Kali ni, kita bekfas dengan ala western, ehe untuk mr lov je lah, siti x masuk lak makan spaggeti ni
pandai masak je ^.^
Simple saja...kebetulan mr lov balik keja pagi, lepas mengganti frennya keja dmlm,
lepas2 selesaikan urusan c pipi tembam siti tu, lil haiqal, get ready dah untuk buat spaggeti mr lov
b4 9.00 dah set, tunggu mr lov balik je..
jom...tukar menu lagi untuk menu bekfas
^_____^
SPAGETTI AYAM ^__^
1 paket Spagetti - direbus
1/2 kilo isi ayam
1 tin besar puri tomato
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
5 sudu makan tomato sos
2 sudu makan sos cili
2-3 sudu minyak
Cara Untuk Buat Sos
Potong dadu bawang besar dan bawang putih. Tomato di mesin dengan sedikit air. Panaskan minyak dalam 3 sudu makan. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan isi ayam yang dicincang dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar dan tomato puree bersama-sama 1 tin air. Masukkan garam.
Masukkan juga oregano, thyme dan cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih dengan api perlahan. Biarkan sos mendidih sehingga pekat sedikit.
DONE ^___^
Siti bekfas special jugak dengan ini
^___^ mee goreng udang..yum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan