Memaparkan catatan dengan label sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sup. Papar semua catatan

22 Mei 2014

Sup Cendawan buat sarapan ^^ sedap utk mak dan anak sekali

last time siti ada buat sup ni as bekfas...pasal....our haiqal suka beno bersup2 ni...

alahai...nanti gemuk air pulak kan haha ;p

tapi resipi sup baru ni...terbaca dalam buku while nunggu di bank
 - lupa eh, buku apa..
baca sekali lintas je...trus ingat ^^

simple but yumhmmmeeeeehhhhh...

siti buat cendawan berkisar,biar haiqal x tau apa jenis sup ni ehe
coz biasanya haiqal x berapa suka benda berketul di supnya...
aiyoooo....

http://eemoticons.net

so picky ma.....

so cari alternatif senang untuk bagi anak mkn, kena kisar....bagus kan ^^

rasanya sesuai untuk anak yang sudah ada gigi, boleh dikurangkan lada hitamnya nanti jika mau ^^


SUP CENDAWAN SEDAP ^^

4 sudu makan tepung gandum
cendawan butang dalam tin - di basuh n di cincang
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2 biji kentang - dipotong kecil
Garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa
telur - siti tambah, bertambah sedapnya ^^
Air secukupnya

Cara memasak :

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih hingga kuning dan naik bau.  Kemudian masukkan kentang dan tunggu hingga empuk. Masukkan cendawan kisar dan biarkan seketika. Setelah itu, masukkan tepung gandum yang dibancuh dan kacau sentiasa. Masukkan cendawan yang dicincang halus. Perasaan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya. Biarkan masak sehingga mendidih dan pekat, kemudian angkat.

DONE ^_________^

so SEDAP ma....

14 November 2013

Sup Ayam BerLada Hitam - menu sihat ^__^


Menu ni sangat sesuai untuk yg mengamalkan diet sihat...bolehlah bykkn lada hitamnya jika mau pedas ehe...
ni terpaksa siti kurangkan coz haiqal pun hirup jugak sup ayam ni...

Alhamdulillah, haiqal sudah makan menu family secara total...cuma dikurangkan dari segi pedas, maklumlah mama siti ni antu pedas haha ;p

ok jom try resipi simple ni
^____^


SUP AYAM BERLADA HITAM ^___^

ayam - dipotong kecil
bawang besar sebiji 
bawang merah 5 biji
bawang putih 2 ulas
halia satu inci
serbuk lada hitam sesudu kecil ~ kurangkan pasal haiqal nak mkn jugak ehe ;p
kentang - dihiris 4
lobak - jika suka
sup bunjut adabi 
garam
minyak (utk menumis)

Cara Penyediaan

 Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan masak seperti sup biasa, letak serbuk lada hitam dan ayam..tuang air dan letak kentang, renehkan sampai masak. sesuaikan dengan garam.

DONE ^___^

03 Mei 2013

Resipi - Sup Ayam sayur Sawi untuk haiqal...

Every weekend , siti suka masak menu bersup untuk haiqal..haiqal suka makan benda-benda yang bersup…tu jadi siti more peka dengan fav haiqal yang satu ni, pelbagai sup will coming next n3 ye 

^__^

SUP AYAM SAYUR SAWI

2 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
Isi Ayam 
Air secukupnya
1 kiub pati ayam Knorr
sedikit garam
sedikit lada sulah
Sawi / Bunga kubis/ Kentang jika suka
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara 

Panaskan minyak. Tumis halia dan bawang putih hingga perang keemasan. Masukkan ayam dan masak selama 5 minit. Tambah air, kiub ayam Knorr dan bahan perasa. Biarkan mendidih, renih selama 10 minit hingga ayam empok. Tambah sayur-sayuran. Mula mula masukkan sawi dan kentang. 

Sesuaikan dengan rasa ^__^ 

DONE ^___^



01 Mac 2013

Resipi - Sup Jagung Ketam - Sup fav haiqal ^__^ yum~~

Yang ni memang fav sup haiqal...lov betul siti bila habis semangkuk siti buatkan
^____^
satu belanga siti buat untuk satu family...
licin~~~

simple je pun tapi berkhasiat untuk family

sgt bersesuaian jugak untuk makanan c kecil yang berumur 1 tahun ke atas..
plus untuk orang tua-tua haha ;p

sekali masak of course jimat kan 
^____^


SUP JAGUNG KETAM ^__^

1 tin jagung krim
1/2 cawan hirisan isi ayam
2 cawan air rebusan ayam
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk pati ayam


Cara Penyediaan :

Didihkan air rebusan ayam. Masukkan isi ayam. Masukkan jagung krim dan kacau.
 Masukkan serbuk pati ayam. Biarkan sup mendidih.
 Pukul telur hingga kembang dan tuang ke atas sup sambil terus dikacau supaya telur tidak berkumpul.
 
DONE ^___^



untuk my haiqal ^___^
versi gaul dengan bubur...

berselera sungguh my haiqal makan ni....alhamdulillah...

21 Januari 2013

Menu Sihat untuk DIET? bolehlah ^.^ sedap bah....

Menu sihat untuk diet? will, bagi siti, bolehlah ye ehe...
juz makan beratah n hirup supnya
YUMMY!!!


SUP UDANG MASAM MANIS ^___^

Udang
Brokoli
Kubis Bunga
Fish Cake
4 bawang putih dicincang
sedikit cili padi
Buah Tomato dibelah 4
1 sdm sos ikan
1sdm air limau kasturi
2 sdt garam
1 sdm gula

Cara Membuat:

Didihkan air seketika dan masukkan bawang putih.
sesudah mendidih, masukan semua bahan kecuali udang dan tomato..
selepas sebati dan masak, barulah masukkan udang dan tomato
Sesuaikan dengan gula dan garam akhirnya.

DONE ^____^

27 Disember 2012

Resipi - Sup Udang Bersayur ^____^ nak lagi...

Last time, siti pegi jogging with my siz, actually saja lah nak keluarkan peluh 
sambil2 tu bawa my haiqal ronda-ronda kat taman jublee...
1st pegi tau...jakun kejap...
ehe...asyik berperap je bila duduk di ofis, so sekali sekala keluarkan peluh kan baik
^____^

will, bila balik rumah, of coz ada rasa lapar
really lapar punya haha...
so x mau makan nasi, liur nak hirup2 sup..
so sup sayur ni lah dibuatnya akhirnya...
licin!! simple2 je lah...main campak2 bahan yg ada di peti sejuk...
^___^
dah x sempat nak singgah kedai....balik trus dari taman...
~~x sanggup i nak singgah bila peluh 1 badan haha ;p~~

ni antara menu sihat untuk diet ~~diet pulak ehe ^.^~~


SUP UDANG BERSAYUR

Udang secukupnya
fish cake
Sayur brocoli
Fish Ball
1 sudu kecil lada putih
Air secukupnya.

Bahan-bahan untuk menumis:

Bawang Merah
1 biji cili merah - dihiris
1 inci halia - dihiris

Penyediaannya:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, cili merah, dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan air secukupnya. Perasakan kuah dengan garam, gula dan  lada putih.biarkan mendidih
Selepas itu masukkan putik jagung, sayur brocoli dan udang.
Selepas kuah mendidih sekali lagi, tutup api. 

DONE ^____^

19 Julai 2012

Resipi - Sup Hati Buyah ^___^

Alhamdulillah nak dekat bulan puasa dah tani ani
^___^
Ya Allah bersyukur atas nikmatMU
diketemukan lagi dengan kedatangan Ramadhan 1433 ni ~InsyAllah~

will, dalam masa nak tunggu bulan posa ni
berpeluang jua siti nak bayar qadha posa last yr
maklumlah bila kan sungkai, taisliur tia mcm-mcm
n antaranya yang ni

SUP HATI BUYAH

simple je lah ehe...mlz nak susah2kan diri yang semakin malas ni ;p

hmmm actually nak beli boleh,cuma tekak ni 
NAK-NAK jugak masakan sendiri ;p

jomlah tani try sama-sama


SUP HATI BUYAH ^__^

Hati Buyah secukupnya
Bahan di kisar
1biji bwg besar,5biji bwg putih,2inci halia
Bahan di mayang/dihiris
2inci halia,1biji putih,4biji bwm merah 
Rempah sup secukupnya
2peket kecil sup bunjut
2inci lengkuas diketuk
minyak untuk menumis
Daun sup - mesti ni ^.^
* siti suka tambah taugeh/ sawi
CARA-CARANYA
 Tumis bahan2 yg dimayang halus sehingga naik bau kemudian masuk sup bunjut,bahan kisar kacau rata hingga kekuningan. Bancuh rempah sup dgn air dan tumis hingga keluar minyak. Masukkan hati buyah yang dihiris  dan masaklah hingga masak ( hilang warna darahnya).  Masukkan lengkuas dan batang sup. Tambah air secukupnya, masak around 1jam. Setelah hati buyah empuk baru dimasuk garam dan perasa. Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
DONE ^___^


25 April 2012

Resipi - Sup tomyam special ^_^

SEDAP sup ni
^___^
korang can try resipi simple gila ni ehe
YUM------



SUP TOMYAM SPECIAL ^__^

Bawang Putih
Serai
Bawang Besar - ditumbuk
Udang
Sayur Bendi
Sosej
Tomato
2 paket sos Tomyam Adabi
sedikit limau kasturi
Garam + Gula secukupnya

CARA MEMBUATNYA 

Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya, masukkan kacang bendi, serai, halia, bawang besar dan cili padi.  Biar mendidih hingga sayur lembut sedikit. Tambah  garam secukup rasa dan secubit gula. Renihkan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan  tomato dan jus limau kasturi, kacau dan sesuaikan rasa

DONE ^___^




20 Oktober 2011

Resipi - Sup Ayam Sayur ^_^

Bila terkenang berat badan naik, barulah bz nak diet2 ni kan ehe :P
adoi...godaan makan ni di mana-mana
tinggal kita je, nak kontrol semua ni uhu

so bila siti terkenang nak diet, antara yang siti suka buat
kini dan sentiasa dengan SUP AYAM SAYUR
+ exercise sikit~ ex sikit pun syukur lah ehehe, BZlah cyg :P~

Masakan ni boleh jugak x payah di tumis
tambah telur pun boleh
SEDAP tu...
Simple2 pun kenyang gak untuk orang diet ni =.='

SUP AYAM SAYUR

1/2 kiub ayam knorr
sedikit halia di tumbuk
segenggam ayam cincang
sayur ~sawi, bunga kobis, lobak n celery~
lada sulah
Tomato di belah 4
Garam dan serbuk perasa

Caranya:

Tumis halia hingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam dan kiub ayam.
Masukkan air secukupnya dan diakhiri dengan semua sayur yang disukai
+ tomato serta sesuaikan dengan lada sulah dan garam + serbuk perasa

DONE ^__^

19 September 2011

dapat hirup sup pun jadilah ^_^


Dalam hidup siti ni, siti sentiasa bersyukur dengan apa yang siti miliki
^_^
sentiasa berpuas hati dengan apa yang siti dapat
mcmana atu jua, aktiviti masak2 siti,
hirup sup pun syukur lah
dari xde apa-apa nak dimakan
~ ni gara2 tgk kanak-kanak kat somalia lah ni ~

sedih kan tgk dalam paper
kekadang, geram jugak bila tgk ada pembaziran berlaku di keliling2 kita
specially bila pegi jemputan open hse
~x pandai mkn, juz left it lah~
tekak x mau menerima kan, so buat apa nak paksa makan
iya tak?
sayang lah bila tgk byk lagi sisa2 makanan tertinggal :(

Sekadar ingatan bersama je
^_^
will...berbalik kepada perkara tajuk,
siti ni hirup sup pun dah kenyang

x payah mkn nasi pun xpe

Sup Sayur tetap jadi keutamaan siti buat di dapur siti

campak je, bawang merah yang di hiris ke dalam air panas di atas kuali
masukkan kiub ayam atau kiub ikan bilis
masukkan any sayur hijau
dan last sekali masukkan telur sebagai pemekat sup tadi serta sesuaikan dengan garam dan perasa

Alhamdulillah...simple je ehe
^_^

08 September 2011

Recap - Penutup Sungkai Puasa kat Pantai Serasa ^_^

Sekadar kenangan siti dalam dapur ni, manatau kot2 siti terlupa
yang mana siti dah complete my outing sungkai tahun ani
^__^
dah out- sungkai, our-sahur dan sungkai kat pantai
YEAYYY
semuanya terlaksana sepertimana yang di planned

Tahun ni, siti planned awal b4 nak mulakan projek raya siti
insyAllah, bila tani plan betul2, pasti ikut acuan
100% will success =.=

selain beli juadah nak bersungkai, sempatlah jugak buat sup special seafood
biasalah siti ni, bila makan suka ada sup ^__^
can try anytime, senang je


SUP SPECIAL SEAFOOD

1 ketul dada ayam - hiris kecil-kecil
1 batang sayur sawi

1/2 tin cendawan bulat
3 biji telur
sedikit isi ikan merah
2 sudu besar sos tiram
sedikit sos ikan
3 cawan air
Garam secukup rasa
sedikit sotong dan udang ~yum...

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam. sotong, isi ikan dan udang, kacau dan biarkan sampai semuanya masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .
Apabila telur sudah masak, kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja.

DONE ^___^
modified from blog masak2....

Sejuk saja mata memandang
tenang jiwa ^__^

sunyi betul tim tu, adalah seorang dua kat pantai
hmm....romantik jugak ehe, tgk keindahan pantai berduaan
eiseymen....

Mr Lov - cukuplah kenyang dengan Kepci ^.^

my fav - Teh C Special ^__^
fuh...kat mana-mana mesti ordered minuman ni

mcm ramai pulak yang nak sungkai kan ehe
walhal couple je makan ni
^,^

taisliur lagi dengan nasi ayam penyet
^__^
area muara pun ada yang sedap

06 Ogos 2011

Resipi - Sup Labu Air sebagai selera Sungkai ^_^

Assalamualaikum ^___^
Slt Berpuasa to my readers yang berugama islam
Alhamdulillah harini dah nak dekat seminggu berpuasa
so far so good kan...

SUP LABU AIR BERUDANG

1 biji Labu Air - dihiris nipis
segenggam udang kering yang ditumbuk*
* Bawang putih - 1 ulas
* Bawang besar - 1/2 ulas
sedikit hirisan lada merah
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
*Siti tambah perasa knorr

Cara memasak:

Tumis bahan bertanda *
Panaskan semangkuk air dalam kuali. Tunggu hingga mendidih.
kemudian masukkan bahan di tumbuk tadi dan masukkan labu air
Masukkan sedikit garam, serbuk lada sulah dan lada hitam secukup rasa.
Sesuaikan dengan perasa.

DONE ^___^


kat Brunei...berbuka puasa is bersungkai
haha...kekadang bahasa yang siti gunakan ni more bahasa rojak
yang penting bahasa melayu lah kan
simple asal korang faham ^___^


22 Julai 2011

Resipi - Sup Daging Simple ^_^

ni gara-gara semua nak xpress, kebetulan siti puasa last week,

alahai tekak ni taisliur nak jua berbuka dengan sup ( yang lain dah siap ehe)

malaz nak jln g restoran, tgk2 ada sedikit bahan kat esbok, jadilah sup simple ni

sedap masakan my berbuka

Alhamdulillah

SUP DAGING SIMPLE

Daging dan sedikit tulang
4 biji bawang merah- dikisar
1 labu bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih -dikisar
1 1/2 inci halia – di kisar
rempah 3 sekawan
Air untuk sup
garam
serbuk perasa

Cara-cara

Rebus tulang2 bersama daging hingga empuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan. Kemudian curahkan bahan tumis bersama minyak2nya ke dalam rebusan daging tadi. Masak lagi hingga mendidih dan sesuaikan rasa.

DONE ^__^

06 April 2011

Resipi - Sup tulang Simple Siti ^__^

Assalamualaikum semua
apa kbr semua? hmmm rasanya agak lama jua siti menyepi
ehe...x lah lama sgt, ni n3 bulan april
SWEET sgt lah tu, bru muncul ehe
bukan apa, kesihatan siti x berapa mengizinkan
demam pulak seketika last weekend
minta maaf lah ye to those yang nak order, terpaksa siti tolak uhu
harap difahami ye ^,^

ni alhamdulillah berkat Mr Hby menjaga ehe ^,^
bertambah sihat siti dibuatnya
SWEET ^___^
dapatlah siti bersiaran seperti adanya
menu siti waktu demam, yum... main hirup2 je
nyman rasa tekak kita dibuatnya..

SUP TULANG SIMPLE

Tulang lembu/ Tulang Ayam + isi sedikit pun boleh ^.^
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (d ketuk)
4 rempah sekawan/ sup bunjut mak siti pun ok ^,^
3m halia
Ubi kentang jika suka

Tumiskan bawang putih, bawang besar, kayu manis, bunga lawang,pelaga dan halia sampai naik bau @ kekuningan. Kemudian masukkan tulang dan tumiskan sekejap sebelum masukkan air. Masaklah sampai tulang empuk ^_^

Taburlah daun bawang n bawang goreng jika suka.

( siti x tambah, xde stok uhu ^,^)

DONE dah menu sesimplenya dari siti n_n

24 Ogos 2010

Resipi - Sup Sayur Berudang ^_^

Kadang dah terbiasa, bila makan mesti ada benda nak dihirup
ehe aka SUP lah tu
setiap kali bersungkai mesti ada sup, x kisah
sup simple asal ada ^_^

SUP SAYUR BERUDANG

Bahan-bahan

Udang
carrot
bunga kobis
chicken meat ball
kiub pati ikan bilis
3ulas bwg putih(dimayang)
1 labu bwg besar(dimayang)
sedikit sos tiram
sedikit sos lada
Tomato ^_^

Cara-cara:
Tumis bwg putih dan bwg besar hingga naik bau,masukkan air,then masukkan kiub pati ikan bilis,masukkan udang dan sedikit sos tiram then bila menggelegak masukkan sayur, last sekali masukkan chicken meatball dan tomato tadi.

07 Julai 2010

Resipi - Sup Ayam Santai ^_^

kadang bila tekak kan minum sup ayam..terpaksa ta jua singgah
ke kedai membali bahan hihi, tau ajelah kdg stok
dalam peti emas siti ani kehabisan stok hihi
everyday makan huhu
so bali yg sekadar saja ^_^
bahan pun yg senang dapat di kedai
so x yah susah2 lompat dari satu kedai ke satu kedai
^O^


SUP AYAM ^_^

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
air - utk merebus
daun sup dan daun bawang secukupnya - dihiris ( jika suka), siti ala kadar je hihi
4 camb minyak
4 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 cm halia - dikisar

Bahan rempah (dikisar jadi serbuk):
2 camb jintan manis
1 1/2 camb jintan putih
2cm kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang atau 1/2 kuntum
1 kuntuk bunga cengkih

cara:

1. rebus ayam dengan air hingga mendidih
2. perlahankan api dan renehkan hingga ayam empuk
3. keluarkan ayam dan sukat air rebusan sebanyak 1.5 ltr dan ketepikan
4. potong ayam menjadi kepingan kecil
5. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
6. masukkan pula rempah kisar dan sedikit air rebusan
7. kacau hingga naik minyak dan wangi
8. tuangkan baki air rebusan dan kacau sekali sekala hingga mendidih.

DONE !!!


16 Februari 2010

Resipi - Sup Sayur Masam Manis


ni bukan hasil tangan siti ye, ni siti nk ajar my lil sis masak, masak simple2 ja..coz selama ani, asyik siti ja yg buat, ehe dia tau makan ja..last2 dalam keadaan keterpaksaan siti ajar my lil sis masak..huhu memang paksa habis ehe..

my lil sis dah 11thn, xkan tau masak mee goreng paket ja..esok lusa bila kawin baru ta kan kakai2 (apakaz stardard malay ye ehe), bagi siti, tangan mesti dah tatih memasak tym kecik2 coz bila dah kawin, tani jadi relax ja buatkan untuk hby, nda ja ^_^..siti dah tym sek dah biasa memasak, ala masak simple2 ehe bila dah kawin masak xtreme2 ehe ^_^

dan satu lagi siti nk biasakan my lil sister ni biasa kat dapur, siti kuat membebel dari my mom ehe (selalu nk manjakan my sisz), biarlah bebelan siti ni melakat arah otak my sister untuk mengasah lagi teknik memasak huhu ( biar membebel masani dan jangan nanti dia membebel kat tani, kan tanya mcmana kan masak ani atu) ..apa2 biarlah bab memasak2 ni hasil tangan tani sendiri, nda ja..nda jua kan hasil tangan maid tani untuk bagi makan hby n anak2 tani ryte?membebel lah untuk kebaikan ahli famili tani.. takut2 suatu hari tani will rugi ( siti nk kongsi lepas2 mendengar pengalaman kwn siti sendiri,yang hby nya lebih suka f maidnya masak,so dalam hal ani, sapa yg rugi) i knw segelintir org x mahir di dapur lepas2 kawin, coz maid ada, so serahkan segalanya kat maid.. tani nda semestinya perlu mahir, mcm siti sendiri, siti masih ada ruang nk belajar dan belajar bab di dapur ani ( antara tujuan siti nk buka blog ni,nk kongsi2 pengalaman ehe)..

biarlah air tangan tani yang memasak, seperti siti terapkan dalam hidup siti, siti memasak untuk hby (my priority) n famili siti..jgn plg terbalik, mom or mertua plg yang memasakkan tani n hby..sekali sekala bolehlah ye..tapi bukan hari-hari!!...nda jua kan makan nasi katok saja kan ehe ( kalau taisliur apa salahnya kan ^_^)

siti nk beri pengingatan saja, bukan nak sindir-sindir org or nk umpat-umpat org..memang xde niat, sekadar nk berkongsi pengalaman kwn siti sendiri ( my frez yg beria2 suruh siti kongsi sebagai inisiatif tani dalam memberi kesan terbaik dalam hidup berumahtangga).

Madah Mutiara dari Siti ^_^
Jadilah Isteri Terbaik masa ini ,kelak nanti jadi isteri Mithali ^_*

adoi ma, panjang membebel lepas bercuti ni ehe..meh layanzz hasil my lil sister ^_^

SUP SAYUR MASAM MANIS

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
Beberapa Sosej
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
3 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. kemudian masukkan sosej dan masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

17 Januari 2010

Resepi - Sup TomYam Simple



actually yang ani really simple siti buat, coz kes emergency kan keraja ptg huhu...so taisliur tia jua kan makan sup tomyam, kan membali dkedai mesti lambat siap maklumlah lunch tym kan ehe..nda mo meramai2kan restoran, kena buat sendiri lah ye...sup tomyam campak2 ehe..sayur ada n udang n cendewan ada ehe...ani andang feberet siti banar ni, sup tomyam..dalam seminggu mesti buat ni...coz ada rasa manis,masam n of course pedasnya ^_^

SUP TOMYAM SESIMPLENYA

3 SB tom yam paste
serai
2 liter air
2 biji cili api ( boleh tambah jika suka pedas)
udang basah
sayur-sayuran ( tomato, broccolli, cauliflower, lobak, cendawan, kubis jika suka)
garam
Daun limau purut

Cara-cara

Didihkan air, dan masukkan serai yg di ketuk bersama cili api...
Masukkan Tom Yum Paste..
Lepas tu masukkan udang dan biarkan mendidh dalam 3 minit..
Masukkan sayur- sayuran, didihkan dalam 1 minit dan tutup api...
Letak garam

Siap untuk di hidang...TARAAA.... siap untuk lunch siti..simple kan :)

28 November 2009

Resepi - Thai Style Tom Yam Pak


ni antara my hby' ferebet, lauk liking
my style is like bahan biasalah kan, tapi yang nda samanya (mayb lah), style siti is mesti berjemur seharian ehe..baru tia krap krup dmakan...f hby, mesti ask for more lauk liking siti ehe :) lauk jarang gigi lah n lauk kuasi yang sodap untuk diliking :)


ni utk dinner dmlm huhu, antara side dishes kitaorg, ye ha..mesti ada sup baru tia terangkat liur kan makan ehe...sup thai Sytle...byk style sup dalam simpanan siti ani, so ani siti try yg baru...quite sodap jua :),kelurusan jua byk stok sayur n udang...so jadi ta hidangan kami ehe, hot n spicy ni sup ani..nda pedas ukan tia namanya Thai Sytle, right? ehe..happy trying :)


THAI STYLE TOM YAM PAK

Bahan-bahan

3 1/2 cwn stok ayam
3 thin slices lengkuas muda
2 keping daun limau purut (kaffir lime leaves)
1 btg serai - di titik
2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 sb roasted chili paste (roasted tom yum paste)
2 sb sos ikan (fish sauce)
3 sb jus limau nipis
4 biji tomato - dibelah empat
6 biji Thai chilies
10 cendawan tiram segar (fresh straw mushrooms)
Udang secukupnya
Isi Ikan secukupnya
1 cwn bunga kobis - dipotong sederhana besar
1 cwn putik jagung muda (baby corn) + lobak merah (carrot) - dipotong panjang
1 sb daun ketumbar (cilantro) - dicincang
1 sb daun bawang (spring onion) - thinly sliced

Cara-cara

Panaskan stok ayam di dalam kuali. Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis. Masukkan pula bunga kobis, udang,isi ikan, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram. Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
Boleh dihidangkan.

PS: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

18 November 2009

Resepi - Sup Ayam Siti


huhu my sup baru masak dari dalam belanga huhu..ni aktiviti masak2 hari minggu lepas..actually memang nk wat awal pagi, since famili dari KB turun, so kena buat mlm lak..kan siti tengah diet masani adeh kasitau lagi 2 huhu..menu sihat lah ni...kurangkan minyak je lah ye coz sup ni pun dah ada lemak tersendiri, lemak ayam kan :)kalau kasi hby, xde makanan sampingan pun xpe, sup ayam je pun dah org kata,makan nda nampak telinga ehe...berhirup saja...ok meh layazzz sup siti kali ani :)

SUP AYAM SITI

* 1 ekor ayam potong 16
* 1 labu bwg merah
* 2 ulas bwg putih
* 1 inci halia
* sebatang kulit kayu manis
* 4 kuntum bunga cengkih
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 iji buah pelaga
* 2 bj kentang
* 1 btg lobak
* 1 mangkuk air panas br masak
* lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
* daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah.
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup.