Memaparkan catatan dengan label Menu Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu Sihat. Papar semua catatan

26 Jun 2014

buat kek pisang - sedap ^^ gebu je....

Last time, terbeli byk pisang, konon nak jemput-jemput pisang...

ehe last-last buat kek pisang je...kek ni guna 5-6 sisir pisang...cukup padat rasa pisangnya ^^

sedap~~~ sgt sesuai untuk minum petang...



 KEK GEBU PISANG ^_^

1 1/2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1/2 cawan gula
2-3 SK Susu manis
5-6 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

CARANYA:

 Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

 Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai,

DONE ^___^

21 Mei 2014

JJCM - Eileen's Sandwish cafe ^^

Alhamdulillah...akhirnya sampai jua hajat kan makan sandwish ala2 omputih ni ehe ;p

bukan main nak lunch ala western ^^

sekali sekala kan....bukan selalu ^^

btw nak cerita, cafe ni di bangunan CITIS squ,
area berakas serusop...

byk pilihan untuk sandwish gini...

SEDAP....sesuai utk orang yang mementingkan kesihatan...

menu sihat katakan ^^
comel..comel..comel..


menu di cafe ni ^_______^

bolehlah chill2 nanti di sana ^^


siti juz bli separuh sandwish...
tu pun siap share with my lov...alolo...c cinta x blh lupa haha ;p

topping boleh tambah jika suka ^^


25 April 2014

Cucur Ayam ala MAMA Haiqal...siti lah tu ehe ^^

bila korang xde idea untuk bekfas n kes malas kan keluar bli bekfas di kedai like siti ^.^

tgk2 bahan di icebox....kot ada isi ayam...tepung mesti ada ehe...nama kan buat cucur ^^

jom...buat bekfas untuk c cinta di rumah 

senang je babe ^^

http://eemoticons.net


CUCUR AYAM ala MAMA HAIQAL ^^

Isi Ayam secukupnya - dicincang ^^
1 biji telur
Tepung secukupnya
sedikit Cili kisar - sikit je untuk toddler ^^, 
Bawang Besar - di cincang
serbuk soda bicarbonate
sedikit kiub ayam

CARANYA

Gaulkan Ayam cincang dengan sebiji telur dan kiub ayam ke dalam tepung yang diayak. Masukkan Bawang besar n Lada kisar, gaul sebati...biarkan 15-20min...

 Goreng mcm buat cucur biasa di atas api yang slow...

DONE ^_______^

licin....babah n haiqal makan sepinggan ehe...tu yang jadi semangat siti menggoreng2 tu ^^



adunan yang dibiarkan 15-20min ^^

15 April 2014

Rezeki ofismate Mr Lov - Jemput-jemput pisang ^^

Di ofis mr lov, terdapat ramai kawan2 yang suka belanja makan..

kdg bergilir belanja...

harini aku...esok kau lagi...mcm tu lah ehe ^^

Alhamdulillah... cinta hati siti ni dikelilingi kawan2 yang baik...siti as wifenya pun ikut bersyukur heee....besar hati siti bila mr lov owez happy bkeraja hee...

ni stori weekend, maklumlah, weekend je boleh buat mcm2 menu untuk mr lov...
haha takut kelam kabut klu wkday ^^

so bila siti offday, siti relax je buat semua ni...mr lov pun suka buat request mcm2 ehe...
layan je lah ^^

so hari sebelum weekend, mr lov requested untuk bawa bekal ke ofis,
kan bekfas katanya...cukup untuk org2 ofisnya...

cukuplah untuk 10 ppl
^_____^

hasilnya siti buat teh tarik, mini burger n jemput2 pisang ( fav mr lov ^^)


JEMPUT-JEMPUT PISANG ^^

Pisang secukupnya 
1 SB gula halus
2SB Tepung naik sendiri
sedikit garam
1 sudu kecil rata soda bikarbonat
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

CARA-CARANYA

Pisang dilecek bersama gula hingga hancur, masukkan tepung dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
Masukkan air sedikit-sedikit dan gaul lagi hingga adunan menjadi lembik sedikit dari adunan cucur biasa, biarkan seketika dalam10 min.

Panaskan minyak dan jemputkan adunan, goreng dengan api sederhana besar Balikkan agak kerap biar cucur kembang membulat. Masak hingga kuning keemasan.

DONE ^_____^

Bekfas Pau Daging - yumm~~~~


Alhamdulillah...bekfas pau daging, myfav,  di rest kokokan ayam di gadong...juz $1.20 

SEDAP~~~~

syukur dapat rezeki pagi ni...

14 Mac 2014

Idea sarapan esok ^^


Roti Paratha inti sardin pedas

nom..nom...

^____^

27 November 2013

Makan ubi ungu utk bekfas ^___^


juz berbekal ke ofis, ubi ungu ni sedap!!

juz mkn bersama sedikit gula...

x suka bercecah lain dari gula ehe...

bukan jua ubi keladi, panggil je ubi ungu, pasal warna ungu aka purple

^___^

14 November 2013

Sup Ayam BerLada Hitam - menu sihat ^__^


Menu ni sangat sesuai untuk yg mengamalkan diet sihat...bolehlah bykkn lada hitamnya jika mau pedas ehe...
ni terpaksa siti kurangkan coz haiqal pun hirup jugak sup ayam ni...

Alhamdulillah, haiqal sudah makan menu family secara total...cuma dikurangkan dari segi pedas, maklumlah mama siti ni antu pedas haha ;p

ok jom try resipi simple ni
^____^


SUP AYAM BERLADA HITAM ^___^

ayam - dipotong kecil
bawang besar sebiji 
bawang merah 5 biji
bawang putih 2 ulas
halia satu inci
serbuk lada hitam sesudu kecil ~ kurangkan pasal haiqal nak mkn jugak ehe ;p
kentang - dihiris 4
lobak - jika suka
sup bunjut adabi 
garam
minyak (utk menumis)

Cara Penyediaan

 Tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan masak seperti sup biasa, letak serbuk lada hitam dan ayam..tuang air dan letak kentang, renehkan sampai masak. sesuaikan dengan garam.

DONE ^___^

24 Oktober 2013

Idea simple untuk bekfas ^___^


x amvil byk masa, juz goreng telur sekejap n masukkan buger ayam ke dalam oven..

set jam....

while tu, kita mandi.....

wallah.......

dah siap....

get energy pagi dari sarapan

simple kan

^_____^

30 September 2013

Breakfast dengan bubur - kenyang sampai tghari ^__^


Selamat pagi semua ....sekali sekala ambil bekfas dengan bubur nasi....hmmm SEDAP!!
kalau siti, sure kenyang sampai tghri...

biasanya siti beli je kat kedai, $1 je pun sekontena ni...
bubr kaicok namanya...
no worries, org kita yang buat ehe...nama kaicok je mcm lain bunyi kan uhu..


kena lagi bekfas dengan KOPI RADIX..alahai bermakna pagi siti dibuatnya ehe...
fav katakan...

Moga mendapat hari yang ceria harini
^____^


06 Jun 2013

Bubur Special Daging - khas untuk bekal haiqal ^__^


Actually juz untuk kumpulan resipi menu ckecil siti nak kumpul here
^___^
ni antara menu haiqal sewaktu umur haiqal di bawah...ehe...soe ma...chef siti asyik bz je..
sampai x sempat nak update blog uhu ;p

now haiqal dah makan menu family, cuma masih dipantau dari segi rasa dan bentuk..
x mau kasi yang keras2..biar lembik2 sikit, senang untuk penghadaman
^___^


Seset siti beli untuk bekal haiqal
so KIUT ma....
^___^



BUBUR NASI DAGING SPECIAL ^_^

1 1/2 cwn beras 
sedikit halia di cincang
 1 kiub pati ayam
isi daging yang dicincang
sedikit garam
tomato dan ubi kentang - dipotong halus
1 liter air

sedikit minyak bijan - untuk titisan

CARA PENYEDIAAN ^__^

Rebus daging hingga empuk. Air rebusan ayam jgn dibuang.
Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit.Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam, tomato dan ubi kentang dan sedikit garam.

DONE ^___^

01 Mac 2013

Resipi - Sup Jagung Ketam - Sup fav haiqal ^__^ yum~~

Yang ni memang fav sup haiqal...lov betul siti bila habis semangkuk siti buatkan
^____^
satu belanga siti buat untuk satu family...
licin~~~

simple je pun tapi berkhasiat untuk family

sgt bersesuaian jugak untuk makanan c kecil yang berumur 1 tahun ke atas..
plus untuk orang tua-tua haha ;p

sekali masak of course jimat kan 
^____^


SUP JAGUNG KETAM ^__^

1 tin jagung krim
1/2 cawan hirisan isi ayam
2 cawan air rebusan ayam
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk pati ayam


Cara Penyediaan :

Didihkan air rebusan ayam. Masukkan isi ayam. Masukkan jagung krim dan kacau.
 Masukkan serbuk pati ayam. Biarkan sup mendidih.
 Pukul telur hingga kembang dan tuang ke atas sup sambil terus dikacau supaya telur tidak berkumpul.
 
DONE ^___^



untuk my haiqal ^___^
versi gaul dengan bubur...

berselera sungguh my haiqal makan ni....alhamdulillah...

12 Februari 2013

Menu Lunch - beli je ehe..

Fav siti sebatah ani bila nak shopping baju haiqal
siti suka shoping time lunch time...
chill je...sambil2 cuci mata

Lunch time of course lappaaaar kan...
ni menu untuk orangmalazmakannasitapinakmakandimsum
^__^


Choc Pearl Milk Tea ^___^
orang balik ofis, siti lunch di ofis lak
sunyi maaaa.....


Siewmai n pau chicken
SEDAP!!!


so padat dengan isi ayamnya
oh...kenyang!!!

21 Januari 2013

Menu Sihat untuk DIET? bolehlah ^.^ sedap bah....

Menu sihat untuk diet? will, bagi siti, bolehlah ye ehe...
juz makan beratah n hirup supnya
YUMMY!!!


SUP UDANG MASAM MANIS ^___^

Udang
Brokoli
Kubis Bunga
Fish Cake
4 bawang putih dicincang
sedikit cili padi
Buah Tomato dibelah 4
1 sdm sos ikan
1sdm air limau kasturi
2 sdt garam
1 sdm gula

Cara Membuat:

Didihkan air seketika dan masukkan bawang putih.
sesudah mendidih, masukan semua bahan kecuali udang dan tomato..
selepas sebati dan masak, barulah masukkan udang dan tomato
Sesuaikan dengan gula dan garam akhirnya.

DONE ^____^

27 Disember 2012

Resipi - Sup Udang Bersayur ^____^ nak lagi...

Last time, siti pegi jogging with my siz, actually saja lah nak keluarkan peluh 
sambil2 tu bawa my haiqal ronda-ronda kat taman jublee...
1st pegi tau...jakun kejap...
ehe...asyik berperap je bila duduk di ofis, so sekali sekala keluarkan peluh kan baik
^____^

will, bila balik rumah, of coz ada rasa lapar
really lapar punya haha...
so x mau makan nasi, liur nak hirup2 sup..
so sup sayur ni lah dibuatnya akhirnya...
licin!! simple2 je lah...main campak2 bahan yg ada di peti sejuk...
^___^
dah x sempat nak singgah kedai....balik trus dari taman...
~~x sanggup i nak singgah bila peluh 1 badan haha ;p~~

ni antara menu sihat untuk diet ~~diet pulak ehe ^.^~~


SUP UDANG BERSAYUR

Udang secukupnya
fish cake
Sayur brocoli
Fish Ball
1 sudu kecil lada putih
Air secukupnya.

Bahan-bahan untuk menumis:

Bawang Merah
1 biji cili merah - dihiris
1 inci halia - dihiris

Penyediaannya:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, cili merah, dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan air secukupnya. Perasakan kuah dengan garam, gula dan  lada putih.biarkan mendidih
Selepas itu masukkan putik jagung, sayur brocoli dan udang.
Selepas kuah mendidih sekali lagi, tutup api. 

DONE ^____^

16 November 2012

Bekfas dengan Roti+ Telur runny ^___^ SEDAP!!


Yang ni my lov buatkan bekfas ehe...lov u syg..
x tau, angin apa tetiba je uhu...
mayb di tgknya siti bz dengan siapkan lil haiqal b4 g keja..

owh my lov tau siti lov telur yang 'runny'
maknanya, yolknya masih cair, YUM!!
itu yang perfect bagi siti

TQ syg buatkan bekfas
~~selalu pun x pe haha ;p~~

TQ Ya Allah atas wonderful life yang kau berikan 
^____^

03 Oktober 2012

Resipi - Daging Cornbeef masak berubi ^__^

Jumpa resipi ni di buku masakan yang bekurun lamanya di simpan ehe
sesuai untuk menu sihat untuk sesiapa yang tgh berdiet masani 
^___^ sesuai kan...x berat sgt...
simple sgt...
sekejap je boleh siap
rasanya less than 10 min kot 
^___^

ni pun beratah with sup sayur
~semangat ni nak berdiet, kus2...mari sini my semangat ehe ^.^~


CORNBEEF MASAK BERUBI ^___^

1 tin cornbeef - any jenama
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 inci halia ( ditumbuk)
1 biji cili merah ( dihiris)
1 biji tomato ( potong 6)
ubi kentang - di potong kecil2 dan direbus
1 sudu besar sos tiram
sedikit sos tomato
Sedikit minyak

Cara membuatnya:

Cornbeef di cincang, yang lebih senang dicincang di dalam tinnya. Panaskan minyak dan masukan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
 Masukkan sos tomato, sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
Kemudian masukkan cornbeef tadi dan akhir sekali sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan ubi kentang.

DONE ^___^

20 September 2012

Mulakan Kerja dengan Befkas dulu ye...


Mulakan kerja seharian dengan Bismillah
then baru befkas

lately, siti lebih suka ambil bekfas kat ofis, yang sempat buat sandwish je dari rumah
buat minuman panas je kat ofis
^___^ 

Sandwish + Kopi Radix = fuhh...ceria ta harian siti tu, like toh ^.^

Kenapa Sarapan sgt penting dalam memulakan hari baik?

dapat sedikit info dari sumber internet, x ingat  dari blog sapa
nway moga bermanfaat untuk semua pembaca
^__^




Cuba anda waktu terakhir anda makan malam?, biasanya orang akan menikmati makan malamnya antara jam 7 atau 8 malam, bayangkan berapa lama waktu mulai dari makan malam terakhir sampai anda bangun diwaktu pagi, —sekitar 12 jam yang lalu , itu sebabnya mengapa anda perlu sarapan pagi yg lengkap dengan zat2 penting kerana  dari penelitian, pada saat bangun tidur kadar gula darah kita akan menurun dan rendah. Padahal gula darah bagi tubuh kita bertugas sebagai sumber tenaga untuk tubuh.
 
Bila kadar gula darah rendah dalam darah akan mendatangkan pelbagai mslh  seperti mengantuk, cepat penat, konsentrasi menurun,  daya kerja anda juga menurun. Berat ringannya gejala ini bergantung kepada berapa rendah kadar gula darah dalam tubuh kita.
Apalagi  anak-anak yang masih sangat memerlukan sumber tenaga yang cukup untuk proses pembesarannya. 

22 Ogos 2012

Resipi - Sandwish goreng telur ^___^ SEDAP!!!

while nak kemas2 pic yang berselerak di byk folders, 
trus terliat pic ani
ala...so lama betul pic ni,
 sewaktu ngam lepak2 di rumah my mil

kenangan manis, berdua dengan mr lov membuat sandwish ni ehe
so SWEET ^.^

Siti buat sandwish ni n mr lov tolong gorengkan
^____^

alhamdulillah licin untuk menu our minum petang hari tu
haha memasak dengan penuh kasih sayang 
chewah ;p

tq my ofismate, muna for idea, she rajin wat sandwish ni 
^__^


SANDWISH GORENG TELUR ^__^

 Roti wholemeal
 telur rebus
mayonis secukupnya
Serbuk lada putih
Marjerin lembut

Bahan sampingan

Telur

Caranya :

Telur rebus + mayonis + serbuk lada sulah digaul dan kemudian
marjerin disapu ke roti yang sudah dipotong tepinya.

Lipat dua roti tadi dan sejukkan seketika di peti sejuk 30min.
last sekali keluarkan roti tadi, digaul ke bahan sampingan.
gorenglah hingga kekuningan.


psssttt....telur di dalam n di luar telur jua

DONE ^___^


05 April 2012

Mulakan Kerja dengan Sarapan ^__^

Once datang ke ofis, benda pertama yang siti buat is
buat air panas untuk buat minuman kopi of course
n mesti ada biskut like jacobs

wah..dah ready dah untuk kerja
^___^

so jangan lupa ambil bekfas dulu sebelum mulakan pekerjaan seharian k
kasi tong berisi dulu ehe