Sekali sekala bekfas dengan nasi goreng pasti sedap kan
^____^
ala...masak sesimple mungkin, maklumlah memasak di awal pagi adalah masa yang terhad
so juz guna saja bahan ringan...
insyAllah kenyangnya sampai ke lunch ehe...like siti lah tu...
Manakala Mr Lov suka makan berat-berat sewaktu bekfas, x yah lunch katanya ehe..
jimat ye cik abang...
jom try kot2 nak menggoreng nasi esok bekfas
^___^
NASI GORENG SIMPLE BERTELUR ^__^
Nasi sejuk
3 biji telur
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit lada sulah
sedikit sos tiram
Butter secukupnya untuk menumis
Garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK :
Kupas semua bawang dan tumbuk sehingga lumat kemudian lerai-lerai kan nasi . Panaskan sedikit butter dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum .
Masukkan 3 biji telur dan kacau telur sehingga masak seterusnya masukkan sos tiram serta kacau . Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan masukkan serbuk lada sulah serta garam secukup rasa.
DONE ^___^
serve lagi dengan hotdog ehe...
SEDAP!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan