Seperti yang dijanjikan sebelum ni, resipi kek velvet yang sudah siti try
succeed jugak cuma next time jgn nak derhaka nak kurangkan gula dalamnya ehe
ikut je resipi asal, insyAllah pasti korang berjaya buat kek ni
^___^
buat ni time gader2 time di rumah my MIL
suka sgt masak2 bila ramai2 gini
seronok sambil2 tgk wayang Ombak Rindu
ala..yang femes toh...
best dapat mewayang di rumah je
jom cuci2 mata...
btw my lil haiqal pun masih kecik time ni
baru nak masuk 2 bulan...
waduh2...rindu pulak nak dakap sewaktu kecik2 ni
alolo....
cayang haiqal!!!
Kek VelVet ^___^
(versi copied, lupa sapa punya blog ni uhu)
Bahan A - Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D -
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda
Topping - Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream
Cara-caranya
Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah.
Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering.
Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit..
Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
NOTA...
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.
Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C.
bila dah ada kek, sambut lagi bdaynya ehe...
our lil Hadi Asri in the hse
^___^
Siap belajar gmana nak tiup dian ehe...
kiut kan ^.^
Antara juadah kami mlm tu....
semua my MIL masak...
is he adorable????
SILA JAWAP YA
ehe :P
dgn mata2 yang bulat ni, siti rindu...
Farsha in the hse jua...
Lil Haiqal tertido pulak ni...
suka sgt belikan lil jaket...
hmmm...masani x muat lagi dah uhu...
~nak jual lah nanti ahak :P~~~
LiL Tikah in the hse jua...
tidooooo jua.....
Kiut Bella in the hse jua...
YUMMY!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan