Memaparkan catatan dengan label Makanan C Kecil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan C Kecil. Papar semua catatan

22 Mei 2014

Sup Cendawan buat sarapan ^^ sedap utk mak dan anak sekali

last time siti ada buat sup ni as bekfas...pasal....our haiqal suka beno bersup2 ni...

alahai...nanti gemuk air pulak kan haha ;p

tapi resipi sup baru ni...terbaca dalam buku while nunggu di bank
 - lupa eh, buku apa..
baca sekali lintas je...trus ingat ^^

simple but yumhmmmeeeeehhhhh...

siti buat cendawan berkisar,biar haiqal x tau apa jenis sup ni ehe
coz biasanya haiqal x berapa suka benda berketul di supnya...
aiyoooo....

http://eemoticons.net

so picky ma.....

so cari alternatif senang untuk bagi anak mkn, kena kisar....bagus kan ^^

rasanya sesuai untuk anak yang sudah ada gigi, boleh dikurangkan lada hitamnya nanti jika mau ^^


SUP CENDAWAN SEDAP ^^

4 sudu makan tepung gandum
cendawan butang dalam tin - di basuh n di cincang
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2 biji kentang - dipotong kecil
Garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa
telur - siti tambah, bertambah sedapnya ^^
Air secukupnya

Cara memasak :

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih hingga kuning dan naik bau.  Kemudian masukkan kentang dan tunggu hingga empuk. Masukkan cendawan kisar dan biarkan seketika. Setelah itu, masukkan tepung gandum yang dibancuh dan kacau sentiasa. Masukkan cendawan yang dicincang halus. Perasaan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya. Biarkan masak sehingga mendidih dan pekat, kemudian angkat.

DONE ^_________^

so SEDAP ma....

15 Mei 2014

Ayam masak kicap - simple untuk our Haiqal ^^ lovin it

Kekadang siti tersilap bila bab memasak untuk ckecil umur di bawah 5 tahun ni

adoi...maaf ya nak...

maklumlah mama haiqal ni suka makanan pedas2..tu kdg terlupa memasak untuk SATU family...

so...secara kebetulan buat ni, time weekend..so senang buat dua kerja...

satu buat khas untuk mr haiqal n satu untuk kami laki bini ^^

biasalah...satu pedas n satu x pedas untuk our haiqal...

semangkuk ni mr haiqal ratah plus kentang2nya sekali...

bagus nak ^^ hurreeeeyyyy.....

nanti lagi mama masak yang sedap2 untuk haiqal ye...janji haiqal mesti makan haha ;p
~paksa tu ;p~


AYAM MASAK KICAP ALA HAIQAL'

Ayam yang dipotong kecil , khas untuk ckecil ^^
sedikit halia muda
Bawang putih di cincang
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar penuh sos tiram
4 camca besar kicap manis
1 camca besar kicap cair
ubi kentang - di potong kecil
4 kepala rempah

CARA MEMBUATNYA:

Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan halia muda, bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan ayam yang dipotong dan goreng sekejap. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair, kacau rata dan masak sekejap.

 Masak dengan api sederhana hingga masak. sesuaikan dengan perasa dan garam.

DONE ^_____^



Alhamdulillah....fav haiqal sama je with his mama, suka masakan masak kicap ^^

13 Mei 2014

Pizza Telur ^____^ SEDAP...Mr HaiQal jilap pinggan ehe ;p

Idea untuk main masak-masak yang sgt simple ehe
^_________^

simple tapi tetap berasap dapur ^^

Hari isnin biasanya jadi hari bermalasan nak masak yang lebih2 ehe ^^

so semlm, juz goreng telur special ni n goreng wings bermadu, nanti siti kongsi yang tu pulak ye ^^

Our 2yrs-noty-picky Mr Haiqal amat suka with simply SEDAP telur ni...
haha...blhlah mama masak selalu ni ;p 

can Babah Haiqal? haha...

sekali sekala je ye ^^


TELUR GORENG SPECIAL ^_^

4-5 biji telur
3-4 biji ubi kentang
4 batang sosej
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk eregano
1/2 cawan susu full cream
Segenggam parutan keju cheddar
Tomato

CARA MEMASAK :

Kupas semua ubi kentang dan dipotong dadu kecil2 . Sosej pun dipotong kecil dan bawang putih serta bawang dicincang halus.  Panaskan sedikit minyak dan tumis dulu semua bawang hingga wangi dan masukkan semua ubi kentang serta oregano dan goreng hingga ubi kentang menjadi lembut . Kemudian masukkan sosej dan biarkan sampai semua sosej masak. Ratakan campuran ubi kentang serta sosej ni supaya sama banyak . Pukul semua telur dan masukkan semua susu , cheese cheddar dan sesuaikan rasa. Kemudiam masukkan semua telur dalam frying pan yang ada ubi kentang tadi . Rata adunan telur dan biarkan kedua-dua bahagian telur dadar ni masak sebelum dihidangkan .

DONE ^___^

http://eemoticons.net


25 April 2014

Cucur Ayam ala MAMA Haiqal...siti lah tu ehe ^^

bila korang xde idea untuk bekfas n kes malas kan keluar bli bekfas di kedai like siti ^.^

tgk2 bahan di icebox....kot ada isi ayam...tepung mesti ada ehe...nama kan buat cucur ^^

jom...buat bekfas untuk c cinta di rumah 

senang je babe ^^

http://eemoticons.net


CUCUR AYAM ala MAMA HAIQAL ^^

Isi Ayam secukupnya - dicincang ^^
1 biji telur
Tepung secukupnya
sedikit Cili kisar - sikit je untuk toddler ^^, 
Bawang Besar - di cincang
serbuk soda bicarbonate
sedikit kiub ayam

CARANYA

Gaulkan Ayam cincang dengan sebiji telur dan kiub ayam ke dalam tepung yang diayak. Masukkan Bawang besar n Lada kisar, gaul sebati...biarkan 15-20min...

 Goreng mcm buat cucur biasa di atas api yang slow...

DONE ^_______^

licin....babah n haiqal makan sepinggan ehe...tu yang jadi semangat siti menggoreng2 tu ^^



adunan yang dibiarkan 15-20min ^^

15 April 2014

Nasi Goreng Ala Cina untuk our Haiqal ^^

Bila Mr Haiqal meningkat besar, now dah 2 tahun 5 bulan...

so demand dah masani

bab makan pun dah pandai memilih uhu...

jenuh mak memasak nak oi, bila ko x makan uhu...

tapi kan...

lately, haiqal suka makan nasi goreng...boleh habis piring kecil ^^

Alhamdulillah...satu peningkatan yang buat siti happy dan bersemangat memasak untuk haiqal hee...

btw mr haiqal suka bercacah sedikit sos lada ehe...dah ikut mummynya dah tu


NASI GORENG ALA CINA ^^

1 mangkuk nasi sedikit lembik
1 ulas bawang putih - dicincang
sedikit bawang besar - dicincang
sedikit isi dada ayam
sosej - dipotong serong
sedikit kicap abc
1/2 biji telur

CARANYA

Tumis bawang dengan sedikit minyak sehingga wangi dan lembut, masukkan dada ayam n sosej. Setelah dada ayam masak, masukkan telur n sedikit kicap kacau sehingga telur betul-betul masak, masukkan nasi. kacau sebati. 

DONE ^____^


http://eemoticons.net

06 Jun 2013

Bubur Special Daging - khas untuk bekal haiqal ^__^


Actually juz untuk kumpulan resipi menu ckecil siti nak kumpul here
^___^
ni antara menu haiqal sewaktu umur haiqal di bawah...ehe...soe ma...chef siti asyik bz je..
sampai x sempat nak update blog uhu ;p

now haiqal dah makan menu family, cuma masih dipantau dari segi rasa dan bentuk..
x mau kasi yang keras2..biar lembik2 sikit, senang untuk penghadaman
^___^


Seset siti beli untuk bekal haiqal
so KIUT ma....
^___^



BUBUR NASI DAGING SPECIAL ^_^

1 1/2 cwn beras 
sedikit halia di cincang
 1 kiub pati ayam
isi daging yang dicincang
sedikit garam
tomato dan ubi kentang - dipotong halus
1 liter air

sedikit minyak bijan - untuk titisan

CARA PENYEDIAAN ^__^

Rebus daging hingga empuk. Air rebusan ayam jgn dibuang.
Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit.Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam, tomato dan ubi kentang dan sedikit garam.

DONE ^___^

25 Mei 2013

Bubur Nasi Daging - Licin Haiqal makan ^__^

Menambah koleksi menu makan untuk ckecil 
^___^
suka amat siti bila weekeed tiba...
mcm2 aktiviti siti buat sepanjang 2 hari off ni...
nak jalan2 with haiqal...bawa main2...gaduh2...pujuk2...hahah ;p

Wah...Anak segalanya bagi kami dua masani
Alhamdulillah...


Sup fav haiqal - sup sayur ^___^


BUBUR NASI DAGING ^___^

Beras 
Ubi kentang - potong dadu
Bwg putih - dicincang
daging - direbus dan dicincang
Air secukupnya
Garam
Serbuk perasa
Minyak bijan
Daun sup

Cara Penyediaan ^_^

Beras dibasuh dan direbus dgn air hingga beras separuh hancur. Masukkan daging direbus tadi ,ubi kentang dan bwg pth dan masak lg hingga beras betul2 hancur. bubuh sedikit garam dan perasa . bila dh cukup rasanya, tutup api dan titiskan beberapa titik minyak bijan.

DONE ^___^


p/s - Siti pun suka makan bubur ni as bekfas, SEDAP!!!
Anak makan, omak makan jugak ehe ;p

23 April 2013

Spagetti goreng simple untuk haiqal ^__^


Simple je ni, juz butter dicairkan, masukkan bawang putih yang dicincang,
kemudian goreng bersama spagetti yang direbus, sesuai rasa dengan CUKUP RASA then angkat

goreng di kuali yang sama, sedikit sosej yang dihiris halus,
goreng tanpa minyak

DONE ^___^

alahai anak siti ni suka makan yang simple, x suka susahkan mak dia ehe ;p
BAGUS...
apa je yang di masak, haiqal x cerewet, 
like daddy, like son

^____^

21 April 2013

Nasi Goreng pertama untuk Haiqal sayang - LICIN!!!


YES, benar....inilah nasi goreng pertama untuk haiqal ehe...
alhamdulillah so far dah byk gigi haiqal dah tumbuh ~malas dah nak kira,takut kena gigit hee,
 so menu family sudah sesuai untuk haiqal..
cuma terhad bagi menu pedas ehe...jgn mengada-ada ye ;p

x sangka, haiqal suka nasi goreng mcm daddy hazrul
yeay....sonanglah keja nanti, masak untuk mr lov masak untuk c haiqal jugak kan
^____^


NASI GORENG KICAP HAIQAL ^__^

Isi Ayam di cincang halus
1 sudu besar bawang - dihiris halus
3 sudu besar sos tomato
1 biji telur
sedikit kicap
Garam secukup rasa
sedikit butter untuk menumis

Cara membuatnya

Cairkan butter dan tumis bawang besar. Masukkan ayam. Goreng sehingga separuh masak.
Masukkan bawang kisar dan kicap serta kacau rata. Kacau dan tunggu hingga nampak garing. Pecahkan telur. kacau telur tu sehingga masak.
Masukkan nasi putih. Taburkanlah garam.

DONE ^___^

02 April 2013

Bubur Jagung untuk Haiqal sayang ^___^

Di buat khas untuk my haiqal, actually nak carrot or brokoli, rupanya my haiqal ni x suka brokoli lah ehe...time haiqal 1st makan solid food, ok je pun tapi now haiqal dah tolak ke tepi sayur ni uhu...xpe nak, byk lagi sayur u will try makan k ehe ^.^

Sgt sesuai untuk baby dibawah 1 tahun

Kita as new mama, kena peka dengan fav anak-anak kita, bukan apa, every anak pasti saja ada fav makanan tersendiri, x kisahlah buah atau sayur…x pe…masak sekali, kalau anak x suka, kita try new resipi lagi...alah bisa tegal biasa kata orang ^__^..lama-lama anak akan terbiasa dengan masakan baru kita setiap hari…




BUBUR NASI BERJAGUNG
Beras 1 cawan
Isi Udang - dicincang
½ tin creamy jagung
Air yang telah ditapis
garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan beras, masukkan semua bahan dan masak sampai hancur menjadi bubur. Kacau dengan kerap ye.


DONE ^___^ 

** Mak budak pun join makan jugak ehehe...sedap!!




Mcm siti kan, sekali haiqal x nak makan, siti try lagi sekali, siap kasitau
”rasa dulu sayang” later n on, haiqal suka jugak akhirnya ehe..~ kes paksa-paksa manja kan haha~~

Ni lah tempat fav haiqal makan, di ruang tamu sambil layan tgk astro, of coz cartoon je all the time ehe...kita-kita ni pun join tgk jugak ^__^

Haiqal dah makan mcm mummy siti ni ehe, makan kena ada sup ^___^

20 Mac 2013

WedNesday Wordless - Kudapan untuk Haiqal ^__^


Ni antara fav' haiqal...penuh khasiat..

Perisa buah peach..siti try pun sedap jugak ehe...

^____^

10 Mac 2013

Resipi - Bubur Nasi Isi Ayam Putih ^_^ Makan pun kena bebubut..

Bila dah cuti ni, siti suka buat xperimen buat bubur, sepanjang hari bersama haiqal
^____^
lov being a mom...manis rasanya kan
Alhamdulillah, Allah Ta'ala beri peluang siti jadi seorang ibu...~malas nak stori part ni uhu -.-~

btw ni antara bubur yang jadi fav haiqal sepanjang siti cuti...
ntah kalo dua minggu siti cuti, memang 2wks jugak ada saja bubur baru untuk haiqal ehe

jom..korang boleh try, kot2 ur baby suka ^.^


BUBUR NASI ISI IKAN PUTIH ^__^

Beras yang telah dibersihkan
Isi Ikan Putih
Bawang putih
lobak merah
sedikit garam

Cara Penyediaan

Masak semua bahan mcm biasa, masuk semua bahan kesemua bahan dan masak hingga bubur kadi lembut
^____^

01 Mac 2013

Resipi - Sup Jagung Ketam - Sup fav haiqal ^__^ yum~~

Yang ni memang fav sup haiqal...lov betul siti bila habis semangkuk siti buatkan
^____^
satu belanga siti buat untuk satu family...
licin~~~

simple je pun tapi berkhasiat untuk family

sgt bersesuaian jugak untuk makanan c kecil yang berumur 1 tahun ke atas..
plus untuk orang tua-tua haha ;p

sekali masak of course jimat kan 
^____^


SUP JAGUNG KETAM ^__^

1 tin jagung krim
1/2 cawan hirisan isi ayam
2 cawan air rebusan ayam
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk pati ayam


Cara Penyediaan :

Didihkan air rebusan ayam. Masukkan isi ayam. Masukkan jagung krim dan kacau.
 Masukkan serbuk pati ayam. Biarkan sup mendidih.
 Pukul telur hingga kembang dan tuang ke atas sup sambil terus dikacau supaya telur tidak berkumpul.
 
DONE ^___^



untuk my haiqal ^___^
versi gaul dengan bubur...

berselera sungguh my haiqal makan ni....alhamdulillah...

18 November 2012

Resipi Bubur Ikan + Labu ^__


Sebagai koleksi menu di dapur siti, sepanjang membuat solid food untuk c haiqal
ehe..alhamdulillah hanya yang berkhasiat dibuat untuk my lil1
^____^
so far haiqal kuat makan...
pantang tgk orgn nak makan, pasti nak join makan jugak ehe...


BUBUR IKAN + LABU ^__^

Beras yang dikisar
isi ikan merah
Labu kuning - dihiris halus
sedikit tomato

Caranya 

Beras + isi Ikan + Tomato + Labu di rebus hingga masak


11 November 2012

Makanan SIHAT untuk haiqal ^___^ Western pulak ehe...

Alhamdulillah, hari demi hari haiqal cukup membesar dengan sihat..
so far susah betul, demam nak hinggap kat badannya
insyAllah berkat doa seorang ibu, insyAllah any penyakit pasti ada penawarnya
^____^
nanti siti kongsikan supplemen untuk haiqal ambil setiap hari
will, x kisahlah berbelanja sedikit untuk our anak kan

yang ni nak share kentang salmon untuk haiqal makan
amat sesuai untuk 8 bulan ke bawah
^___^ 
penuh khasit dengan isi ikan didalamnya...

jom try sama-sama...


KENTANG SALMON ^___^

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju ceddar 1 keping
Brokoli 2 pokok kecik
Salmon yang dihiris halus

Cara membuatnya

Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli + salmon sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

06 November 2012

Idea Oat untuk haiqal ^____^ licin...


Bila siti jalan ke mana-mana, siti juz standby je bawak bekal Oat + Biskut ni
juz put dalam beg haiqal 
^___^

Btw Oat untuk bayi ni ada 2 jenis
satu jenis regular oat n satu lagi, rolled aot...
juz adding susu formula untuk membancuh aot ni
^____^ YUMMY!! siti dah tried sendiri ehe...

Tujuannnya, antara lain,
hmm.. biasanya kami laki bini ni
bila nak makan kat rest, anytime, anywhere..
biasanya x terancang...
tau ta di rest, xde makanan sesuai untuk baby

so yang ni antara sebab untuk tani as parents 
standby anytime untuk baby tani
^___^
ngeee....everythg kena awas dah masani

04 November 2012

Oat + Biskut untuk haiqal ^___^ suka bekfas gini...


Price di Brunei, $5 plus je..
^____^



Sekadar nak share makanan sesuai untuk bayi di bawah 1 tahun
selain bubur nasi, oat n biskut pun boleh kan

so far, pelbagai idea siti gunakan, selain bubur nasi,
alternatif cari oat n biskut dapat jugak akhirnya ehe...
pasti belurih di mana-mana...

Yang pasti , cKecil mesti suka punya
^____^

27 Oktober 2012

Mamam untuk haiqal lagi - Bubur Nasi Ubi Kentang + Ayam ^.^





Bubur Nasi Ubi Kentang + Ayam ^__^

Beras yang dikisar
Ubi Kentang di hiris halus
isi ayam
1 helai daun bawang
sedikit bawang putih 
secawan air

Siti tambah sedikit carrot ^.^

Cara membuatnya

Rebus beras + Ubi kentang + Isi Ayam dalam periuk kecil dengan air secukupnya.
Setelah masak, masukkan daun bawang yang dicincang halus. Jerang sebentar.

DONE ^____^

Haiqal suka ni...

15 Oktober 2012

LOVE dengan nafsu makan haiqal ^__^ bagus sgt....




Sekadar nak share, resipi solid food sebatah ni siti buat untuk my haiqal 
^____^
my haiqal cukup makan sebatah ani ~kekadang nak lebih makan lagi tu, uhu no syg, kecik je x leh makan byk sgt ehe, ntni kenbung perut pulak ^.^~

Mcm-mcm variasi bubur siti try nak haiqal makan..
alhamdulillah, so far haiqal x menolak apa saja yang disuapkan ke mulutnya ehe...
~ good boy haiqal ^__^~

btw yang ni

Beras + Kurma + Ubi kentang + carrot

Caranya :

semua bahan di atas dimasak dengan air secukupnya. sesudah itu, dikisar untuk lil1 makan
^___^

Sesuai untuk baby di bawah 8 bulan n belum tumbuh gigi ^.^

10 Oktober 2012

Another version lagi bubur untuk haiqal ^__^ haiqal kuat makan tau!!


Menjadi seorang mummy ni, kena pandai mempelbagaikan menu untuk ckecil
ala...simple saja pun xpe...asalkan ianya penuh khasiat untuk durang ni
^____^

kena berani mencuba, cuba sedikit dulu, kalau ckecil menunjukkan reaksi x menyukai menu tersebut
try lagi lepas tu, mayb ckecil ingin menikmati terlebih dahulu menu tersebut 
ehe...nak feel jugak kan ;p

Last-last pasti suka...
yeayyy....kalo licin, lagi siti suka...tu yang menjadikan mummy siti ni more digging ilmu lagi..



BUBUR + LABU + BROKOLI

Beras - dikisar
sayur labu kuning
sedikit brokoli
sedikit garam

Caranya :

Beras + Labu + Brokoli di masak bersama hingga menjadi bubur, akhir sekali tambah sedikit garam

DONE ^__^ untuk chaiqal makan...

SUP AYAM + LOBAK

Air secukup
Isi ayam 
Lobak - dihiris kecil

Caranya:

Air + Isi ayam + Lobak direbus bersama, sesudah siap, angkat dan simpan di bekas tahan panas
^___^ DONE lagi...


yeayyy...ready untuk bekal haiqal jalan-jalan
^___^ ikut mummy daddy ni ronda2...