Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

20 Januari 2014

Resipi - Nasi Kuning Kismis ^___^

Resipi nasi ni siti pernah masak semasa majlis gader2 di rumah manggis

suka mengadakan gader2 mcm ni...makan2...masak2....ramai2...di rumah siti 

^______^

yang suka siti buat...bila ada rezeki lebih...panggil2 family jauh datang ke rumah hanya untuk makan2 ehe 

maklumlah kekadang family jauh2 ni susah nak jumpa..

komitmen masing2 mcm2 ada...

mana lagi dengan anak2....

semua amat difahami...

will..cara mcm ni saja buat diguna-pakai...ehe...panggil2 family yg dapat datang...

cara ni jugak untuk mengukuhkan ikatan yang sedia ada..

http://eemoticons.net

mudah saja resipi ni...sgt sesuai dimakan bersama rendang ayam dan semua jenis acara timun


NASI KUNING KISMIS ^__^

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam 
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis - Di kisar

BAHAN TUMIS 

1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
rempah sekawan

CARA PENYEDIAAN

Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub dan gaul rata.

Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan tambah pewarna kuning jika suka

DONE ^___^

02 November 2013

Nasi Goreng Kmpg Daging ^____^

Masak bekfas harini, mr lov ambil offday harini, so seronok memasak bila ada teman makan haha ;p
biasa weekend masak, masak utk sendiri makan je uhu...

juz nak masak nasi semlm,  simple je...
guna daging korban last time ehe...
jadilah nasi goreng daging 
^____^

untuk mr lov, guna berayam ni ehe....
jgn cri pnyakit uhu..


NASI GORENG KAMPUNG DAGING ^__^

Nasi sejuk
ikan pusu yang ditumbuk halus
1 biji telur
Daging yang direbus
Minyak masak
Garam
Bahan perisa

Bahan kisar:

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cili padi

Cara memasak:

Tumiskan semua bahan tumbuk bersama daging sehingga garing, masuk telur n kacau sebati. Masukkan nasi putih dan gaulkan sehingga rata. Tambah ikan bilis yang sudah digoreng terlebih dahulu, yangi ditumbuk tadi.
Kacaukan. Tambahkan bahan perisa dan garam secukup rasa.

DONE ^____^

05 Februari 2013

Resipi - Nasi Daging Brunei ...alahai pasti sedapnye...

Assalamualaikum semua
sihat ke? mudahan semuanya sihat sejahtera je tgk2 dapur siti ni ye 
^____^

btw curi masa nak update dapur...asyik jadi draft je bila nak taip...
sambung balik then jadi draft balik uhu...
akhirnya jadi error pulak...kes malas dah tu ehe ;p

btw resipi ni siti dapat dari buku masakan my mama, 
my mama mungkin dapat dari sapa-sapa lah kan..
juz tulis dengan kuasa tulisan yang cukup memeningkan mata melihat haha..
last-last kena tanya jugak kat mama, coz takut x menjadi masakan nanti ^.^

simple je but yet SEDAP
^____^

^

NASI DAGING BRUNEI ^__^

Beras siam - basmathi secukupnya
Isi Daging - dihiris nipis
1/2 cawan susu cair 
1/2 cawan minyak masak 
3 SB planta/ minyak sapi
2SB sos tomato
sup bunjut / kepala rempah secukupnya
gula dan garam secukup rasa 
Telur sebagai hiasan

Bahan tumis :-

1 labu bawang besar – dikisar 
3 ulas bawang putih – dikisar 
1 inci halia – dikisar
sedikit serai

Caranya : 

 Panaskan planta atau minyak sapi, tumis kepala rempah, bawang yang dikisar dan halia.
 Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air,kacau biar wangi 
 Masukkan daging, sos tomato dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.  Setelah air mendidih, masukan gula dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair/ santan.
 Masukkan beras, kemudian masaklah di rice cooker seperti biasa selepas sebati di gaul. Gemburkan nasi

DONE ^___^


*** siti tambah lagi dengan sos cicah merah belacan dan goreng telur secara berasingan...alamak x sangka 2nd makan uhu ^.^


05 Disember 2012

Resipi - Nasi Briyani ^__^ + Ayam masak merah special ^__^ so SEDAP...


N3 ni sepatutnya masuk sewaktu hari raya lepas ehe...
alamak, byk betul n3 yang blum masuk dapur
adoi2...mcm2 BZ yg melanda

Keja kat ofis, keja kat rumah, tempahan kek setiap minggu
n kewajipan as wif n mommy to haiqal yang lasak ehe ^.^

hmmm...bertenet cuma di mlm hari atau di sewaktu weekend je uhu...
kus semangat....

ni buat last raya haji, sebelum nak pegi ke rumah my MIL
semuanya nak sempat, 
senang je dah masani , guna rempah siap sedia ehe
^____^


NASI BRIYANI ^__^

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan - disimpul 
3 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa

BAHAN TUMISAN DIKISAR :

3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia

REMPAH TUMISAN :

Sekontena set rempah brunei **beli di kedai runcit je ^.^

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepi kan dulu. Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

Kemudian masukkan semua air dan susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi. x payah put pewarna kuning, coz automatik dengan rempah brunei ni , dah berwarna kuning ^.^

D O N E ^___^

10 Oktober 2012

Sarapan yang cukup menyenyangkan ^___^ Alhamdulillah...


Sekali sekala bekfas dengan nasi goreng pasti sedap kan
^____^
ala...masak sesimple mungkin, maklumlah memasak di awal pagi adalah masa yang terhad
so juz guna saja bahan ringan...
insyAllah kenyangnya sampai ke lunch ehe...like siti lah tu...

Manakala Mr Lov suka makan berat-berat sewaktu bekfas, x yah lunch katanya ehe..
jimat ye cik abang...

jom try kot2 nak menggoreng nasi esok bekfas
^___^


NASI GORENG SIMPLE BERTELUR ^__^

Nasi sejuk
3 biji telur
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit lada sulah
sedikit sos tiram
Butter secukupnya untuk menumis 
Garam dan serbuk perasa


CARA MEMASAK :


 Kupas semua bawang dan tumbuk sehingga lumat kemudian lerai-lerai kan nasi . Panaskan sedikit butter dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum .
 Masukkan 3 biji telur dan kacau telur sehingga masak seterusnya masukkan sos tiram serta kacau . Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan masukkan serbuk lada sulah serta garam secukup rasa.

DONE ^___^
serve lagi dengan hotdog ehe...
SEDAP!!!







21 September 2012

Resipi - Sambal Masak Sambal merah ^__^ SEDAP makan dgn nasi goreng...


Time puasa lepas, byk sotong berjual di pasar basah, so ambil
peluang jua menbeli, coz jarang ada sotong besar2 berjual...
biasa kecik2 je n mahal..
so bila ngam musimnya, rata-rata harga murah sedikit dari biasanya..
ehe sampai dalam seminggu tu, makan sotong 2-3 kali ehe

Sempatlah buat nasi goreng corned beef
fuh....pedas2...lagi sedap
sure x sedar orang keliling time makan ehe
bersungkai dengan menu sedap terasa lama kenyangnya kan
^___^


SOTONG MASAK SAMBAL MERAH ^__^

5~7 ekor sotong sederhana besar (dipotong membulat)
3 sb sos cili
sedikit kiub pati ayam
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan kisar

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sehiris halia
belacan di bakar

CARANYA

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan terbit bau.
Masukkan sotong, sos cili, kiub pati ayam dan perasakan secukupnya dengan garam dan serbuk perasa. Bila kuah agak pekat dan sotong sudah masak.

DONE ^___^

10 September 2012

Resipi - Nasi goreng Kampung simple ^__^..ala kampung yg moden ehe


Biarpun simple tapi  SEDAP + sure boleh tambah nasi 
dan lagi menjadi bila buat, time lunch time, uhu...makan sampai 2round ehe
~~tghari kan biasanya perut dah bekeroncong lebih uhu~~
^___^

Simple delicious
x caya? masaklah ehe...



NASI GORENG KAMPUNG SIMPLE ^__^

Nasi sejuk
3/4 ulas bawang merah 
sedikit belacan
segenggam udang kering
sayur-sayuran  - guna pakchoy ( sayur kpg, kangkung ehe ^.^)
garam + serbuk perasa
Telur

Caranya 

Udang kering + belacan + bawang merah di tumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk.
Tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau, masukkan nasi putih.
Kemudian telur dan pakchoy.
Tambah garam dan serbuk perasa.

DONE ^___^

14 Ogos 2012

Makanan Fav sewaktu sahur - Nasi Goreng ^__^


Lebihan nasi sewaktu sahur ( jika masih dapat dimakan) bolehlah jadi
sajian nasi goreng sewaktu sahur 
^____^
takpun masak nasi lagi jam 0900 

kekadang kita x berapa nak makan lebih sewaktu sahur
maklumlah mata masih di mood mengantuk kan
nak makan pun terasa lintuk2 haha

Dulu siti biasa minum air saja sewaktu sahur
now bila dah kahwin, mr lov nak sahur makan nasi
hmmm will yang dulu-dulu tu, kena ketepikan dah uhu..
kena kerahkan tenaga nak masak subuh2 
^__^ ambil berkat ye ehe

Simple2 pun tetap jadi fav mr lov
^____^


30 Mei 2012

Resipi - Nasi Goreng Kampung ^_^

Bestnye dapat bekfas nasi goreng kampung 
^___^
SEDAP
Kekenyangan + Keceriaan di Ofis ehe...
sempatlah buat bekal ke ofis, dapatlah buat makan2 durang kaka di bawah

Jadual sewaktu pagi kena manage mlm sebelumnya,
maklumlah kekadang tersasar sedikit gara2 akhir bangun 
haha :P
dah jaga Mr Lov n yang ni, kena jaga Lil haiqal
yang awal bangun dari kitaorang
~bagus sgtlah tu, jadi alarm langsung ^.^~

~~Sedang meniti kebahagian hidup masani ~
Alhamdulillah....

JOM
Mari main masak-masak dengan siti


NASI GORENG KAMPUNG ^_^


3 cawan nasi sejuk
1 gengam ikan bilis ( ditumbuk halus)
5 biji cilipadi
1/2 ikat sawi
garam
1/4 biji bawang besar saiz kecil
1 biji bawang putih, 
Sosej jika suka

Caranya.

 Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga lumat.

 Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan kemudian masukkan nasi dan kangkung tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam, bila semua dah sebati dan kangkung sudah layu baru masukkan ikan bilis goreng, kacau sebentar dan terus angkat

DONE ^___^

27 Oktober 2011

Resipi - Nasi Goreng Cornedbeef SPECIAL ^__^


Alhamdulillah, sampai jua nak masuk ke n3 kali ni
^__^
tani berkongsi my new resipi ni
campur itu ini, will hasilnya mcm ni lah ehe
SEDAP, sure NYAMAN
^_^

kat rest, mahal ni nasi goreng ni
rasanya $4 plus kot
if tani buat nasi ni, beli je 1tin
1 family boleh makan
adil kan ^_^
tapi f family 10 ppl ke atas, x sure lah cukup lah kan ehe :P

jom try sama-sama

NASI GORENG CORNEDBEEF SPECIAL

Nasi putih sejuk
1 tin besar Corned Beef, dilenyek2
3 ulas bawang putih
cili padi secukupnya ~ jika suka pedas, Siti LOVE tu ~
1/2 bawang besar di hiris halus
sedikit kicap manis abc
garam dan serbuk perasa secukupnya
cendawan butang
Udang ~ jika suka
sayur baby kailan/ sayur pakchoy

Cara Membuatnya:

Tumis cornbeef tadi hingga masak dan kacau selalu hingga kering,
sesudah itu, tumis bawang besar dan bawang putih dan cili padi sampai bau harum.
Masukkan sayur dan udang serta cendawan jika suka. kemudian masukkan
sos kicap dan sesuaikan dengan garam dan serbuk perasa.
akhir sekali barulah masukkan nasi sejuk tadi

DONE ^__^

nda sedar-sedar bertambah nasi siti 2x
^__^
waduh2...gmana mau diet ni

tgk tu, satu kuali besar, siti masak ^_^
cukup untuk member dalam family siti

17 Mac 2011

Resipi - Bubur Ayam ^__^


Sekali sekala makan bubur sewaktu bekfas kan best
selain makan roti2 or bijirin
^___^
so last weekend, sambil2 nak readykan bahan2 untuk dibaking
sempatlah wat bekfas bubur ayam ni
korang can try, simple tetapi ianya cukup mengenyangkan

BUBUR AYAM BERTELUR

1 1/2 cwn beras
1 1/2 inci halia di ketuk
2 sk serbuk pati ayam
Isi Ayam yang sudah di carik2
sedikit garam
1 liter air rebusan ayam
Telur yang digoreng

Caranya:

Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
Bolehlah dihidangkan dengan telur yang telah digoreng dan isi yang dicarik2

DONE ^___^

Makan Bubur with Kastard Telur yang hby owez balikan
SWEET ^___^
WEEKEND yang penuh bermakna ehe

14 Mac 2011

Resipi - Nasi Pilaf Udang Kering BerAyam^__^

Hidang nasi ini sedap makan begitu saja. looks simple tapi ianya penuh dengan
rasa aroma dari kayu manis
SWEET ^__^
actually nasi pilaf ni cuma ada ayam saja,
saja siti
tambah sikit dengan udang kering yang ditumbuk
YUM, lagi bertambah umppph
will korang pun boleh try ikut stok yang ada

NASI PILAF UDANG KERING BERAYAM

4 cawan basmathi
2 labu bawang besar - potong dadu kecil
2 keping dada ayam - dipotong kecil
segenggam udang kering yang ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
150gm mentega
1/4 cawan minyak
air rebusan ayam secukupnya - untuk sukatan beras
garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dan mentega. layukan bawang besar dan masukkan kulit kayu manis dan ayam. kacaukan rata dan biarkan ayam dan udang yang ditumbuk masak. Setelah itu tuangkan air rebusan ayam. masukkan garam secukup rasa. biarkan sehingga mendidih sebelum dimasukkan beras. boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker. Masaklah seperti menanak nasi biasa. Nasi ini boleh dihidangkan dengan masakan ayam masak merah dan yang bersesuaian.

DONE ^__^

27 Februari 2011

Resipi - Nasi Goreng simple Seafood ^__^

Assalamualaikum semua
^__^
Alhamdulillah ND pun dah selesai,
sekejap lagi nak masuk bulan mac lagi
adoi..sekejap saja rasanya uhu
mudahan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang
n going smooth hendaknya amin...
life must go on kan
^.^

will tani cerita pasal nasi siti lak ye ehe
ni untuk dinner kitaorg last 2wks kot
uhu lambat betul nak masuk n3 ^.^
byk yang masih pending sebtulnya
kenalah masuk satu2
^__^
masaklah ikut stok yang ada saja
simple namun berkhasiat


NASI GORENG SIMPLE SEAFOOD

Isi Ayam
Sosej Ayam
3 biji bebola ikan
1/2 kek ikan
1 biji telur
5 biji cili padi
1 biji bawang besar (dipotong)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih dihiris
Cili giling
Nasi putih sejuk
Minyak masak
Garam secukup rasa
Kicap manis

Cara Membuat:

Tumbuk cili, bawang merah dan bawang putih sehingga hancur. Tambahkan sedikit garam ke dalam adunan bawang tersebut. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan cili giling dan bawang yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau. Masukkan isi ayam, udang, sosej, bebola ikan dan kek ikan ke dalam kuali. Kacau sehingga ianya masak dan masukkan telur dan bawang besar. Gaul kesemuanya.
Masukkan nasi dan tambahkan kicap jika perlu. Sebatikan dengan citarasa masing-masing.

DONE ^___^

22 Disember 2010

Resipi - Nasi Beriyani Daging ^__^

Alhamdulillah tercapai jua hajat kan membuat nasi beriyani last weekend
actuallty memang lama dah plan kan membuat
masa je cukup terhad hihi
so asyik tertunda saja ^.^
will, kan sharing jua with my FBan fren, doralin n Cgu Nadia di KB
yang siap requested minta da resipi
^___^
Siti pass membuat mesti korang pun pass membuat jua
asalnya siti takut jua kan membuat, liat da bahan pun mcm payah
hmmm bila dah buat, senang jua rupanya
YEAAA O__O

NASI BERIANI

Bahan

1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
(ada jual kat kedai minimart ^.^)
2 biji buah tomato [potong dadu]
100 gm daun pudina jika suka
100 gm daun sup ] potong kasar]
100 gm daun ketumbar ]
1 liter air
1 cawan susu cair
2 s/b minyak
4 s/b minyak sapi
kismis (untuk hiasan)
garam
1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] hiriskan
2 cm halia ]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara

Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah yg dibancuh dan kacau. Masakkan sehingga naik minyak.
Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sekejap.
Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker. Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi. Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.


Siti - makan dengan daging masak prunes ^__^
YUMMY


ACAR MENTAH

4 biji timur yg saiz kecil/sederhana - buang ditengah2nya
3 ulas bawang merah-dihiris tipis
2 ulas bawang putih-dihiris tipis
1 inci halia-dihiris tipis
2-3 sudu cuka
secubit serbuk kunyit
garam,gula
cili merah dipotong tipis

Cara

Gaul semua bahan yang dihiris dan masukkan cuka
dan serbuk kunyit
sesuaikan dengan gula dan rasa cuka tadi.
gaul sebati semua bahan.
biarlah disejukkan sebelum dihidangkan

DONE ^___^

Siti - f mau nasi beriyani yang simple, resipi pun ada kat belakang paket rempah beriyani
ikut je betul2 arahan membuat
insyAllah mesti success punya

^__^ Good Luck

10 Disember 2010

Resipi - Nasi Kukus Wangi dan Daging Goreng Berkicap Ala Pedas ^_^

Assalamualaikum semua
Salam Awal Muharam 1432
ala...lupa nak greet last tym hihi
alhamdulillah bersyukur jua bertemu lagi di muharam 1432

hi siti..pagi2 dah terpacak depan lappi?
owh...lupa nak cerita, siti cuti tau tym ni
cuti anniv katakan ehe ( jgn jeles ^.^)
fuh punyalah relax je di rumah
sempat menyuping n membaking
^___^

Will harini siti nak update dapur kejap
waduh, agak lama nda lama masakan simple dari siti
asyik dengan baking je hihi
byk pics yang kena tunggu giliran uhu
so yang ni masakan yang simply YUMMYLICIOUS

SWEET ^__^
layanzzz drg ni

DAGING GORENG BERKICAP ALA PEDAS

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih}
1 st biji jintan putih - }ditumbuk
sedikit lada hitam

Daging rebus & goreng 1/2masak - perap dengan kicap

Bahan sampingan

bawang besar hiris
cili padi jika suka

Tumis bahan & jintan sampai naik bau Masukkan daging yang d rendam bersama kicap
Renihkan sekejap sampai daging lembut
Masukkan bawang
Sesuaikan rasanya . Hidangkan bersama nasi kukus ^_^

YUM ^_^

NASI KUKUS WANGI

2 cawan beras
2 cawan air
Sedikit marjerin

Cara
Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap
bila nasi separuh masak, masukkan sedikit marjerin kemudian digaul rata
dan tutup balik kukusan dan masak nasi sehingga masak.
( f kukusan siti, 35-45min)

DONE ^___^

05 Oktober 2010

Resipi - Nasi Goreng Pedas Bercheese ^__^


Kadang bila, dah boring (kes malaz lah ni saja g alasan hihi)
nasi goreng lah jawapnya bila dah lapar
Alhamdulillah jua dapat hby yang cukup memahami
evenpun siti bz baking, hby x pernah desak or mengusut kan makan apa
makan ala kadar je hihi
apa siti masak hby makan dengan rasa bersyukur ( adeh mcm buat karangan ta plg huhu)
cukup bersyukur dapat hby mcm ni hihi
lov u ^_^

BTW resipi kali ani agak berbeza sedikit dari segi rasa
yang membezakan nasi goreng simple siti ni was
bila udang dicincang, so rasa udang cukup meresap kat dalam nasi
wei...korang try, mesti suka punya lalala^_^

NASI GORENG PEDAS BERCHEESE ^_^

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi sejuk

1/2 cawan isi ayam dipotong kecil

3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah ditumbuk kasar

3 biji cili api diketuk

Cheese Cheedar

Beberapa udang dicincang

secubit kiub ikan bilis Knorr

1 sudu kecil serbuk lada putih

2 biji telur

garam secukup rasa

Cara-cara:

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng isi ayam hingga wangi dan keperangan. Jangan angkat ayam, terus masukkan bawang dan cili padi. Goreng lagi hingga wangi. Masukkan udang. Tambah 1/4 cawan air dan biar mendidih hingga sayur layu. Masukkan secubit kiub ikan bilis, garam dan telur. Kacau sedikit. Masukkan telur,biar 1 minit baru dikacau. Masukkan nasi dan serbuk lada putih dan last sekali masukkan cheese. Kacau rata nasi.Rasa nasi goreng,sesuaikan rasa dengan garam (jgn byk coz cheese sudah memadai masinnya)

22 Ogos 2010

Resipi - Nasi goreng Berdaging ^_^


Alhamdulillah sedar nda sedar, dah 2 wks tani berpuasa
bersyukur jua masih dapat berpuasa sampai harini
^_^
Alhamdulillah jua, niat dihati untuk totally memasak
for penyungkaian for juz seminggu
terlaksana jua ehe
coz siti kan meliat mampu ke siti memasak saja
seminggu ani tanpa membali apa2 dari gerai2 ramadan
lalala...lepas ni baru ta dapat meliat gerai hihi
payah rasanya yo kan menahan ati coz taisliur mcm2 tym posa ni
apa2 berkirim saja..
asi ke tu? haha ^_^

anyway, yang ni untuk sahur siti
sayang jua kan dibuang lebihan daging
so masak yg simple jelah
ok layanzzz

NASI GORENG BERDAGING

Bahan-bahannya

2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar dihiris
1 peket Perencah nasi goreng
isi daging yang sudah di rebus
5 cawan nasi sejuk

minyak menggoreng
2 biji telur
kicap manis
garam dan perasa secukupnya


Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dan goreng bawang hingga kekuningan
Masukkan perencah nasi dan goreng hingga wangi
Masukkan daging dan telur
Goreng selama 2 minit
Masukkan nasi dan goreng hingga nasi kering

DONE!!!


siti - biarlah masak simple2 je tym sahur, almaklum
mata ni kalat jua kan memasak subuh2 ehe
^_^


10 Ogos 2010

Resipi - Nasi Kebuli ^_^


Assalamualaikum ^_^
amacam harini? mood ada ok tak? huhu
hai kadang bila mood x ok kat ofis
semua keja pun x selesai2, tulah mood kena set ceria
dari awal pagi sebelum g keja ehe
nway, yang ni juadah bersungkai siti
haha puasa untuk membiasakan perut ni dari berkeroncong
hihi
kes taisliur, huhu baru 1st membuat
alhamdulillah rasanya pass kot hihi
walhal dapat bali kat kedai je
ni kes taisliur masakan tangan sendiri ( adalagi tu) :p

Sempatlah tapaukan untuk jiran sekeliling huhu dapat byk jua
rasanya 4-5 kontena sedang ^_^

NASI KEBULI

BAHAN-BAHANNYA
beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
1400 ml santan
5 cm halia, hiris
1 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan, disimpul
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 camca besar minyak sapi/ Margerin
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*kisar halus)
2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
bawang goreng dan ubi kentang sebagai hiasan

CARANYA

Cairkan minyak sapi dan tumis halia, serai, daun pandan,buah pelaga, bunga cengkih dan bahan kisar halus, masukkan serbuk kunyit dan kacau. Tumis hingga harum. Masukkan beras dan goreng 2 - 3 minit, gaul rata2. Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang santan dan tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa hingga nasi betul2 tanak. kacau seketika untuk mendapatkan nasi yang sama rata masak ^_^