Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayur. Papar semua catatan

07 April 2014

Resipi - Pakis tumis Sos Tiram ^^

Semenjak siti tinggal di barek ni, siti jrg masak dah di mgis...
juz ada masa untuk buat kek dan lepak2 ehe

cukup time, balik ke muara...
alah bisa tegal biasa katakan..
lama-lama, Mgis-Muara mcm sebarang jalan je ehe ;p ~konon~
minyak diset $30 untuk seminggu, bolehlah~~

sila atur perjalanan awda ^^

dah melarat dah uhu...

will...so bila dah kesempatan masa, rindu lak nak main masak2 di rumah mgis
mama pun rindu masakan siti ehe ;p

kebetulan pakis ni beli dari our staff, masih fresh katanya, baru kutip...
la....yang tu siti suka dgr...
memang x lepas peluang berebut with staff di sini ehe ;p

angkut bawa ke rumah mgis, ramai makan kat sana ehe
bila di barek, perut juz ada dua je yang pandai makan pakis, 
syg kan bila masak byk2...

lagi fresh, lagi enak rasanya...


PAKIS TUMIS SOS TIRAM

2 Ikat pakis - dibersihkan
segenggam udang kering
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang
2 SB sos tiram pedas
1 tangkai lada merah dihiris
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:

Panaskan minyak, tumis bawang putih & bawang besar hingga layu. Masukkan pakis, lada merah, sos tiram, garam, dan gula. Kacau sehingga sayur lembut dan layu.


DONE ^___^

http://eemoticons.net

22 Disember 2013

Pak Choy Tumis Cendawan ^___^


Ulang tayang menu last week ehe...lama beno nak masuk blog
^____^

wajib didulukan urusan penting baru ta berblog'
iya tak?

simple je masakan ni...
kalau dicelurpun ok, cuma mr lov x berapa suka masakan bercelur ni..
tak masak katanya ehe..

terpaksalah ikut cakap bos kan..
dah tentu utk dia, kita masak uhu..

kenalah ikut perintah haha ;p


PAK CHOY TUMIS CENDAWAN

Siew pak choy
5 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tiram
Setengah cawan air
Cendawan shitake dalam tin
sedikit gula

Cara2

Tumis bawang putih sebentar hingga naik bau. masukkan sos tiram
Tambah sedikit air, gula dan masukkan cendawan yang dihiris
Kacau sehingga masak dan tuangkan di atas siew pak choy tadi.



26 September 2013

Nenas masak kari ^___^ simple je ma....

Lama betul tertangguh nak masak nenas ni, dah lama beli, sebelum puasa uhu...
konon nk berbuka dengan sayur nenas lah apa sampai2 ni baru ta terliur nak makan 
^___^
tu pun mama siti terseliur kan makan kari nenas...
eh..kelurusan tu ehe ;p

simple2 saja...
untuk 2-3 org makan, cukup 1 tin kecil
^___^


NENAS MASAK KARI

Nenas - siti guna nenas tin je ^.^
2 sudu teh serbuk kari – campur dengan sedikit air
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 sudu teh gula 
sedikit udang kering - ditumbuk halus

Cara Penyediaan :

Bawang merah dan putih ditumbuk halus kemudian di tumis hingga garing. Masukkan pes kari, kacau dan biarkan hingga pecah minyak. then masukkan lagi udang kering tadi.
Masukkan nanas,gaul rata dan tutup periuk. Sesuaikan dengan rasa.

DONE ^___^



05 April 2013

Kacang Goreng BerTelur - plus Khasiat ^____^


Antara sayur fav di dapur siti, simple but yet cukup berkhasiat, dari dulu duduk kpg, til duduk di darat ni, sayur ni memang x asing, suka jugak dipelbagaikan cara masakan.



SAYUR KACANG GORENG BERTELUR ^__^ 

Sayur kacang panjang 
Sedikit perasa CUKUP RASA 
lada merah - dihiris 
Bawang Putih dan bawang besar di kisar 
Gula & Serbuk perasa 
Sedikit air 
Telur secukupnya 

Cara penyediaan 

Panaskan minyak.Tumis bahan kisar hingga wangi dan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi. Goreng hingga garing dan wangi. Sesuaikan sedikit gula dan serbuk perasa, masukkan telur yang dikocok. Akhir sekali masukkan sayur kacang dan kacau hingga sayur lembut.

DONE ^___^




Antara manfaat yang diperolehi dari sayur kacang ni 



Manfaatnya : mengandung betakaroten, klorofil, vitamin B1 dan B2, serat serta pektin. Sayuran ini berguna untuk mengendalikan kadar gula darah, mengatasi hipertensi, memperkecil risiko stroke dan serangan jantung, meningkatkan fungsi organ pencernaan, menurunkan risiko kanker, membantu mengatasi sembelit, dan bersifat sifat diuretic (peluruh kencing) tingkat sedang.

Di beberapa negara, kacang panjang digunakan untuk mengobati rematik, arthritis, dan gangguan saluran kemih. Sayuran ini berkhasiat untuk menjaga kulit dari gangguan jerawat, membantu pemulihan luka bakar, peluruh air seni, mengatasi diare, eksim, gangguan ginjal, gatal-gatal, dll.

Kandungan Gizi : Vitamin A, B1, B2 dan C, protein, tiamin, riboflavin, fosfor, zat besi, potassium folat, magnesium, mangan, kalori, sodium, karbohidrat, kalsium.

Sementara yang takut kanker payudara dan leukimia, ia ternyata menyimpan zat antikanker. Selain itu, ia juga antioksidan, antivirus, antibakteri, gangguan saluran kencing, dan meningkatkan fungsi limpa. Tentunya yang lebih penting lagi, dapat meningkatkan fungsi sel darah merah, menyembuhkan beri-beri, demam berdarah, mengatasi sakit pinggang, dan kurang darah.

Tidak hanya buah, yang bisa memberikan manfaat. Daun kacang panjang, ternyata juga memberikan banyak khasiat. Dimana untuk meluruhkan air seni, bisa diambil 50 gram daun segar kacang panjang. Bahan-bahan itu kemudian dicuci bersih. Kemudian direbus dengan dua gelas air sekitar 30 menit. Setelah dingin, airnya disaring dan diminum dua kali sehari, pada pagi dan sore hari.

Untuk pengidap sakit pinggang, gunakan 200 gram biji kacang panjang, 200 gram jahe, dan 25 gram kencur. Semua bahan kemudian direbus dengan 500 cc air, hingga tersisa sekitar 200.

Bagi yang banyak aktivitas, kacang panjang bisa digunakan untuk meningkatkan stamina dan mengatasi penyakit cepat lelah. Ambillah 100 gram kacang panjang, ditambah dengan lima buah angco yang dibuang bijinya, serta 25 gram kencur. Semua bahan kemudian direbus dengan 600 cc air. Lalu biarkan hingga tersisa 200 cc. Setelah itu, airnya disaring, ditambah madu secukupnya, dan bisa langsung diminum.

Khusus penderita anemia atau kurang darah, segeralah ambil 200 gram kacang panjang, dengan ditambah 100 gram anggur dan hati ayam secukupnya. Bahan-bahan kemudian dimasak sesuai selera. Makan teratur, bisa mempercepat tercapainya hasil.

Menurut penelitian lainnya, kacang panjang juga dapat untuk menghancurkan batu ginjal, mencegah kelainan antibodi, meningkatkan fungsi limpa, meningkatkan penyatuan DNA dan RNA, meningkatkan fungsi sel darah merah, beri-beri, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang, rematik, pembengkakan, meningkatkan nafsu makan, dan sukar buang air besar. 


























01 November 2012

Resipi - Pajeri Nenas ^__^ so simple ma...

If ada jemputan family, siti lebih suka memasak, juz untuk membubuh sedikit semacam, nya orang kitani
^___^
masak simple je pun xpe, asalkan niat tani ikhlas untuk bersedekah kan...
Biar Allah Ta'ala je tau segalanya ^.^

ni sempat buat pajeri nenas sewaktu majlis makan-makan sempena makan setahun
al-mulah my nene

~~Al-fatihah~~


PAJERI NENAS 'SITI ^__^

Siti guna Nenas tin je ^.^
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan ~ di bancuh dgn air, jadi paste
sedikit lada kisar
2ulas Bawang Merah + 2 Bawang Putih ~ditumbuk
2 SB Udang kering ~ Ditumbuk
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Gula dan garam secukupnya

CARANYA

Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing, 
Masukkan nenas, sesuaikan rasa sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat.

DONE ^__^


**resipi untuk makan 2-3 orang je, so pandai2lah ganda2kan resipi if untuk makan beramai
^_^**

31 Oktober 2012

Resipi - Sayur Lodeh Kuning ^__^ YUMMY...

Alhamdulillah, sampai jua hajat kan upload pic n resipi semasa my open-hse last time
^____^
byk betul stori nak share, cuma masa x berapa mengizinkan sgt uhu...

Lately, my kesihatan x berapa sihat sgt,
jahat saja rasa badan, alhamdulillah jua, after berurut seluruh badan
fuh...like semangat siti kembali...

Terima Kasih Ya Allah, timbul keinsafan bila sakit kan
betullah, bila sakit datang, menghapus segala benda x baik dalam diri kita ^__^
~menjadi diri yang baru ^.^~


SAYUR LODEH KUNING ^__^

1/2 biji kobis
1 biji karot
2 keping tempe - dihiris 4 dan digoreng
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )
1 paket suhun - direndam
Udang besar 
2 Paket Santan 
garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan kisar

segengam udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang besar
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan

Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong kecil2.Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.
Masukkan santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.

DONE ^___^


antara menu fav my frenz ^___^

29 Oktober 2012

SAYUR pAK cHOY ^_^ simple2 pun sedap jugak


Kadang bila teringat nak diet, baru sibuk nak masak yang simple n berkhasiat
but yet SEDAP lah ehe...

ni antara menu diet siti masani
^___^ ala...menu simple gini any1 boleh masak
tambahan jua, mr lov x cerewet bab makan2 ni
sure ok saja sebatah siti masak ~ Alhamdulillah ^__^

nak diet? jom...


PAK CHOY MASAK UDANG KERING ^_^

Sayur siew pak choy
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
udang kering ~direndam dan ditumbuk
2 sudu sos tiram
sedikit minyak utk menumis
sedikit serbuk perasa

Cara -Cara:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama udang kering.  Kemudian masukkan sos tiram. Tuangkan sedikit air.
Masukkan secubit Secukup Rasa Meggi serta masukkan sayur.
Sesuaikan dengan perasa

DONE ^___^

20 September 2012

Resipi - Sotong Basah masak kuah kacang ^__^

Ni menyampaikan taisliur my daddy, yg nak makan sotong berkuah kacang ehe
^__^
kalu siti sendiri, makan bersos rojak lagi SEDAP,Yum...

Masak simple je...alhamdulillah....sampai jua hajat membuatkan
for daddy tersayang...

nak try? jom liat resipi
^__^


SOTONG BASAH MASAK KUAH KACANG ^__^

Sotong Basah - direbus dan dihiris 
2 SB sos cili
sedikit kiub ayam
garam dan gula secukupnya
air asam jawa secukupnya

Kacang digoreng dan ditumbuk kasar

Bahan kisar

4 ulas bawang merah
2SB Lada kisar
sedikit belacan

CARANYA

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan terbit bau. Masukkan sotong, sos cili, kiub pati ayam dan perasakan secukupnya dengan sedikit garam dan gula. Masukkan kacang goreng dan digaul rata. Bila kuah agak pekat dan sotong sudah masak barulah masukkan air asam jawa, sesuaikan dengan rasa ye

DONE ^___^



antara menu di buat jua, Sayur Kacang bertelur..
fav my mummy

04 September 2012

Taugeh masak tumis ^___^ ala... simple je ...

Assalamualaikum semua ^___^
wah...masih suasana syawal ni
siti pun baru je ada masa nak berblogging kembali selepas
cuti-cuti raya siti
~~nanti story je ehe~~

puas beraya tahun ni n yang specialnya 
dengan our lil haiqal
wah..byk kumpul duit raya ehe ;p
rezeki budak2 kan 
^___^

btw kat sini, siti nak share resipi simple
rasanya semua orang tau cara memasak sayur taugeh kan
siti ni suka nak mempelbagaikan taugeh as ianya sayur utama di rumah siti
tambahan jua, ianya murah ehe
sayur ni jual $0.50 pun enough untuk kami satu family
^___^ caya nda haha...
sekali duduk je lah maksudnya uhu...

masak lemak pun boleh, masak kicap jgn lagi 
cuma x pernah try nak masak merah ehe
pasti merah menyala adoi2...

jomlah masak taugeh yang penuh khasiat ni
will...its good for kesuburan jua
^______^


TAUGEH TUMIS AIR ^___^

1 mangkuk taugeh
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
beberapa ekor udang
1 keping tauhu - goreng sebentar
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu kecil pati ayam 
air secukupnya
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Cara2:

Bawang merah, bawang putih dihiris halus, Cili merah dipotong serong. Tauhu digoreng  dan dipotong dadu. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan udanb. Masukkan sos tiram dan taugeh. Masukkan air dan pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan tauhu. Sesuaikan rasa garam dan  gula.



DONE ^______^

07 Ogos 2012

Sesimple sayur di dapur siti ^___^


nak dekat 3 minggu posa ni, dalam seminggu 2 kali mesti buat sayur campur ni
semua bahan siti suka campur
~namapun sayur campur kan haha~~

Sayur campur owez jadi fav di rumah siti
^____^

25 Mei 2012

Resipi - Kubis Goreng Kunyit ^__^


Assalamualaikum semua ^_^
lama sgt kan x share resipi kat dapur siti ni kan ehe

Agak BZ memanjang sebatah ani
BZ dengan kehidupan semasa...
membaking je straight je..
break pun sehari dua je then sambung balik
~bersyukur sgt dengan rezeki yang datang ^__^~

Soelah ye selama ani buat promosi kat fb je
so memang x terupdate lagi kat dapur ni
tkut full hse eh....

Siti n i jenis, bila itu je mampu siti buat
memang itu ajelah titik, yang siti mampu buat
x mo lebih2...biar semuanya tani terkarawat buat n beres sempurna
ehe...




KUBIS GORENG KUNYIT ^__^

Kubis dan bunga kubis dibersihkan dan dipotong kecil
sedikit garam dan kunyit serbuk
bawang putih, bawang dan halia dimayang
sedikit jus limau nipis
sedikit sosej - dihiris serong
Brokoli jika suka
Bawang besar, lada hidup, dipotong2

Cara-cara membuatnya

Sayuran digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga kuning. Masukkan kubis dan sosej tadi. Kacau sebentar dan tutup. Kemudian dibuka, masukkan jus limau. Akhir sekali bawang besar dan lada hidup. Bila bawang besar dan lada setengah layu.

DONE ^___^


25 April 2012

Resipi - Kubis Tumis Kunyit ^___^

Antara sayur yang simple yang boleh dibuat bila-bila masa yang terhad
^__^
siti suka readykan masakan yang simple n yang penting jua berkhasiat sefamily..
fhm jelah kan, bila tani habis keja, balik keja, dah mcm2 tangan ni nak capai...
nak buat itu ini kan
so cara alternatif yang senang
no alasan xde masa masak untuk orang tersayang
^____^


KUBIS TUMIS KUNYIT ^__^

Kubis - gaul dengan serbuk kunyit
1 labu bawang besar dipotong bulat
1biji cili merah dipotong
1/2 cawan air
2 ulas bawang merah,2 bawang putih,belacan – ditumbuk
Garam,,aji secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sosej 
Brokoli dan kubis bunga- tambahan

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi Masukkan brokoli dan kacau Kemudian masukkan kobis dan,kacau, masukkan air.
Masukkan bawang besar dan cili merah. garam dan ajinomoto.

DONE ^___^

03 November 2011

Resipi - Kangkung tumis Belacan ^_^

Sekadar nak share, masakan kangkung yang jugak boleh didapati di rest
adoi, makan kat rest, harga dah $3 uhu
masak sendiri lagi baik,
campur itu ini, nah jadi ta kangkung belacan buatan sendiri
^__^
kekadang tani ni benda yang boleh tani buat sendiri
pun nak membazir kan

Mengakun diri sendiri plg tu ehe :P
tup tup kekadang membebel sendiri,
rasa x seperti yang diidamkan uhu
^__^ ~kena lagi bila customernya mcm siti ehe, cerewet x menentu keke :P~

btw sayur kangkung ni xde musim
anything can makan
^_^, beli seikat 50sen pun dah cukup untuk 2 orang makan
SWEET.....

KANGKUNG TUMIS BELACAN

seikat kangkung ~ dibersihkan
3 ulas bawang merah ~ di hiris
cili merah ~ dihiris serong
Belacan ~ sebesar ibu jari ^.^
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Bawang Besar ~ dihiris bulat
udang kering ~ tambah jika suka

Caranya:

Tumbuk bawang bawang merah, udang kering dan belacan kemudian tumis di kuali
yang telah dipanaskan. masukkan cili yang di hiris, garam, serbuk perasa secukup rasa.
akhir sekali masukkan kangkung dan bawang besar yang di hiris.

DONE ^__^


Siti - suka masak kangkung tumis layu

02 November 2011

Resipi - Terung masak Sos Tiram ^__^

Sekali kekala tukar resipi x pelah kan ehe
selain terung boleh disalai, di goreng n di masak tumis

Masak sos tiram pun sedap jugak
^__^
campur apa je yang sesuai dari esbok korang
pasti akan berhasil dari segi rasa
^__^

xlah fav sgt, since kebetulan siti beli jua, my dad pun beli terung ta jua
so pandai2 buat apa terung yang ada ni
sayang kan f x di makan, membazir tu

walau mcmanapun gaya memasak terung ni,
siti tetap suka terung goreng + kicap je
fuh.....simple2 gitu pun dah jadi kemestian
SEDAP....

TERUNG MASAK SOS TIRAM

Terung ~ di hiris serong
sedikit sayur baby kailan
3 ulas bawang putih ~ di cincang
1 labu bawang besar ~ di hiris
2SB sos tiram
1SB paste cili kering
sedikit sos ikan

Caranya :

Tumis bawang besar, paste cili kering
dan bawang putih hingga naik bau. kemudian masukkan semua sos dan gaul sekata.
masukkan sayur baby kailan dan terung. kacau seketika.
akhir sekali sesuaikan dengan serbuk perasa dan garam

DONE ^__^

20 Oktober 2011

Resipi - Sup Ayam Sayur ^_^

Bila terkenang berat badan naik, barulah bz nak diet2 ni kan ehe :P
adoi...godaan makan ni di mana-mana
tinggal kita je, nak kontrol semua ni uhu

so bila siti terkenang nak diet, antara yang siti suka buat
kini dan sentiasa dengan SUP AYAM SAYUR
+ exercise sikit~ ex sikit pun syukur lah ehehe, BZlah cyg :P~

Masakan ni boleh jugak x payah di tumis
tambah telur pun boleh
SEDAP tu...
Simple2 pun kenyang gak untuk orang diet ni =.='

SUP AYAM SAYUR

1/2 kiub ayam knorr
sedikit halia di tumbuk
segenggam ayam cincang
sayur ~sawi, bunga kobis, lobak n celery~
lada sulah
Tomato di belah 4
Garam dan serbuk perasa

Caranya:

Tumis halia hingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam dan kiub ayam.
Masukkan air secukupnya dan diakhiri dengan semua sayur yang disukai
+ tomato serta sesuaikan dengan lada sulah dan garam + serbuk perasa

DONE ^__^

13 September 2011

Resipi - Sayur taugeh lauk Masin ^_^

pelbagai sayur yang siti sempat buat last puasa
^__^
simple je,yang ni my daddy yang requested
maklum liur tekak orang veteran kan ehe
siti layanzzz je

TAUGEH LAUK MASIN

Taugeh
Kacang Bendi
Tauhu
Lauk Masin- di hiris dan digoreng
Bawang putih yang ditumbuk
sedikit halia yang ditumbuk
Sedikit Cili padi
2 SB Sos Tiram
garam dan gula secukupnya

Caranya:

Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau kemudian masukkan cili padi dan sos tiram. Gaul sebati sesudah itu masukkan semua sayur tadi. gaul lagi. akhir sekali masukkan lauk masin yang telah digoreng awal disertai dengan garam dan gula secukupnya.

DONE ^__^

23 Ogos 2011

Resipi - Kubis goreng Special ^_^


Alhamdulillah nak dekat raya ni, aktiviti masak pun bertambah lancar
~tercapai hajat tahun ni, kurangkan membeli juadah bersungkai kat gerai2 ehe~

Yang ni sayur kubis goreng special,
xlah special sgt, juz add brokoli dan bebola sotong
^__^
bila rajin, buat2lah masak sayur simple ni ehe

KUBIS GORENG SPECIAL ^_^

  • 100g Kubis panjang – dihiris
  • brokoli - dihiris
  • 2 biji Telur
  • 1 ulas Bawang Merah – ditumbuk
  • 1 ulas Bawang Putih – ditumbuk
  • 1 tangkai Cili merah
  • Sedikit Minyak – untuk ditumis
  • Sedikit air
  • bebola sotong secukupnya
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara-cara Membuat

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah hingga garing. Pecahkan telur dan gaul rata. Masukkan kubis, bebola sotong, brokoli dan sedikit air. Sesuaikan dengan bahan perasa.

DONE ^___^

17 Jun 2011

Resipi - Sayur Kacang tumis Kicap ^__^


antara my fav n simple dish yang siti suka buat dalam dapur siti ni
SWEET ^___^
masakan simple untuk orang pemalz like siti haha
malaz2 pun kena masak gak kan uhu
yang penting sedap

untuk seisi family siti

SAYUR KACANG TUMIS KICAP
  • 1 ikat kacang panjang - dihiris
  • 1 ikat sayur pakchoy
  • 3 biji bawang merah (di hiris )
  • seulas bawang besar
  • 2 Cili merah - hiris
  • sedikit kicap manis
  • 1 sudu makan sos ikan

Cara-caranya :

Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili hiris, hingga wangi.kemudian masukkan kicap manis dan sos ikan. kacau seketika masukkan kacang panjang dan sayur pakchoy. gaul sebati.

DONE ^___^

06 Jun 2011

Resipi - Baby Kailan tumis kering berayam ^__^


Yang ni antara resipi simple yang siti suka buat,even bukan time darurat,
siti tetap suka masak tumis kering ni coz hby suka dengan sayur baby kailan
^___^, kenalah siti pandai mempelbagaikan

ok malaz nak stori panjang2, huhu byk lagi yang siti kena update ehe
meh..try resip simple ni

BABY KAILAN TUMIS KERING BERAYAM

Sayur baby kailan, dibersihkan
Kubis putih (optional)
2 ulas bawang putih, dicincang
1 batang lada merah
2SB Sos Tiram
1SM Serbuk Cukup rasa
Isi Ayam yang dihiris halus
Garam dan serbuk perasa ( jika suka)

Cara-caranya

Tumiskan bawang putih & lada merah. Masukkan kailan dan kubis, gaul dan masak sebentar.
Masukkan sos tiram dan serbuk cukup rasa. sesuaikan dengan garam dan serbuk perasa

DONE ^___^

27 Mei 2011

Resipi - Sayur Pucuk Timun Bersantan ^__^

Alhamdulillah bila dah pulang ke rumah, rindulah pulak nak masak2 ehe
so yang 1st siti masak was pucuk Timun yang dibawa dari KK ni ^__^
alahai...gerenti jua ada yang rindu nak tgk my resipi kan
will sama-sama tan sharing
^__^

PUCUK TIMUN BERSANTAN


Kubis
2 paket serbuk santan
1/2 genggam udang kering yang ditumbuk
sedikit cili padi
2 biji bawang merah- dihiris
1/2 bawang besar - dikisar
garam secukupnya
air

Cara-cara

Terlebih dulu gaul serbuk santan dengna air hingga sedang2 pekat barulah dimasukkan santan pekat tadi ke dalam periuk.Masukkan bawang yang dikisar dan cili padi. biarkan mendidih. then masukkan udang kering dan diakhiri dengan masukkan kubis yang dihiris. Sesuaikan dengan serbuk perasa dan garam

DONE ^___^