Memaparkan catatan dengan label Petua dan Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua dan Tips. Papar semua catatan

23 April 2014

Manfaat Teh kepada kesihatah kita ^_^


MANFAAT TEH KEPADA KESIHATAN

Teh meningkatkan daya ketahanan senaman. Catechins dalam teh meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak, serta mempeerbaiki ketahanan otot.

Mengurangkan risiko serangan sakit jantung serta melindungi dari penyakit kardiak.

Antioksidan dalam teh membantu melindungi dari pelbagai jenis kanser. Namun, jangan terlalu bergantung kepada teh untuk mengekalkan badan yang sihat - teh bukanlah penyembuh ajaib.


Membantu melawan radikal bebas. Ia tinggi di dalam kapasiti penyerapan oksigen radikal (oxygen radical absorbance capacity) yang membantu memusnahkan radikal bebas (boleh memusnahkan DNA). Walaupun badan kita boleh menentang radikal bebas, namun, ia bukan 100% berkesan - radikal bebas ini dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung dan kemerosotan neurologi.

Teh mampu menghidrat badan.

Menurunkan risiko penyakit Parkinson. Ia juga mengambil kira faktor lain seperti merokok, aktiviti fizikal, umur dan jisim badan.

Teh melindungi dari sinaran ultra-ungu.

Teh mampu mengekalkan ukur lilit pinggang pada tahap normal. Dalam satu kajian,sukarelawan yang sentiasa mengambil teh mempunyai ukur lilit pinggang yang kecil dan jisim badan yang rendah berbanding mereka yang tidak mengambil teh. Pengambilan teh yang kerap menurunkan risiko sindrom metabolik secara tidak langsung menurunkan risiko diabetes, penyakit arteri dan strok.

Teh mampu bertindak balas semula terhadap kesan-kesan negatif merokok dan mungkin menurunkan risiko kanser paru-paru.

Teh memberi kesan baik kepada pesakit diabetes jenis-2. Bahan dalam teh membantu memproses gula dengan baik.

Teh membantu badan pulih dari kesan radiasi. Kajian menunjukkan teh membantu melindungi dari kematian sel apabila terdedah kepada radiasi dan mengembalikan semula keanjalan kulit.

Teh meningkatkan ketumpatan mineral dan kekuatan tulang.

Teh mungkin agen yang berkesan dalam mengelak dan merawat penyakit neurologi, terutamanya penyakit kemerosotan (Alzheimer) .Walaupun banyak faktor mempengaruhi kesihatan otak, polyphenols di dalam teh hijau membantu mengekalkan bahagian otak yang mengawal pembelajaran dan memori.

Beringat Sebelum Meminum Teh !

Walaupun kebanyakan kajian tentang teh adalah positif, tetapi ia bukan muktamad-pastikan anda beringat sebelum mengambil teh:

Pastikan teh anda sejuk. Pengambilan minuman panas berulang meningkatkan risiko kanser salur makanan (Oesophageal Cancer).

Teh mungkin tidak selalu memberi kebaikan kepada kesihatan anda sebagaimana kajian makmal cadangkan. Fisiologi tikus makmal dan tubuh manusia adalah berlainan. Tannins dan bahan-bahan bermanfaat lain di dalam teh hijau berkemungkinan besar tidak terdapat secara bio-hayat (bioavailable) kepada manusia sepertimana ia bertindak di dalam tubuh badan tikus.


Tidak semua teh tidak manfaatnya sama. Kebaikan teh ditentukan oleh jenis teh, proses pengetinan dan pemprosesan, serta kaedah ia direndam.

Akhir sekali, teh sememangnya adalah selamat untuk diambil, cuma bukanlah di dalam kadar yang berlebihan.

01 April 2014

The 12 days of FitNess ^^


ntah semenjak 2-3 bulan ni, siti asyik dgn benda2 berkaitan FitNess ni...

xlah nak kurus, cuma nak badan fit je ehe...tahan pukul kata orang tua2 ehe..
fit utk bangalih...subuh bangun tgh mlm bru tido (0.0')

mr lov dah pesan x mau siti kurus mcm dulu

ala.. mau sedang2 saja katanya...hmmm....oklah, ikut je kata hby kan ;p

selain tu , pasal baru-baru ni kompleks sukan di area tempat siti keja baru buka..

open for army n civilian like siti ^^

cuma xde teman bersukan je uhu...

semangat memang semangat 

tulah xde teman je

will, x bermakna xde teman x leh bersukan...

juz cari port yang sesuai je...

Mr Lov owez pesan, kalau nak bersukan kena ada teman...so angkut my sista je

kekadang hanya angkut mr haiqal

^_____^

la....mr haiqal dah jadi boiren siti masani ehe...boleh dah jadi teman mama dia ni jalan2 ^^

hmmm cuma bila dah angkut mr haiqal, bermain je lebih...exercise x byk haha ;p

dia teman siti or siti yang teman dia ;p

nway..walau sesibuk manapun, kita kena ada fitness badan...

xlah badan lembik je..kena ada stamina dalaman

ceh... ehe ^^

dahlah badan kita ni asyik berkeraja saja, so kena service selalu...

keluarkan peluh 2-3 kali seminggu

jom....




19 Mac 2014

khasiat Halia Muda - org kasi kita ambik lah ^^


kebetulan akak as cleaner di ofis siti ada kasi as sedekah di ofis siti

so ampit ta jua siti halia muda ni...

ngam byk bertanam di belakang rumahnya...
sampai katanya, nda lagi ku tau kan ku apa halia ani haha ;p
byk ta banar tu..bole jadi tauke halia ni 
ndapun jadi ratu halia chewah...


lurus jua datang bulan (kena koh gtau ;p), owh...sungguh tepat sekali ehe..

siti suka minum air halia bila period gini...

mcm byk je halia yang dikasi ni...

so siti campak2 jugak ke masakan as menu di bawah ni..

sup sayur campur + halia muda...di hiris halus...
waduh....aroma yang cukup sedap...


halia jugak blh hilangkan angin di badan..

maklumlah setiap hari badan kita cukup terdedah dengan pelbagai angin..
angin kus2 jugak

btw haha mcm x nampak sup sayur

sarat dengan bahan sampingan ;p



Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

 Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. 

Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri

so gitu....penuh khasiat kan ^^

11 Februari 2014

Tip memudahkan perjalanan travel kita ^^


antara yang penting bila nak travel jauh2 ni...

kalau blh, semua note, tiket n pasport disatukan dalam satu file

like yang siti selalu buat hatta nak travel ke miri ^^

sgt memudahkan...

juz put dalam satu file...

pen pun jgn lupa simpan, biarlah 2-3 pen pun xpe ehe...

juz nak share sedikit tip simple

happy cuti2...

Merancang lebih baik bagi memastikan percutian berjalan lancar dan sempurna

^_____^

15 Disember 2013

Cuti-cuti Cinta ke Bangkok - Soket Thai kepala 2 http://eemoticons.net

kita sambung lagi stori kat bangkok...

http://eemoticons.net

bawa soket khas ke thai, wajib ye...

kalau siti, wajib, dahlah kena chging utk hp 2biji, laptop n kamera
^___^
mau menangis kau kat hotel, bila xdapat nak chging haha

Soket ni versi universal…beli di thai last time, blh lah angkut nanti2 bila travel di merata2 tempat coz setiap ada jenis soket karan durang..di thai juz ada kepala dua je ^__^

Kalau x angkut dari brunei x pun x pe, kat sana lagi berlambak terjual ehe…



Yang ni siti dapat B$12 rasanya, x ingat dah haha ;p



mcm2 version blh utk soket ni

PATUT terdapat walau satu kat rumah ehe

nanti2 next cuti2, blh bawa soket ni lagi...

http://eemoticons.net


Oh....bandung..........surabaya....mcm memanggil dah utk tahun depan haha ;p
nak pegi ke tak ni ;p
pasang angan2 lah dulu


15 November 2013

Tips booking hotel tru AGODA ^__^





Ok kita ke bab boking hotel…siti bok melalui AGODA, kena daftar dulu kat situ, simple je pun…then after itu ini…later kita boleh bok tru dorang…

Xde kad kredit pun boleh, juz guna kad debit ^___^

BOOK, PAY n PRINT OUT

Sesimple tu je…

Negeri yang kita x pernah sesekali pun kita jejak, rasanya perlu kita bok hotel terlebih dahulu… 

Apa yang special, harga hotel jauh lebih murah dari harga normal..siap boleh kumpul point lagi bila dah booking on9 dengan agoda..cukup point tu nanti blh digunakan utk byr hotel yang kita nak bok nanti…yeayyy…best kan…

http://eemoticons.net

Bila dah bok, selepas semua setel dengan membuat payment, vouncer akan dihantar melalui email aktif ( jgn lah kasi email ntah2 haha ;p)..so bila nak fly tu, blhlah di print-out..

Voucher tu nanti ditunjukkan ke pihak hotel semasa dah sampai di sana..tak perlu any deposit seperti biasanya…juz tunjuk voucer kita tu + IC..terus je check in…

http://eemoticons.net


MUDAH>>>>

Tips Belanja untuk Travel ^___^ WAJIB tau...



Di sini siti share sedikit tips bagaimana cara organiz itinerary sepanjang holiday dan budget traveling, ehe hasil pengalaman sendiri...

^___^

Sebelum pergi jauh, better kita buat search sbyk mungkin mengenai negeri yang kita nak pegi ni…PENTING ok!!!

Penting dari segi keselamatan kita ye…

Maklum kita kan di luar negeri yg ntah apa2, so kita mesti buat search, biar our cuti2 kita nanti menjadi cukup teratur dan FUN ^.^

http://eemoticons.net

Tips yang siti selalu pakai

a. uruskan flight dulu…jgn lupa renew passport, make sure sebelum fly tu, passport masih valid 6 bulan before tarikh mansuh ^_^

http://eemoticons.net

b. kemudian bok hotel – biarlah hotel nanti dekat2 kedai2, rest dan pengangkutan awam aka teksi or train

c. tempat utk memperolehi makanan halal, like say lah, Bangkok, byk rest ala india…sng sikit…yg penting halal ok

d. kalau boleh, dapatkan info cara mudah mendapatkan train, teksi or tuk2 ~ like kat Bangkok..

e. yg penting jugak, mesti tau tukaran duit kita ye haha..x semua money chrger ni mau tukarkan duit kita, make sure n to be safe, tukar di brunei, duit spore ^.^ ~ ikut pengalaman siti lah…nak nangis tau haha ;p, krg nda ampit shopingg uhu…last time, tukar pasal nak angkut lampu haha LAWA BANAR uhu ;p

f. kalau nak travel secara berfamily, specially ada anak kecik, keperluan anak tu yfg diutamakan sgt ^__^

nanti siti review pengalaman siti ye…next n3 ^-^

Bagi siti, kalau kita travel secara Jemaah, x byk nak difikirkan sgt, berbanding kita yang travel dengan dengan family

^___^ iya tak? Ehe… 

http://eemoticons.net

Owh…yang paling PENTING dari yang semua list di atas, DUIT untuk TRAVEL

Ke mana-mana wajib aa pulusnya…waduh…

http://eemoticons.net

No money no travel…

Betul kan ehe…

X perlu pecah bank hanya untuk melancong semata-mata..last2 bila balik, fikir mcmana nak byr hutang pulak kan…so WAJIB buat TABUNGAN….khas untuk travel…ngeh2…mcm siti selalu buat…

Maklumlah siti x bergaji besar, yg senang2 je melancong bila2 masa ehe…so alternative yang dibuat is buat tabungan…kami dua laki bini selalu bincang, kalau nak travel dalam setahun tu, kena buat tabungan… tabungan masa depan lain…ni khas untuk TABUNG MELANCONG

^____^

Dalam setahun, kami laki bini mesti melancong at least sekali setahun…

Hmmm tahun ni, melancong dekat brunei, miri n KK sabah dah selalu…ke sana pun mcm negeri sendiri dah..dekat di hati je ehe…coz ada family di sana so ke sana mcm bukan melancong, lebih suka istilah berziarah family, shoping antara fav lah bila di luar negeri..lagi happy bila tukaran duit tinggi ^0^

Berbelanja boleh, tapi biarlah dalam kawalan

^___^

Ok, jom rancang nak cuti2….

like mcm di bawah ni, wallet untuk simpan nak travel je...
so teknik ni berjaya siti buat...

konsisten lagi tu ehe....disiplin mesti untuk menjayakan misi tabungan ni...

$100 sebulan, kdg tercicir ke $50 sebulan, depends ^.^
dah selamat dipakai last Sept 2013
our trip ke bangkok...




will isi balik utuk next trip next yr in shaa Allah...
jumpa di next siaran lagi ehe,,

12 November 2013

GuliGata dan Penawar ^__^

erh..mcmana pic ni jadi terbalik ? ehe..soe ye...



Pernah dgr guligata? Siti pernah dgr dulu cuma sambil lewa je nak tau, bila dah terkena anak sendiri, sibuk satu kpg nak cri penawar, bukan sng nak cari tau di zaman ni, u bwa ke klinik pun, xde ubat yg blh sembuhkan secara total, tkut nnti turun naik hospital jadinya uhu…

Kebetulan nak jalan ke thai, our haiQal kena guligata ni, ksian tau tgk dia, habis satu badan merah2, mayb gatal2 rasanya so haiqal jadi nda selesa…hati pun berbelah bahagi time tu…

Kan tunda cuti2 ni, cuti tgal seminggu lagi, x sempat nak ubah uhu…

Guligata haiqal baru nak timbul mlm tu, tgk lagi esok harinya, f still, memang nak cancel…adoi, anak kitaorang sorang ni je…dalam otak ni, mcm2 fikiran tentang penyakit ni…
tkut makan diri ~nauzubillah~

Kebetulan jugak ptg tu, ada saudara belah my mertua pangkat nene, datang beraya, walhal time tu, siti n mr lov really bz cari penawar guligata ni, nak nangis rasanya sob2~~

SUBHANALLAH…
nene tadi tu yg sembuhkan guligata haiqal…sampai nene ni gtau kat bis mertua siti

“ mcm menyerah diri ni ke mari, rupanya kan mengubati cucu”

YA Allah, terima kasih ya Allah…ajaibnya guligata haiqal menghilang…like orang brunei kata, mcm ‘guligata angin’….subhanallah…di saat kami memerlukan bantuan, DIA jua yg menghantar bantuan…

Rawan hati bila mengenang uhu…dalam bz2 mencari penawar ni, mcm2 petua siti dapat, sob2~~

TQVM frenz, byk yg tolong cari2kan orang pandai menawari..

Btw, nene ni juz menawari dengan guna air untuk dimandikan dan minyak kelapa untuk diurapi seluruh badan…luckily guligata haiqal ni hilang, xde simpan parut ^___^

Mcm x pernah kena guligata pun ada…langsung xde….

SUBHANALLAH…..

So kami dua nak jalan cuti2 esoknya pun berlapang dada, dapatlah tinggalkan haiqal dengan our mertua 

Terima Kasih Ya Allah…



PETUA MY MERTUA untuk guligata ni, juz pakaikan baju2 warna merah n buat gelang benang merah n di tangan yg kena guligata, in shaa Allah, will sembuh ^.^


Bantal busuk siti ni siti tinggalkan untk haiqal sepanjang kami bercuti2...
nya my mertua, dicium2nya saja bantal ni....
adoi2....g gawan hati eh...syg haiqal sob~~

11 Oktober 2013

Amalan PELARIS berniaga ^___^

In Shaa Allah sebagai amalan bersama, bila berniaga kena ada sedikit ilmu
^_____^


  • Solat sunat Dhuha
  • Amalan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu seperti, zikir Ya Wahhab 300-1000 kali, Ar-Razzaq dan sebagainya
  • Istighfar 100 - 1000 kali
  • Selawat 100 - 100 kali
  • Solat sunat Tahajjud terutama Selasa malam Rabu
  • Membaca Al-Quran
  • Perbanykkan membaca Ayat Seribu Dinar
  • Sedekah, Infaq, Zakat 
  • Memberi makan kepada anak-anak yatim
  • Berbuat baik dan mendoakan kedua ibu bapa & mertua
  • Solat sunat Taubat sebelum tidur
  • Melazimi kekal dalam keadaan wuduk
  • Amalkan Surah Al-Waqiah
  • Berdoa pada Allah SWT dengan spesifik
  • Solat awal waktu
  • Tunaikan hajat orang lain jika berkemampuan
  • Meninggalkan dosa
  • Yakin dengan sepenuh hati bahawa rezeki itu datang daripadaNya

08 Oktober 2013

Petua Bawang Goreng jadi rangup ^__^

Senang je buat bawang goreng ni...lebih suka buat sendiri, coz asal je beli, asyik dapat yang lemau je, x serangup yang disangka ^.^

x fresh!!!

so dari duk complain je, kenalah buat sendiri mengikut piawaian yang dikehendaki haha ~kononnya :p~

Selain rangup, wangi pulak tu ~~~


PETUA BAWANG GORENG RANGUP..simple je...

Kupas bawang merah dan basuh bersih. Biarkan ia betul-betul kering di tapisan.. Selepas itu, gaul2kan bawang yang dimayang dengan sedikit garam bersama tepung ( agak-agak byknya).
Panaskan minyak masak dan gorenglah dalam minyak penuh dan dengan api yang sederhana. Jangan selalu dikacau-kacau. biarkan seketika..
Bila dah garing keseluruhannya, angkat...

DONE ^___^

boleh simpan di bekas kedap udara...


03 Ogos 2012

Peringatan dan tips untuk berbelanja lebih di raya ^__^


ni antara tips dan petua untuk berbelanja di bulan syawal nanti, tapi
tani berbelanja kan time posa ehe

hmmm Alhamdulillah, di Brunei, Elaun sara hidup bagi pekerja govt
sudah dikeluarkan pada payday bulan julai lepas
so x hairanlah sesak di sana sini hatta kedai runcit yg susah org nak rakit, pun
penuh dengan customerz ehe

hmmm...bersyukur jua kelurusan keluarnya time posa
so blhlah berbelanja lebih sikit je
sikit je tau ;p

to be honest, 1k dah selesai dengan selamatnya 
haha..more ke keta manja siti tu
for my lil haiqal
~~~adoi2, mak dia ni, terlebih spent kat kasut n baju haiqal keke ;p~~
super duper kiut prewalker baby-baby masani
rambang betul siti tgk

will selebih kilo-kilonya, siti simpan untuk masa depan
chewah~~~

betul maaa.....
^______^

28 Jun 2011

Petua untuk hilangkan hanyir hati ayam ^_^


Petua yang bagus bagi yang suka menggoreng hati ayam ^_^

Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengan air, gaulkan pula dengan gula pasir. Perapkan selama 10 minit.

Untuk mengelakkan percikan minyak panas semasa menggoreng hati ayam, hati ayam hendaklah dibasuh bersih dan direndam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu, bilas semula dengan air bersih. Insya Allah pasti hati ayam tidak meletup ketika menggoreng.

Romantik mengikut Sunnah Rasullah SAW ^__^

Saja nak share my pembacaan ^___^
~ suka betul bab romantik2 ni ehe~
senang tani memperbaiki lagi hubungan husband wife ni =.=


Romantik sunnah Nabi

Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan semakin bertambah.

Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing.

Petua mengekalkan sifat romantik


Isteri bukan sahaja menghias keseluruhan rumah, tapi yang penting menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan. Isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian menarik dan bau-bauan yang menyenangkan.

Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti yang lazim diucapkan oleh pasangan bercinta. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan, tanpa gangguan anak-anak. Layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam kehidupan berumah tangga, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati. Kalau boleh dielakkan, tidak perlu melibatkan orang ketiga yakni orang luar.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan

Ciuman mesra - Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami meneruskan kehidupan.

Ucapan – Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan “sayang”, “I love you”, “I missed you” dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada lama atau sekejap, jauh atau dekat.

Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.

Usik mengusik– Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Cara sebegini boleh menjadi rencah kepada suasana lebih romantik.

Berjalan beriringan di luar rumah – Sering berlaku, di awal perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan bersama. Namun, apabila usia perkahwinan meningkat, anak-anak semakin bertambah, suami isteri tidak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan, seorang di belakang. Seeloknya jika tiada halangan, jalan berpegangan tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri tanda melindungi.

Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggung hati isteri – Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita biasanya sensitif.

15 April 2011

Cara Terbaik penyimpanan makanan di peti sejuk ^_^

Sekadar berkongsi pembacaan siti ^__^




1. Kapasiti


Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.

2. Makanan Kering

Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam bekas tertutup, diletakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.

3. Daging

Daging boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais. Potong daging, masukkan dalam bekas plastik dalam jumlah yang memadai untuk sekali masak, ikat rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Ini memudahkan anda ketika memasak, hanya ambil yang berkenaan, cairkan kembali dan terus memasak. Jika anda simpan dalam jumlah besar sekali gus, katakan dua kilogram tetapi anda hanya perlukan setengah kilogram, untuk dimasak, anda perlu mengeluarkan semuanya sekali dan menunggu ia cair dahulu, sebelum menyimpan bakinya. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengurangkan gizinya. Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais.

4. Ikan

Sebelum disimpan, ikan harus dibersihkan, buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Udang biasanya akan mempunyai bercak-cak hitam jika terlalu lama disimpan dalam ruang dingin be

5. Sayur-sayuran

Ruang sayur-sayuran biasanya terletak bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat yang cepat layu. Kalau ingin lebih segar, sayur-sayuran boleh dibungkus rapat dalam plastik. Jangan simpan sayur di ruang dingin, seperti chiller di bawah ruang dingin beku. Ia akan menyebabkan dinding sel-sel pecah kerana ia tidak dapat menahan cairan.

6. Makanan

Ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat untuk mengelakkan berbau. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas melamin, ditutup rapat kemudian disimpan dalam peti ais. jangan disimpan dalam tinnya kerana ia boleh mengakibatkan pengoksidaan. Makanan yang dibolehkan adalah buah-buahan dalam tin.

7. Sos dan kicap

Botol sos dan kicap yang sudah dibuka lebih baik disimpan dalam peti ais. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.

8. Sisa Roti

Roti tawar tidak tahan lama jika disimpan dalam suhu bilik, apatah lagi pada musim hujan yang lembap. Bungkus rapat-rapat dengan plastik, simpan dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukusnya selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Jika terlalu lama, roti akan lembik terkena wap air.

9. Kebersihan

Bersihkan peti ais sekali dalam sebulan. Defrostkan supaya ais dalam ruang dingin beku dan chiller mencair. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam-suam kuku yang dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau. Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas, keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa secara berkala bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.

28 Julai 2010

Tips untuk menaikkan Seri Muka ^__^


Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga. Sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.( Siti pernah pakai petua ni sebelum siti kan nikah ^__^, maklumta pengaun ni byk petua ngee...iytah masa nak korek rahsia huhu..mudahan babu hjh hajar dalam keadaan sihat masani, lama dah nda dgr kbr ^.^)

Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan sebiji limau nipis dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.( lama dah nda pakai petua ni, juz kan share je ehe...haha masker byk kan kedai, tu yg jadi malaz ni ehe...)

12 Julai 2010

Minyak Zaitun & Khasiatnya ^_^

Kadang tau untuk memasak spagetti je, nda tau khasiat tersembunyi adeh...tani baca sama-sama ^_^

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:
  1. Extra Virgin Olive Oil
    Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

  2. Virgin Olive Oil
    Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

  3. Olive Oil
    Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
Penyembuh Pelbagai Penyakit

Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Benarkah begitu? Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

"Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya". ( aah..siti pernah terbaca ratu mesir ni mandi jua dengan minyak ani wow *O*)


Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Jadi apa ditunggu lagi?


Siti - truz bah ke dapur mencari minyak zaitun aa hihi ^__^ helllo...sapa nda mau lawa x hihi

Tips Kesihatan untuk meningkatkan Daya Ingatan ^_^



Daya ingatan kita akan semakin berkurangan seiring dengan peningkatan
usia. Ingatan dan kemampuan mengingat adalah apabila sel-sel otak
saling berhubung. Semakin banyak sel-sel ini berhubung dan semakin
banyak sambungan itu semakin mudah dan kekal daya ingatan kita.

Pemakanan adalah perkara paling penting dalam meningkatkan dan
mengekalkan daya ingatan. Makanlah makanan seimbang. Tubuh akan jadi
sihat dan otak pun cergas. Begitu juga dengan senaman dalam kadar yang
tetap.

Terdapat kajian, makanan yang mempunyai Omega 3 yang tinggi dapat
meningkatkan daya ingatan. Omega 3 boleh didapati melalui minyak ikan.
Pengambilan minyak ikan seperti ikan kod dan salmon dapat membantu
meningkatkan daya ingatan. UK dan USA FDA mencadangkan pengambilan 3
gram (Omega 3) dalam seminggu adalah baik untuk kesihatan jantung.
Makan sardin sebanyak 100 gram dengan isi kandungan 2 gram Omega 3 dua
kali seminggu boleh mencapai kita kepada matlamat ini. Omega 3 bukan
sahaja untuk jantung malah untuk otak kita.

Ginkgo Biloba dikatakan dapat membantu dalam meningkatkan daya
ingatan. Herba Ginkgo Biloba yang dihasilkan daripada pokok Ginkgpceae
membantu dalam meningkat edaran darah. Darah yang mengalir dengan baik
membantu penghantaran lebih banyak oksigen yang digunakan oleh otak.

Herba seperti Gotu Kola turut didapati membantu edaran darah dan
meningkatkan daya ingatan. Bekalan oksigen yang cukup amat penting
buat fungsi otak. Tanpanya otak akan dahulu mati berbanding dengan
organ badan yang lain. Bagi yang merokok inilah masa untuk berhenti
merokok. Merokok boleh mengurangkan oksigen ke otak. Bahan kimia dan
narkotik yang terkandung di dalam rokok boleh mengganggu keseimbangan
kimia dalam otak. Arak dan alkohol turut menggagalkan otak berfungsi
dengan baik. Hentikan pengambilan alkohol kerana selain memudaratkan
otak ia turut merosakkan hati.

Tidur amat perlu untuk ingatan dan pemikiran.

Sewaktu tidurlah otak
memainkan semula apa yang perlu disimpan dan dibuang. Untuk tidur yang
baik bagi orang dewasa adalah sekitar 6 ke 8 jam manakala bagi
kanak-kanak pula adalah 12 jam. Tidur juga perlu pada waktu malam.
Dari segi biologi kita, malam adalah waktu rehat untuk otak dan badan.
Badan pula pada waktu ini lebih aktif menjalankan kerja pembaikan dan
pemulihan. Tempat tidur juga perlu selesa dan paling elok dalam
keadaan gelap.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Sekolah Perubatan
Harvard, mereka yang belajar kemudian tidur dengan cukup, lebih mudah
mengingat perkara yang dipelajari keesokan harinya. Perbandingan ini
dibuat dengan mereka yang belajar pada waktu pagi, kemudian diuji 12
jam kemudian sebelum mereka tidur.

Untuk anda yang akan menjalani peperiksaan bermulalah dari awal
berminggu-minggu sebelum peperiksaan. Belajar pada waktu awal malam
supaya dapat tidur awal untuk mendapat jumlah tidur yang cukup. Pada
sebelah pagi selepas tidur, ulang kaji ringkasan apa yang telah
dipelajari sebelum tidur.