Roti Burger
Daging/ Ayam HomeMade ( siti pernah publish kan)
Mayonis
Sos Cili/ Sos Tomato
Kubis
Tomato
TiMun
SimPle kan, bila korang malaz2 mcm siti ehe, buatlah mcm ani, sure kenyang ^_^

10 Februari 2010

Resepi - Fried Potato Wedges ^_^


Assalamualaikum semua ehe...ni untuk bekfas kitaorg...siti dah set mlm sebelum siti goreng,simpan dalam kontena tightly...rasa lebih ummm ehe...sekali sekali lagi tukar selera pagi ^_^

FRIED POTATO WEDGES

  • 2 biji kentang - saiz besar
  • 5 sb tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak ( siti wat mcm sampan ehe, ambil jalan simple ja huhu). Dah siap toskan.
  2. Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
  3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili/ sos thousand.



03 November 2009

Resepi - Nasi Goreng CHEDDAR



ni kes mau exprezzz n simple...hby mau ani saja...kelurusan hby ada bali cis cheeddar untuk bekfas so, tfikir trus kan wat nasi goreng cis ehe...ala...sekali sekala masakan western huhu...siti juz kai stok bahan yang ada dlm exbok je..Melayu + western = peranakan :)


NASI GORENG CHEDDAR

* BAHAN A
* 3 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 1 Cili Merah
* ikan bilis (rendam ngan air sikit)

* BAHAN B
* ikan bilis (cuci bersih)
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 biji telur
* sedikit garam
* sedikit belacan ( f suka ye, f siti, mesti masuk ni coz penarik selera huhu)
* satu mangkuk kecil cheddar yg diparut halus
* 2 mangkuk nasi sejuk

Cara-cara

1. blend bahan A, bagi sebati.
2. panaskan minyak,goreng ikan bilis sampai garing. ke tepikan.
3. masuk kan bahan A,goreng garing. masuk kan telur,hancur2 kan.
4. masuk kan nasi sejuk,gaul rata. masuk kan serbuk belacan,garam. gaul hingga sebati.
5. akhir sekali,masuk kan cheddar...gaul...tutup api.

ha...dah siap nasi goreng siti, ni siti tambah fish fillet...sodap :) ...

03 Ogos 2009

Spaggeti Sempoi


ani kes hby terseliur spaggeti masakan wifnya hehe...
simply nyaman
memg feberet hby...masakan simple2 sja ia mau...
mudah, ringkas n jimat hehe

Bahan-bahan ( 5 )
  • 1/2 bungkus spaghetti
  • sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
  • 1 bungkus ayam/daging kisar
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan sos cili
  • cendawan butang (kuantiti ikut suka)
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • sedikit aji (kalau nak)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-cara

  1. Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut
  2. Kuah - Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili Masakan selama 10 minit
  3. Kemudian masukkan ayam/daging kisar Tambah sedikit air (1/4 cawan)
  4. Masukkan garam dan aji secukup rasa Masukkan pula cendawan butang Masak sehingga naik minyak kira-kira 20 minit