Memaparkan catatan dengan label SeaFood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SeaFood. Papar semua catatan

23 Oktober 2013

Resipi - Popia berCheese Udang ^___^

sudah lama x share resipi kan ? ehe...soelah ye...asal nak berblog, haiqal duk kacau bawa main bermain uhu..
x babahnya layan, terpaksa siti jugak yg layanz..

kena ganti-ganti....

Siti masak, babah toloong jaga haiqal...
iya...begitulah sebaliknya....
owh...mr lov pandai masak, hmmm bakat terpandam tu haha ;p

nanti kita share pulak resipi my hby ye ehe...sempat snap last time...

simple ye, x rupa haha tapi sedap ^___^

berbalik kepada perkara tajuk, ni resipi simple...
femes dengan buat bersama isi ketam
tapi ni siti tukar kepada udang pulak
^___^

buat ni sewaktu doa selamat di barek baru..
ehe...1st tido di barek...kami buat lilttle majlis masuk rumah baru..tempat baru bagi kami
^___^


POPIA BERCHEESE UDANG ^___^

kulit popia secukupnya
Keju cheddar - dicincang
1 biji telur, pukul sedikit, sebagai bahan pelekat
Udang -di cincang
sedikit daun bawang
serbuk lada sulah

Cara Penyediaan

Gaul bersama udang + Cheese + daun bawang + sedikit serbuk lada sulah hingga mesra ^.^
readykan kulit popia, sudukan 2sudu bahan tadi, gulung popia, sapu keliling kulit dengan telur untuk dibalut dengan rapi supaya x terkeluar isi bahan tadi.

Goreng hingga kekuningan..

DONE ^___^

29 Januari 2013

Resipi - Udang masak merah - simple je...


Di rumah siti,amat suka masakan merah, specially menu ayam n udang...
x jemu...
memang laku bila masak merah di rumah siti ni ehe ^.^
ala-ala pedas sedikit lagi terangkat...

In Shaa Allah, pasti ianya menjadi fav semua orang kalau sedap kan 
^____^


UDANG MASAK MERAH

Udang 
Bawang putih - dicincang
sedikit halia - cincang
Bawang besar - hiris bulat
sedikitSos tiram
2SB Sos tomato 
3SB Sos cili 
Garam dan gula secukupnya

CARANYA

 Tumis bhn cincang hingga wangi. Masukkan semua sos dan dikacau.
kemudian masukkan udang, kacau hingga udang nampak kemerah-merahan 
 Masukkan hirisan bawang besar, biarkan seketika 
 Perasakan dgn garam dan sedikit gula.

DONE ^___^

21 September 2012

Resipi - Sambal Masak Sambal merah ^__^ SEDAP makan dgn nasi goreng...


Time puasa lepas, byk sotong berjual di pasar basah, so ambil
peluang jua menbeli, coz jarang ada sotong besar2 berjual...
biasa kecik2 je n mahal..
so bila ngam musimnya, rata-rata harga murah sedikit dari biasanya..
ehe sampai dalam seminggu tu, makan sotong 2-3 kali ehe

Sempatlah buat nasi goreng corned beef
fuh....pedas2...lagi sedap
sure x sedar orang keliling time makan ehe
bersungkai dengan menu sedap terasa lama kenyangnya kan
^___^


SOTONG MASAK SAMBAL MERAH ^__^

5~7 ekor sotong sederhana besar (dipotong membulat)
3 sb sos cili
sedikit kiub pati ayam
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan kisar

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sehiris halia
belacan di bakar

CARANYA

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan terbit bau.
Masukkan sotong, sos cili, kiub pati ayam dan perasakan secukupnya dengan garam dan serbuk perasa. Bila kuah agak pekat dan sotong sudah masak.

DONE ^___^

20 September 2012

Resipi - Sotong Basah masak kuah kacang ^__^

Ni menyampaikan taisliur my daddy, yg nak makan sotong berkuah kacang ehe
^__^
kalu siti sendiri, makan bersos rojak lagi SEDAP,Yum...

Masak simple je...alhamdulillah....sampai jua hajat membuatkan
for daddy tersayang...

nak try? jom liat resipi
^__^


SOTONG BASAH MASAK KUAH KACANG ^__^

Sotong Basah - direbus dan dihiris 
2 SB sos cili
sedikit kiub ayam
garam dan gula secukupnya
air asam jawa secukupnya

Kacang digoreng dan ditumbuk kasar

Bahan kisar

4 ulas bawang merah
2SB Lada kisar
sedikit belacan

CARANYA

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan terbit bau. Masukkan sotong, sos cili, kiub pati ayam dan perasakan secukupnya dengan sedikit garam dan gula. Masukkan kacang goreng dan digaul rata. Bila kuah agak pekat dan sotong sudah masak barulah masukkan air asam jawa, sesuaikan dengan rasa ye

DONE ^___^



antara menu di buat jua, Sayur Kacang bertelur..
fav my mummy

07 Ogos 2012

Resipi - Sambal Kupang ^___^


Lama dah nak share resipi simple ni ehe, asyik terjeruk je di folder
^___^

Sedap resipi ni, coz cukup dengan rasa pedasnya 
yum~~~
siti lebihkan dengan sedikit cili padi,terangkat rasa pedasnya ;))

korang blh try resipi simple ni untuk idea bersungkai atau bersahur
^____^



SAMBAL KUPANG ^__^

Kupang - dibersihkan dan ditoskan airnya
Bawang besar - dihiris bulat
Lada merah - dihiris memanjang
2SB Lada kering
Bawang merah dan bawang putih - ditumbuk
Halia - di tumbuk halus
Sos tiram - 1 sudu kecil
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Air asam jawa

Cara membuatnya :

Tumis bahan yang diblend hingga garing
Masukkan sos tiram dan kacaukan ia
Masukkan kupang dan air asam jawa
Masukkan gula, garam dan ajinomoto secukup rasa.
Masukkan bawang besar dan lada besar yang dihiris tadi
Kacau-kacaukan ia sehingga kuahnya memekat

DONE ^___^

08 September 2011

Recap - Penutup Sungkai Puasa kat Pantai Serasa ^_^

Sekadar kenangan siti dalam dapur ni, manatau kot2 siti terlupa
yang mana siti dah complete my outing sungkai tahun ani
^__^
dah out- sungkai, our-sahur dan sungkai kat pantai
YEAYYY
semuanya terlaksana sepertimana yang di planned

Tahun ni, siti planned awal b4 nak mulakan projek raya siti
insyAllah, bila tani plan betul2, pasti ikut acuan
100% will success =.=

selain beli juadah nak bersungkai, sempatlah jugak buat sup special seafood
biasalah siti ni, bila makan suka ada sup ^__^
can try anytime, senang je


SUP SPECIAL SEAFOOD

1 ketul dada ayam - hiris kecil-kecil
1 batang sayur sawi

1/2 tin cendawan bulat
3 biji telur
sedikit isi ikan merah
2 sudu besar sos tiram
sedikit sos ikan
3 cawan air
Garam secukup rasa
sedikit sotong dan udang ~yum...

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam. sotong, isi ikan dan udang, kacau dan biarkan sampai semuanya masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .
Apabila telur sudah masak, kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja.

DONE ^___^
modified from blog masak2....

Sejuk saja mata memandang
tenang jiwa ^__^

sunyi betul tim tu, adalah seorang dua kat pantai
hmm....romantik jugak ehe, tgk keindahan pantai berduaan
eiseymen....

Mr Lov - cukuplah kenyang dengan Kepci ^.^

my fav - Teh C Special ^__^
fuh...kat mana-mana mesti ordered minuman ni

mcm ramai pulak yang nak sungkai kan ehe
walhal couple je makan ni
^,^

taisliur lagi dengan nasi ayam penyet
^__^
area muara pun ada yang sedap

24 Ogos 2011

Resipi - Udang masak 3 rasa ^_^


Alhamdulillah, puasa dah masuk minggu ke 4, nak dekat raya dah ni
debaran makin dekat
^_^

Ya Allah permudahankanlah
urusanku dalam mempersiapkan
tempahan my lovly customer ni
Amin....

x sabar rasanya nak pakai baju baru
rezeki pun bertambah bulan puasa ni
Alhamdulillah....

will, sepanjang berpuasa ni,
pelbagai juadah dah di masak di dapur siti ni, ada ayam, daging, ikan dan udang
~ xde ketam je ehe~

meh try sama-sama my simple masakan ni ^.^

UDANG MASAK 3 RASA ^_^
udang besar (bersihkan)
sedikit serbuk kunyit
minyak

SOS YANG DIGAUL BERSAMA:
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
½ cawan air

1 biji tomato (belah 6)
Garam dan gula secukup rasa


Cara- caranya:

Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan juga cili potong dan gula. Setelah kuat pekat, masukkan udang dan gaulkan rata.
jika kuah cair, boleh masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.

DONE ^_^

24 Mac 2011

Resipi - Ketam masak Taucu Bertelur ^__^



Alhamdulillah bersua kembali dengan wajah ceria harini
^___^
owh...lupa lak nak sapa,
ASSALAMUALAIKUM semua
apa kabar?
ok ke? mudahan semuanya dalam kandungan sihat sejahtera
amin...

BTW yang ni masakan ketam yang sempat siti buat
rasanya lupa nak masukkn last n3 ehe
TQ fren di ofis hby, yg kasi ketam ni
wow best kan dapat kwn mcm ni (Hali2 pun boleh wa ^.^)
Hby ada pesan, f ada jual ketam, juz gtau hby directly
ni kelurusan jua kan bersedakah ta saja org ofis nya ni
will
TQ lah ye ^___^
orang kasi, kita ambik lah kan ehe

Alhamdulillah jadilah mcm ni
panjanglah jua amal, membagi org kenyang
^___^


KETAM MASAK BERTAUCU BERTELUR

Ketam
Tepung Jagung

1 ulas Bawang Besar
4 ulas Bawang merah
1/2 inci Halia
Serbuk cili

Taucu
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Ikan
2 Telur

Cara- cara

Bersihkan ketam tu, potong dua, toskan kemudian digoreng seketik, angkat dan ketepikan. tumis bahan bawang tadi dalam kuali tempat menggoreng tadi dengan dikurangkan minyaknya. tumis hingga naik bau kemudian masukkan semua sos sampai pecah minyak.
sesuaikan dengan rasa kita dengan garam dan gula
last sekali barulah masukkan ketam yang digoreng tadi. Gaul sebati sebelum dimasukkan
telur yang dipecahkan.

DONE ^___^

17 November 2010

Ketam BerCili aka Chili Mr Crab ^__^


SALAM AIDILADHA semua
^__^

Alhamdulillah bertemu lagi di hari haji tahun ni
bersyukur ke hadrat sentiasa dilimpahi rahmat dan kesihatan

Well, apa siti masak harini? hihi
adaleh uhu

nanti siti share resipi yang siti buat harini ye

owh...apa sal Mr Crab masuk ni? haha pagi2 dah tayang ketam berposing lak hihi
Yang ni juadah mlm aidiladha semalam
Kawan hby ada offer jual ketam $3 sekilo ketam suri ni yooo
memang x lepas peluang

Kitaorg dirumah makan meratah saja
nda makan sama nasi
dat y lah siti nda belah badan mr crab ni
orang rumah siti more prefer masak mcm ni ^.^

meh layanzz mr crab siti ni ^_^

KETAM BERCILI aka Chili MR CRAB ^_^

1kilo Ketam Suri ( boleh di belah jika suka)

6 biji cili merah - dikisar
2 Cili padi - dikisar

5 ulas bawang putih - dikisar

Minyak untuk menumis

sedikit jus limau nipis

Bahan sos :

2SB Sos Tomato

1 1/2 camca besar gula

Garam secukup rasa

sedikit Tauco

2cwn air

1 1/2 camca teh tepung jagung

1/2 camca teh kicap pekat

Cara Membuat:

Campurkan semua bahan sos. Tumiskan bawang putih dan cili merah kisar sehingga agak garing. Masukkan ketam dan kacau sebentar sehingga kulitnya kemerahan. Masukkan campuran sos dan gaul sebentar. Tutup periuk dan renihkan selama 10 minit atau sehingga masak atau kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam jika perlu. Akhir sekali masukkan jus limau. Kacau sebentar dan angkat.

12 November 2010

Resipi - Kupang Masak Sos Hitam ^_^

Selamat PAGI semua
alhamdulillah dah weekend pun hihi
ni nak curi masa update blog kejap
sambil2 waiting my cakes masak, blhlah masukkan sedikit sebanyak n3
^__^

Masakan ni for our dinner last night
kes taisliur jua kan membuat since lama dah nda makan kupang
buat yang simple2 saja mengikut stok yg ada di peti ajaib siti aa
then turned jadi mcm ni hihi

will, tani try sama-sama k


KUPANG MASAK SOS HITAM

Kupang yang dibersihkan secukupnya

Bahan di kisar

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia,
garam dan gula secukup rasa
sedikit cili padi

2 SB Kicap lemak manis
1SB Sos Tiram
1SB Sos Tomato

Hirisan Lada Merah
serbuk lada sulah

Cara Memasak

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga naik bau kemudian masukkan
semua sos hitam dan sos tomato, digaul sebati diikuti dengan memasukkan
kupang dan sebatikan
sesuaikan dengan perasa dan garam
akhir sekali masukkan lada merah dan serbuk lada sulah

DONE ^___^