Memaparkan catatan dengan label Crita Cali di dapur Siti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crita Cali di dapur Siti. Papar semua catatan

11 Oktober 2010

BerHIBUR dengan my pics hihi ^____^

Ada Berani ke nak style rambut mcm ni? hihi

rasanya untuk blogger mcm siti, bolehkan mcm ni? SWEET
x tegar rasanya, semuanya kena di board computer aje hihi

alahai baru bangun ke?


ha...patutlah cari x jumpa, rupanya kat sini ye tgh santai2!


Dikenalikan lembu ni dengan World Cow
TERPEGUN siti dibuatnya, MasyAllah...




dah bilang, bali alarm x mau, nah sapa nak disalahkan lepas ni? hihi



best kan, f ada seater mcm ni,x lah letih terpusing-pusing badan kan
WEIIII

SERIUSNYA.......TAKUT ^o^


huhu, f ada kat brunei, ATM mcm ni, alamak siti draw kai buku je hihi
x kisah kena Q
mampus lah kena jawap soalan lagi hihi

LoV to share with my readers with my email
melucukan saja hihi

13 Februari 2010

Bos oh Bos



Hari ini adalah hari pertama Sepiah bekerja, jadi masa mula-mula kerja nie, dia kena la baik-baik dengan boss. Jam dah pukul 6:30 petang Sepiah bersiap-siap untuk balik. Tiba-tiba nambak boss dia (En Zain) dok dekat 1 mesin shredder tengah nak letak kertas kat situ dan terkial-kial nak mengendalikan mesin tu.

Bila ternampak Sepiah belum balik, En Zain panggil Sepiah "Sepiah, awak tau cara operate this thing?" Sepiah jawap "Sure, Tekan je button ni" "Dokumen ni penting ni, seketari saya lupa nak buat sebelum dia balik tadi" terang En Zain. "Awak boleh buatkan untuk saya?" sambung En Zain.

"Boleh" jawap Sepiah dengan confident lalu tekan button dan dokumen tu shredded la. Kemudian ada bunyi telefon dan En Zain angkat, setelah bercakap seketika, En Zain memberitahu Sepiah...

"Sepiah, boleh tak dokumen yg awak photostat tadi tu buat 3 copy"

08 Februari 2010

Shampoo dan Sabun Baba huhu



Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

19 November 2009

BeCerita SEDIH untuk naik tangga huhu

-Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di
sebuah apartment setinggi 60 tingkat.
Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari
bertugas untuk pulang ke rumah.Dilihatnya
ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan
lif tidak berfungsi... .

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila
agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi
kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau
kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita
ketawa...biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga
untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita... .
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku
membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku
dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.......

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh
leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20.
Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap
air mata...kemudian mereka kembali memanjat
sambil si B pula bercerita... .
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...
aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15
tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja
untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B
dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55.
Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang
ketingkat 56, si C mula menyampuk
si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi
sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM
KERETA.... UWAAAAAA

29 September 2009

Sekali sekala baibun di dapur siti - Lawak C Chot

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan
rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya
dia
dapat membuat pasport baru untuk dirinya.


Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot
naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk
berdiri
sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai
tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu
jatuh
ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...
Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik
gambar..."

15 September 2009

Pantunlama sudah ada jawapan :)

Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar ….

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, ‘Cash On Delivery’…

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti….

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu…

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke….

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan…. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya….

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan…

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau….

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang ‘Indah Water’…

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit…

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena…

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap…

Cerita Orang Tua

Dua orang sahabat karib yang baru lepas menonton cerita Hindustan kat panggung wayang

bertelagah tentang kehebatan hero filem tersebut. Semasa memandu kereta dalam perjalanan

balik ke rumah pun mereka masih bertegang urat.

Ervina : Aku rasa Hirthik Roshan lagi hebat dari Shah Rukh Khan.

Aniz : Alaa... .Hirthik tu harap kan muka dan badan aje lawa, kacak, tapi lakonan masih 3

bintang ! Dengar tak ? Tiga bintang !!!

Ervinna : Eh, apa pun... .bagi aku Hirthik tetap hebat. Macho! Seksi lagi!

Aniz : No way... .Shah Rukh Khan tetap no.1!!!

Tanpa disedari, kerana asyik berpot pet... .pot pet... .kereta yang dipandu telah tersesat jalan.

Kelam kabut dua orang gadis tersebut dibuatnya.

Setelah menyusur jalan hampir 15 minit, mereka akhirnya ternampak kelibat seorang tua

berkopiah putih, berkain sarung, sedang menuntun basikal di pinggir jalan. Mereka bercadang

bertanya lelaki tersebut dan kereta yang dipandu berhenti betul2 berdekatan lelaki tua yang

nampak warak. Bersih wajahnya.

Ervina : Er... pakcik... boleh tumpang tanya...

Lelaki tua : Ye... ada apa yang boleh saya bantu anak berdua?

Ervina : Er... kami sebenarnya sesat jalan. Di mana kami berada sekarang.

(Lelaki tua kelihatan menggaru kepala)

Aniz : Aha pakcik... .di mana kami sekarang ?

Nak tau apa jawapan lelaki tua tersebut ?







Dalam Kereta
sambil berlalu begitu sahaja


lol :)adeh mental memikirkan

Tempoh Perkahwinan mempengaruhi Kemesraan?

Tempoh Perkahwinan Mempengaruhi Kemesraan?


Sebelum Tido:

6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak
bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:

6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan
murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:

6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikanu tak berkenan lak

Telefon:

6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh...your call...
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?

Masakan:

6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. ...!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!

Memaafkan:

6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!

Baju baru:

6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking...
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:

6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

Moralnye.. Terpulang pada setiap pasangan yg berkahwin bagaimana utk menjadikan perkahwinan mereka sentiasa harmoni dan tak hambar.. Suami&isteri masing-masing perlu memainkan peranan utk memastikan perkahwinan itu sesuatu pengalaman yg terindah dalam hidup mereka.. Bak kata orang,sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.. Tepukdada tanya iman di hati!

BETUL x???

09 September 2009

Cerita Lucu - Bilik Wad Berhantu

Sekadar kan kongsi untuk bersuka hati time2 keraja ani hehe...jgn stress saja huhu

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka

Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebutyang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...tiba-tiba... ...

Pintu bilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Makcik Timah masuk.... mendekati katil keramat tersebut... dan terus

mencabut.....

soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan. .

vacuum cleanernya.. ..Laaa.... Patutlah mati huhu