Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

26 Jun 2014

buat kek pisang - sedap ^^ gebu je....

Last time, terbeli byk pisang, konon nak jemput-jemput pisang...

ehe last-last buat kek pisang je...kek ni guna 5-6 sisir pisang...cukup padat rasa pisangnya ^^

sedap~~~ sgt sesuai untuk minum petang...



 KEK GEBU PISANG ^_^

1 1/2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1/2 cawan gula
2-3 SK Susu manis
5-6 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

CARANYA:

 Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

 Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai,

DONE ^___^

21 Mac 2013

Resipi - Kek Coklat Milo - alahai, sedapnye....


Yang ni buat ni special untuk di bawa balik ke Labuan as ole-ole, juz sempat buat kek coklat milo

Sedap tau kek ni…

X payah frosting kat atas pun sedap jugak, tu yang malas nak buat ehe…leceh gak, my kontena kecik je pun ^__^

Alhamdulillah..cukup bake untuk 3 family 
^____^




KEK COKLAT MILO
2 cawan tepung naik sendiri

1 cawan gula castor

½ cwn susu manis

1 cawan milo

¼ cwn serbuk koko

3 biji telur ayam

1 cawan minyak masak

1 cawan air panas


Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar dan putar sebati..Then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan masukkan ke oven 50 min ( my oven 1 jam fuhh).


DONE ^____^ siap untuk minum ptg…


Sedap kek coklat basah ni...
even masak berbakar, agak moist jugak kek ni
^_____^


11 Oktober 2012

Resipi - Kek VelVet ^__^....Ada ceritanya...

 Lupa betul nak share resipi kek ni uhu...check punya check, dah lama rupanya n3 sewaktu siti share pasal kek ni haha...sewaktu haiqal berumur 2 bulan, ni yang dah setahun dah anak bujang siti...
adoi....soe byk2 ye (-_-')

Better late than never kan ~ haha ayat nak cover pulak ye ehe

btw jangan ikut cara siti ye, mcm sepandai pulak, memandai
x guna cuka dalam kek velvet haha
last2, x berapa sedap pulak ^.^


KEK VELVET ^__^

Bahan A:
240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah 

Bahan B:
250 gram tepung naik sendiri (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko

Bahan C:
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D:
150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C

Cara-cara:

satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan, satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan. campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang. Masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A. pukul sehingga sebati kesemua bahan.
Di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati. Bakar di dalam suhu 160C menggunakan api atas bawah dalam 20 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.

Topping Kek Red Velvet

300 ml non diary whipping cream
250 gram Philepdalphia Cream Cheese
250 gram Mascarpone (jika tiada, abaikan)
50 gram Mentega
1 cawan gula aising (saya kurangkan kepada 1/2 cawan)

Cara-cara:

Putar whipping cream sehingga 'soft peak' (kental). maksudnya, bila anda tunggangkan whipping cream tersebut, ianya tidak jatuh dari mangkuk. Di dalam mangkuk yang berlainan, putar cream cheese, mascarpone cheese, mentega dan gula sehingga kembang.  Campurkan kedua-dua bahan dan putar sehingga sebati. sedia untuk disapu di atas kek.



Umur haiqal masih di usia 2 bulan...so damit eh...rindu eh moments uhu dah ^.^

15 Mei 2012

Resipi Kek VELVET!!! sudah tentu GADER2 time ^_^

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, resipi kek velvet yang sudah siti try 
succeed jugak cuma next time jgn nak derhaka nak kurangkan gula dalamnya ehe
takut terkencing manis haha

ikut je resipi asal, insyAllah pasti korang berjaya buat kek ni
^___^
buat ni time gader2 time di rumah my MIL 
suka sgt masak2 bila ramai2 gini
seronok sambil2 tgk wayang Ombak Rindu 
ala..yang femes toh...
best dapat mewayang di rumah je

jom cuci2 mata...
btw my lil haiqal pun masih kecik time ni
baru nak masuk 2 bulan...

waduh2...rindu pulak nak dakap sewaktu kecik2 ni
alolo....
cayang haiqal!!!


Kek VelVet ^___^
(versi copied, lupa sapa punya blog ni uhu)

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara-caranya 

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. 

Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. 

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit..
Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

NOTA...

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C.




bila dah ada kek, sambut lagi bdaynya ehe...
our lil Hadi Asri in the hse
^___^


Siap belajar gmana nak tiup dian ehe...
kiut kan ^.^


Antara juadah kami mlm tu....
semua my MIL masak...


is he adorable????
SILA JAWAP YA
ehe :P
dgn mata2 yang bulat ni, siti rindu...


Farsha in the hse jua...


Lil Haiqal tertido pulak ni...
suka sgt belikan lil jaket...
hmmm...masani x muat lagi dah uhu...
~nak jual lah nanti ahak  :P~~~




LiL Tikah in the hse jua...
tidooooo jua.....

Kiut Bella in the hse jua...




YUMMY!!!

15 Disember 2011

Resipi - Kek Coklat Simple ^_^

Alhamdulillah sampai jua hajat nak share resipi kek choc ni
atas permintaan beberapa my lovly reader n customer
yang hendak resipi kek choc yang simple n x byk bahan
^__^

here we go, simple2 pun sedap jua
x byk menggunakan bahan n x mengambil masa yang lama
^_^

manatau korang ada masa nak main masak2,
so its time ^__^
~ f byk lebih, hantar ke rumah ya ehe ;P~

Buat ni sewaktu nak kasi2 ole-ole untuk family our tengah di labuan
iytah kitani orang brunei kan, sentiasa berumpama
orang kasi, tani kasi balik
bukan apa, kekadang sebagai menghargai barangan yang di kasi
so tani yang boleh n mampu nak kasi ole-ole ni
boleh membalas ~barang or makanan or hadiah ^.^~

like mcm siti, f siti ada kesempatan n x clash nak buat tempahan keks dari custmr
siti lov nak kasi kek ^_^
ala....air tangan siti yang biasa ni saja...
+ kasih sayang siti termasuk dalam pembikinan kek ni
^__^

Jom.. turn korang lagi nak try buat
nanti cgu kasi markah korang ye ehe

KEK COKLAT SIMPLE ^_^

5 biji telur
250gm unsalted mentega
10oz gula halus
8oz tepung raising

Bahan yang digaul bersama dan dipanaskan:

1 cawan koko
2 SK Milo
1/2 cawan gula
sedikit esen vanilla
1 cawan air

Cara-caranya :

Pukul gula, mentega dan telur hingga kembang. kemudian masukkan
tepung yang telah diayak. Then masukkan bahan koko yang di gaul tadi ke dalam
bahan tepung. Gaul sebati.

Bakar kek selama 1 jam dengan kepanasan 165' ( my oven ni)
kekadang setiap oven x sama, ikut kesesuaian lah ya

DONE ^__^
Ready untuk minum petang korang yeayy...

24 Oktober 2011

Resipi - Kek Kukus Koko Horlick ^__^

Alhamdulillah sampai jua hajat nak share kat sini
kek yang siti buat untuk bday my lov last sept

Siti sempat tanya, mau buat kek bday or bli je?~ kes malaz lah ni ehe
Mr Lov said ' buatkan kek horlick je'
Kek ni biasa siti buat untuk makan biasa2 untuk di rumah
simple je resipi kek ni
sememangnya my lov ni nda cerewet dalam hal kecik2 ni ehe
~wifenya ni je agak demand sikit haha:P~

Siti ni nda suka kek bercream n berfondant
dat y lah siti nda pernah buat kek gini ehe
~ soelah ye, coz ada customer tanya, y nda buat kek yang dinyatakan di atas~
atu ta jawapan honest dari siti ^.^
evenpun siti suka tgk kek yang pelbagai mcm usulnya n mcm2 jadinya
~SWEET n KIUT banar, soe t say, x berapa suka mkn
^__^
salute lah to baker yang suka buat kek gini, lawa2 kek durang buat
puan dapur ni je x suka buat ehe :P

nggak usah bebel panjang2, jom salin kek kukus simple ni
^__^
hopely korang suka sepertimana my lov

KEK KUKUS KOKO HORLICK

250gm mentega
5 biji telur
120gm serikaya
1 tin susu pekat
150gm horlick
100 gm serbuk koko
200gm tepung penaik, raising flour lah ye^.^
sedikit esen vanilla
pewarna kuning~ siti x ikut resipi asal ehe, x letak apa2, juz nice je warnanya kan~

CARANYA:

Pukul mentega dengan susu pekat hingga kembang manakala telur di pukul berasingan.
kemudian masukkan telur tadi ke adunan mentega, gaul sebati.
Di samping itu, ayak tepung dengan horlick tadi dan ketepikan.
masukkan kaya dan esen vanilla ke dalam adunan mentega. Later masukkan
tepung horlick yang diayak tadi sambil kacau sebati.

Masukkan adunan tadi ke takir 9x9 dan kukus 1 1/2 jam
atau hingga masak.

DONE ^__^


Siti - paling suka bau aroma kek yang baru keluar dari oven atau kukusan,
rasanya nak makan je ehe :P


15 Oktober 2011

Giliran sambutan raya di ofis siti pulak ^__^


Alhamdulillah tahun ni je, memang cukup meriah dengan segala macam sambutan
dah sambut satu kementerian, dah jugak sambut satu AT
then yang ni satu bangunan lagi
^___^
best betul lah asyik makan je ehe :P
lepas ni baru berkira bila nak sambung exercise ehe

tgk je satu meja bersambung2 dah penuh
terima kasih lah atas sumbangan semua
so yang ni, jenis sambutan pot luck
semua bawa makanan masing.masing
mcm2 hidangan ada, ada kelupis, nasi lemak, mee goreng, satay goreng,
mee hoon goreng, spagetti, soto, makaroni goreng pun
n x kecuali cakes n minuman

sampai susah nak pilih, nak makan apa dulu ^_^
siti pilih nak makan nasi then makan kelupis
itupun semua nak cuba ehe..
satu-satu pun x pelah ye


Siti bawa ni - Bluberry Cheese cake
alhamdulillah...
licin ^__^

my loVly LoChi
fuhh...menjadi tumpuan seketika haha
paling awal licin ^__^
" nda g ada T" ~siap minta lagi uhu
adoi, siti bawa satu je lah uhu





kek roll ice-cream
sedap ^__^
tapi kena makan cepat, once dah potong kena makan truz
hmm...susah sikit kan, totally ice cream
^__^

Shepherd' pie ^__^
adoi...sedap betul, masakan akak pg kat ofis siti ni
1st makan ni
yum....

bila dah tuan masak dah sound,
siap tapaukan untuk siti
jgn malu2, nanti rugi kan ehe...
namapun dah mcm satu family besar kat ofis,
tolong menolong rasanya perlu kan
^__^
~x yah nak ayu2 kat ofis siti ni, nak ampit jua kan :P

balik2 gtau, nyman ka eh..
hmmm....alhamdulillah...jadilah untuk minum petang siti hari tu
^__^

08 April 2011

Resipi - Kek Vico ^_^

Sebenarnya cukup lama siti mengidam n taisliur nak makan ,
since ada my reader, Jin Leo (my FBan) requested for resipi, adoi...tekak ni semcm nda mau2 mesti nak mkan jua ehe...Leo stori ia buat vico ball, ehe soe lah ye, resipi kek untuk setakir je yang siti tau ^.^

kek vico ni, ukan tak nak bali cuma kekadang liur siti nak kek tu
x sama dengan keYUMMYan yang diidam2kan...kecewa lah jawapnya :(

'Siti mau kek vico x byk roti n ianya agak kenyal bila dimakan
n yang penting byk nestum kat atas ehe'

Cerewet kan ehe ^,^

pernah siti g kat jemputan, ada dihidang kek ni, fuh...baru ya YUMMY
tapi kan...silap jua, x tanya sapa yang buat ehe, kalau x,dapatlah siti bali nanti kan uhu
* menyesal gak uhu*

so bila dah timbul2 bab2 ni, kena lah buat sendiri
Alhamdulillah success jua akhirnya
ok lets go, tani try sama-sama

for sure, mesti licin sekejap ehe

KEK VICO

1 buku mentega (unsalted) – golden churn
3 biji telur kecil
3 cawan vico
3 atau 4 cawan nestum (nestle-original)
2 sudu makan horlicks
½ tin susu manis (F&N)
1/2 kotak Roti Marie (coklat)

Cara Membuatnya

Membuat kek ni, like kita buat kek batik biasa
really simple...
Kecilkan Api, Cairkan mentega hingga mendidih. Gaul sebati
Telur + Susu Manis,di pukul light seketika
dan masukkan ke adunan mentega tadi, then
Vico + Nestum + Horlick, Gaul lagi
last sekali masukkan roti marie or boleh jugak, di susun
then biarkan semua bahan semakin pekat ( like buat kek batik lah )
Tekankan ke takir then freeze semalamam

WOowww YUMMMy ^___^
Alhamdulillah sampai jua hajat nak makan uhu

08 Februari 2011

Pelbagai Keks yang Siti Buat tym Kenduri Kendura ^_^

Apam Pelangi
yang siti modified haha
nak kasi our tengah dari labuan
sebagai ole-ole
ehe feberet kek yang siti buat
^__^


Kek LoChi berCadbury
Ramai family dari labuan jatuh tangga
with my cake ni
ngeee.. SWEET kan
Adoi soe ye pic agak blur haha
^.^


Kek Maltz
sebagai feberet ol da tym
^___^


Kek Koko Coklat
^___^
sebagai penyeri sewaktu hari pernikahan
ala....untuk jemputan makan hihi

Kek Marble Pinkish
^___^


Yang ni kek yang last tym siti buat
for bday girl
^___^
of coz lah Kek LoChi

10 Disember 2010

Orderan from Mimie ^__^


TQ Mimie di Lambak Kanan for 3H LoChi n 2H LB

SWEET ^__^
sefamily lov my cakes

23 November 2010

Al-Kisah my New La BuEno ^__^

REALLY LoV NUTELLA
^____________^




Evenpun still new my cake ni
fuh, ianya mampu mengegar dapur kecik siti ni
^__^
hmmm meh siti kenalkan secara formal
uhu terlupa main terjah je last time kan
tanpa suai kenal dengan La BuEno ni
^__^

will, seperti korang nampak,
NUTELLA
pada yang sudah rasa my LB ni
Dalam, Sos dan atas pun NUTELLA
berbaloi2 dengan harganya
^__^
selain NuTella , ada 3 chocs lain dalam sos my LB
SWEET n So LoVly rasanya
seperti komen2 yang diterima

Alhamdulillah
kan dah kata bisa mengegar dapur ni
YEAAA

kena sebut betul2
La BuEno
nama manjanya LB je
hihi
^__^

nampaknya memang dah jodoh durang ni
NuTElla bertemu dengan KinDer BuEno
SWEET dan Serasi sgt
^___^
hmmm...
kena tunggu apa lagi next choc yang siti will jodohkan
TUNGGUUUU

22 November 2010

La BuEno ordered by Cgu Hjh Mar ^__^



Alhamdulillah lepas my LoChi, Cgu ni jatuh cinta arah my La BuEno lagi
SWEET ^___^

TQVM Cgu Hjh Mar di Masin for 3F La BuEno
^.^

24 Ogos 2010

Maltesers Cheese Cake ^__^





Alhamdulillah sampai jua hajat kan mengeluarkan
my new cake ani
Maltesers Cheese Cake
^__^

TQVM Lin di Tutong for 1F Maltz Cheese Cake
n 1F Marble Cheese Cake

TQ dear for sudi2 hantar komen yang bisa membantu ( kluar sling indon bah hihi)
memperbaiki lagi my new cake ani ^___^
really haPPY mendengar

12 Mac 2010

My New Member - ChocoNa ^_^


Juz kan menambah hiasan di dapur siti ani ^_^
perkenalkan my ChocoNa
Kek Pisang yang penuh dengan aroma
of course dengan rasa coklatnya ^_^
Very moist
sesuai dimakan untuk minum petang ^_^
siap dengan kopinya
fuh..amat bersesuaian
makan begitu sahaja pun boleh
sesuai jugak untuk goodies/ campur majlis ( can runding da price no worries ^_^)
juz $15