Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan. Papar semua catatan

18 Mac 2013

Sweet' Sour' Fish - Sedap ^____^


Sekadar nak simpan resipi ikan ni untuk ristaan akan datang ehe ^___^ 

Siti suka masak masakan ni kalau ada acara di rumah siti, coz my siblings owez requested for it.. 

Will, pandai-pandai korang ye nak gandakan resipi ni, simple je pun… 

Ni kenangan buat sewaktu last raya ~~adoi punyalah lama nak masuk n3 ^.^~~ 



Sweet’ sour’ Fish ^__^ 

Isi ikan merah/ ikan dory pun boleh ^.^ 

Sedikit serbuk kunyit 

1/2 bawang besar – di hiris bulat 

2 ulas bawang putih – di cincang 

3 SB sos cili 

3 SB sos tomato 

Gula dan garam secukup rasa 

Timun dan Tomato yang dihiris – sebagai hiasan 

Cara Penyediaan 

Serbuk kunyit dan garam bersama isi ikan tadi, kemudian goreng. ( boleh jugak goreng tepung ^.^). Tapis dan ketepikan. 

Tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan sedikit air, masukkan garam dan gula. Jangan lupa masukkan buah tomato dan timun akhir sekali masukkan isi ikan yang digoreng tadi. 


DONE ^___^

19 November 2012

Resipi - Kerapu masak Masam Manis ^__^


Assalamualaikum semua
semoga semuanya sihat je hari ni
sebelum panjang lebar, salam Maal Hijrah diucapkan ( rasanya belum terlambat kan ehe ^.^)
semoga di tahun baru ni , insyAllah kita semua akan berhijrah ke arah lebih baik lagi Amin..
semoga apa yang diimpikan jugak akan termakbulkan amin...

will, kecik je kan my kerapu ni ehe..actually ada story sebalik ikan ni uhu...
hhmmm...mana yang baik kita ambil iktibar kan ehe...

on our way ke rumah my mil, sempatlah singgah di 1 kedai, nak beli sikit barang makanan,
ada 1 guy di sebelah our parking, tegur mr lov

" kan mbeli lauk kita?
tunggu dulu aa,tunggu pebinian dulu , di dalam lakat
so sekembali siti ke keta, mr lov tanya,mau bli kah nda lauk kerapu nya?

Siti toleh ke keta sebelah, ada bini n anak keciknya
hmmm ksian jua syg, bli ta saja, kata siti ke mr lov

so selesai sesi jual beli,
akhir sekali, yang siti cukup terkenang lagi n x berapa berkenan sgt...

"syukur ta kita belurih lauk ni , ku jual murah
(eh, murah nya apa eh, jual 3 ekor pun udah $15 uhu)
tupun nda dpt kan kurang uhu, walhal lewat petang dah tu uhu...

"nah berezeki jua kita kan makan lauk murah harini"
sambungnya lagi dengan tone yang siti x berapa kenan tau

will, kami laki bini x cari lauk pun hari tu, x terlintas nak makan lauk hari tu...
will sepatutnya, dia bersyukur kitaorang dah beli lauk yang dijualnya
dari keta ke keta uhu...
x payah lah nak cakap yang hujungnya tu kan...
buat org meluat je uhu...
berterima kasih pun tak uhu...
sagainya dengan sebutan rezeki lauk yg kami dpt uhu...

next time, bila org tu jual lagi kat kitarang, jara dah kami tu...

hmmm xpelah, dah jadi lauk pun kami mlm tu, 
nak dimasak esoknya, tkut x fresh...
biarlah story tu singan sana...
ikhlas saja even mahai uhu...


KERAPU MASAK MASAM MANIS ^__^

1 ekor ikan kerapu saiz sederhana
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
2 SB Sos cili 
1 SB Sos Tomato
2 SK air limau kasturi
sedikit hirisan bawang besar

Cara-caranya

Kisar bawang merah dan bawang putih, kemudian hiris bawang besar dan buah tomato.
 Ikan di gaul dengan garam dan serbuk kunyit, dan salut kan ikan dengan tepung jagung, goreng hingga masak dan permukaan ikan agak garing, ketepikan.
 Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar serta bahan yang telah dikisar tadi, biarkan naik bau dan agak garing baru masukkan jus lemon, sos cili dan sos tomato. sesuaikan dengan rasa dengan gula dan serbuk perasa. 

DONE ^___^




16 April 2012

Ikan Tepung Masak Merah Lada Hitam ^___^

Banyak sebenarnya nak share resipi kat dapur, asyik dengan keBZan melanda diri siti ehe

Masa ni pun masa untuk membaking menjadi satu cabaran baru ~tgk tu, MASA cukup jelezkan siti kini uhuk ;P~

Love sgt nak update blog tiap2 hari, tapi nak buat gmana ya…~ C comel Haiqal dah pandai nak minta perhatian lebih ehe ^.^

Oh MASA, jgnlah cemburu sgt dengan siti ni!!!

Rindu nak buat mcm dulu, jadi SUPER DUPER WIFE

Erk boleh ke siti jadi SUPER DUPER MOMMY kali ni ehe

malas nak fikir dulu nih ^.^

jom layanzz my simple ikan bersalut tepung ni ye


IKAN SALUT TEPUNG MASAK MERAH BERLADA HITAM ^_^

Ikan yang bersalut tepung

3 ulas bawang merah (dihiris)

sedikit lada kering

Lada Hitam secukupnya ( jika suka ^.^)

½ timun – dihiris dadu

2 biji tomato - didadu kasar

2 ulas bawang putih (dihiris)

3 cm halia (dihiris halus)

BAHAN UNTUK SOS

  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air

Goreng hingga kekuningan ikan yang bersalut tepung ( ready-made), dan ketepikan.

Gunakan sedikit minyak tadi dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.

Masukkan bahan2 sos serta timun n tomato (tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit. Last sekali curahkan ke atas ikan tadi.

22 Februari 2012

Resipi - Lauk Goreng BerDaun Kari ^__^


Resipi ikan or lauk yang dipelbagaikan ehe
sedap jua....
korang can try resipi simple ni
any lauk damit sesuai dengan resipi ni
^___^


LAUK GORENG BERDAUN KARI ^__^

Ikan - di bersihkan
Daun kasi

Bahan kisar :

Bawang merah
Lada kisar
serbuk kunyit
jintan manis
Garam secukupnya

Caranya :

Perap ikan tadi dengan semua bahan kisar serta daun kari.
then barulah digoreng hingga kekuningan

DONE ^___^


Perap lauk ni 1jam mcm tu,. nak kasi bahan ni cukup meresap
^__^

09 Februari 2012

Resipi - Lauk Bakar Daun Pisang ^__^


Last time, my bro ada ura-ura gtau ada frennya jual lauk fresh..
will biasanya siti x tolak, ganya suka sound mau lauk besar
ehe...selalu angan2 nak masak dengan keharuman daun pisang
ala...dekat garage our keta, ada my mama tanam pokok pisang..
sayang gak kan, ambik buah je, x ambik daunnya
dibiarkan je daun mengering begitu je

will...alhamdulillah dah sampai pun hajat masak gini
Simple je pun
^____^

LAUK PUTIH DAUN PISANG ^__^

Ikan Putih - dibersihkan

Bahan Kisar

3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 serai
1 SB Cili Kering

Bahan sampingan

Serbuk Lada Sulah
Garam secukupnya
Daun Pisang secukupnya

Cara-caranya :

Lumur bahan kisar bersama lauk yang telah dibersihkan serta taburlah serbuk lada sulah dan garam, biarkan seketika.
sediakan daun pisang dan sesuaikan dengan besar tray oven.

Selepas tu, bolehlah dimasak diletak lauk tadi di atas daun pisang, masaklah hingga sedikit
kekeringan.

DONE ^___^


Berselera makan siti dengan sup sayur labu ni
YUM ^___^

03 Februari 2012

Fillet Ikan masak Merah ^__^


Ni aktiviti masak-masak siti last 2 weekend
dalam bz membaking kek while jua menjaga lil haiqal, pasti dapat curi2 memasak ehe
ramai yang bilang, bila anak tido, senang ta tani bekeraja tu..
YES!!! banar tu ehe...

Bila my lil1 tido, masak untuk Mr Lov sudah set, kek udah berbake n siap lagi
menjemur baju segala mcm ^__^
No alasan ye untuk x berasap dapur kita uhuk..

ni antara my lov' fav yang siti suka masak
simple n yet SEDAP...


FILLET IKAN MASAK MERAH ^__^

Filet Ikan
Tepung jagung
Telur

~semua bahan di atas digaul dan digoreng garing~

Bahan Lain:

Bawang besar dihiris
Bawang Putih yang dicincang
Sos Cili
Sos Tomato
Halia yang ditumbuk
Kacang Panjang, Lobak merah jika suka tambah

Caranya :

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan semua sos dan gaul rata disertakan dengan sayur tadi.
Sesuaikan dengan serbuk perasa dan garam.
akhir sekali masukkan fillet yang digoreng tadi.

DONE ^___^

13 November 2011

Resipi - Isi Ikan Masak Sweet n Sour ^__^

Alhamdulillah hasrat nak masak masakan ni tertunai gak
selepas byk kali tergendala dengan mcm2 aktiviti masani
ehe cuti pun masani pun bz pulak dengan
my NEW STATUS ni
Alhamdulillah...nantilah siti stori dengan lebih panjang
pasal ni k
^____^
mudahan semuanya berjalan lancar dan cepat
dengan izinNYA jua
Amin.......

will to yang miz dengan dapur ni,
hidup baru siti ni belum terbiasa
nanti2 semuanya akan kembali seperti biasa
~kelam kabut lak time ni ^.^~

ISI IKAN MASAK SWEET N SOUR ^__^

isi ikan yang sudah digoreng ~ siti guna ikan yang bersalut tepung, ole2 dari labuan~
^-^

Bahan perap untuk isi ikan:

Isi ikan yang dihiris memanjang
serbuk lada putih
sedikit sos ikan
tepung gandum secukupnya

Kemudian digaul semua bahan dan digoreng hingga kekuningan
dan ketepikan ^__^

Bahan Kisar :

Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Cili Padi

Sos lada
sos tomato
sedikit jus nenas
sedikit air

Cara-caranya :

Tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak hingga naik bau, masukkan sos, sedikit air
dan sos ikan, kacau sebati.

Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata dan diakhiri dengan
serbuk perasa dan garam secukupnya.

DONE ^__^



Siti - suka tambah masakan lauk dengan sayur yang terdapat stok di peti ajaib siti ehe :P
pasti cantik hasilnya :)


19 Julai 2011

Resipi - Lauk Basung2 goreng Limau Kasturi ^_^

wah...dah lama x masuk n3 masak2 kan...terpaksa curi2 masa nak kemaskan dapur ni
naik bersepah dan berhabuk dah ehe..

will yang ni, untuk sungkai siti last 2wks rasanya..
taisliur lak nak goreng lauk basung2...siti kenal lauk ni di rumah mertua siti, almaklum
kat rumah siti, susah nak mkn ikan ~ alamak, kucing kat luar lah makan akhirnya~
hmm... x tau lah ye... kekadang bila taisliur banar baru ta goreng lauk =,='

To yang nak berpuasa or nak bayar hutang puasa
SELAMAT BERBUKA ye Petang ni
^___^

LAUK BASUNG-BASUNG GORENG LIMAU KASTURI

Lauk Basung-basung
3 limau kasturi
segenggam asam jawa
sedikit serbuk lada
serbuk perasa
sedikit serai - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk

Cara-cara:

Lumurkan semua bahan yang ditumbuk tadi ke lauk yang sudah dibersihkan.Masukkan air perahan limau kasturi, serbuk lada dan serbuk perasa. gaul sebati.Perapkan seketika dan gorenglah hingga kering

DONE ^__^


pekena lagi dengan sayur campur siti....aduh...memang berselera
pembuka sungkai siti
^_^

lengkap rasanya sungkai siti jugak dengan Milo Dinosour

06 Jun 2011

Resipi - Sandwish Tuna Bakar ^__^

Sebenarnya siti ni bukan penggemar makan ikan tuna
since hby ada bawa ke rumah sekilo ikan tuna hasil dari lelongan di ofisnya
murah sgt, sekilo $1 lah uhu...

will...rasanya kena masak jugak kan...
rugi jua f nda dimakan
hby siap explain n ajar siti cana nak masak ikan tuna ni
haha....siti suka toh...tau ajelah siti belum pernah masak ikan tuna
^,^
so siti pandai2 lah campur2 n tolak2 resipi yang hby ajar
^_^
hasilnya alhamdulillah hby cukup suka, sampai kena buat dua kali
hmmm.....sedap jua tuna ni...

meh try sama-sama resipi simple ni
^___^

SANDWISH TUNA BAKAR

Ikan Tuna dipotong halus/ fillet

Bahan untuk perapan:

Serbuk Lada Sulah
Sos Lea & Perrins
Garam secukupnya
Bawang Putih yang ditumbuk halus

Cara membuat:

Perap semua bahan dengan ikan tuna semalaman.
esoknya untuk di bakar di oven or di goreng tanpa minyak hingga masak

DONE ^___^

16 Mei 2011

Resipi - Pari Masak Kari ^__^

Ni resipi famili siti,dah jadi kebiasaan memasak kat rumah,
coz my mom suka masakkan for my dad, uhu suka banar makan, nda berkari mestilah dengan berpanggang kat oven

tapi bagi orang ada penyakit bisa-bisa badan, x leh makan ni
waduh...mesti mujarab sakitnya nanti

will siti suka masak untuk family je, tapi x suka makan uhu ( hairan kan ^,^)
f nampak mee, mesti x ingat org ehe :P

PARI MASAK KARI

1/2 kilo ikan pari
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
10 batang lada kering
1SB serbuk kari
Asam jawa secukupnya
2 biji tomato -siti kisar
3 camb minyak

Cara membuat :

Cuci bersih ikan pari dengan limau nipis.
kemudian toskan.Blend bawang2 dan lada kering. masukkan halia dan serai yang ditumbuk. Panaskan minyak , tumiskan bawang hingga naik bau. Masukkan lada blend dan rempah dan masakkan hingga pecah minyak. Masukkan air asam dan gaul rata. Tambah air Masukkan ikan pari dan tomato yang dikisar tadi. sesuaikan dengan serbuk perasan dan garam. Perlahankan api dan masak hingga kuah hampir pekat.

DONE ^__^

31 Mac 2011

Resipi - Lauk Liking Siti ^___^

Byk2 masakan yang siti suka buat dan yang paling simple jua
is n owez lauk liking ni
SWEET ^___^
coz hby cukup suka mkn beratah lauk ni, so selalu ta buat stok untuk 2wks
atu pun kdg lekas ta hbis ehe
siti not sure jua aa, f kat msia, org panggil ikan PEKASAM kan?
^.^ sorry ye, tak sure sgt ehe...
yang penting masakan ikan ni memang sedap
lebih lama diperap lebih terasa rasanya
^___^

Resipinya simple je...

Ikan Rumahan or ikan jarang gigi ( lebih sedap ni)
asam jawa
cili kisar
gula
bawang merah yang ditumbuk - siti tambah untuk rasa sedap^.^

Caranya:

gaul semua bahan tadi dengan ikan tadi, perapkan 2-3 jam sebelum digoreng
DONE ^____^

sesuai sgt untuk wanita yang berkerjaya like siti,
buat then simpan lama dalam freezer,
keluarkan jika hendak digoreng
simple!!!

No alasan x nak masak ok ehe ^.^

08 Februari 2011

Resipi - Tenggiri Goreng Berempah ^__^

Sekali sekala tani ubah teknik masakan
mesti ianya pasti menjadi kaw
( haha bukan kopi je blh jadi kaw ^.^)
ni siti ubah sikit instead tani goreng berkunyit
YUMMYLIOUS lah uhu
Mr Hby said sodap, sampai bertambah nasi
adoi, jgn salahkan siti ye bila dah naik berat badan syg oi hihi
SWEET kan ^.^

TENGGIRI GORENG BEREMPAH

Ikan tenggiri
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk paprika
1 camca teh serbuk cili
1 camca teh madu
air 1/2 biji limau kasturi
garam secukup rasa

Cara

Bersihkan ikan, gaul dengan semua bahan dan perap selama 1-2 jam. Goreng sehingga keperangan dan garing

DONE ^___^

25 Oktober 2010

Resipi - Ikan Masak Asam PEdas berkacang Bendi ^_^


Assalamualaikum semua
hmmm apamacam last weekend, ok ke? relax ye
owh...b4 terlupa, siti nak ucapkan Selamat Pengantin baru to our cik ILaWadi
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang
(nanti siti upload pics kek hantarannya ye hihi)

Tahniah jua to Cgu Dyna di SMB for hari pertunangan ^__^
(sama jua ceritanya, nanti siti will upload da pics hihi)

Will siti seperti biasa, bz dengan dunia baking membaking ni hihi
^___^ Alhamdulillah...berkecimpung lagi dengan dunia donut tym weekend uhu
waduh....penat sekali dengan adun mengadun :P
mcm2 hal dah di dapur jadinya hihi

owh...lari lak dengan topic kali ani ehe
actually yang ni untuk bekal siti ke ofis, bawa lebih sikit untuk mkn
dengan akak2 siti di ofis ehe
kadang malaz jua kan balik rumah bila lunch tym
coz masa cukup limited
so bila stay back, mcm2 lunch box sorang2 bawak ehe
^__^
siti bawak lauk ani saja wei....
sempatlah awal pagi memasak b4 g keja ^,^
soe darling, ani turn ayg bawak tapau, next tym turn abg ye hihi

IKAN MASAK ASAM PEDAS BERBENDI

Ikan tenggiri
1 batang serai, dititik
2SB air asam jawa
sebungkus kacang bendi – dihiris pangkal ( 10 kacang )
sedikit minyak
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.Masukkan air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih.
Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

DONE ^___^

11 Oktober 2010

Resipi - Sambal Sardin Siti^_


Yang ni rasanya semua org boleh buatkan ni, saja siti nak share coz yang ni
antara my sweet moments siti waktu kecik, coz ni antara menu yang 1st siti masak was
sambal sardin ni SWEET kan ^__^
modified byk kali coz yang 1st buat rasanya x jadi sgt hihi
kadang bila dah taisliur kan masak apa, memang nak menyambal sardin ta saja siti hihi
Hby suka even ianya memang simple giler ^_^

korang apa menu yang 1st dibuat waktu kecik?
masih ingat ke?
can share with me dalam email or fb ^_^

SAMBAL SARDIN


1 tin sardin
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
cili sos
cili tomato
sedikit air asam jawa
bawang besar - dihiris bulat
minyak utk menggoreng
Garam

Cara Memasak :

Panaskan minyak di dalam kuali
Tumis bwg merah + bwg putih yg telah dikisar
Setelah itu, masukkan bawang yang ditumbuk tadi diikuti dengan dua sos tadi
Masukkan sedikit air asam jawa
biarkan sebati dulu
last sekali baru masukkan ikan sardin tadi dan sesuaikan dengan rasa garam dan serbuk perasa.

01 September 2010

Resipi - Tenggiri masak Tomyam ^__^


Assalamualaikum semua
Terima kasih to yang sudi berkunjung ke dapur siti
even kecik, dah ramai yang masuk hihi
kena beridar-idar masuk ye, krg pyh siti memasak lagi hihi :p

soelah ye, lama x masuk n3 masakan
adoi kesihatan siti x berapa mengizinkan
kadang even nak baking pun
kena pelan2, kjp2 berehat hihi
adoi..tau sajalah masani kan musim demam
cuma siti ni jenis bukan batuk2 n selesma
ganya nda baik rasa,ha yang mesti ada sakit kepala
aduh!!
barangkali keadaan cuaca, kejap panaz kejap hujan
ni alhamdulillah jua hihi, dapatlah berelax depan lappi
^__^
kan tau kenapa?
CUTI X AAA
Alhamdulillah akhirnya cuti jua, fuh hihi
kena set tym for baking cake lepas ni
siti plan nak buat kek untuk dirumah siti lu
^_^
kadang difikirkan, takut jua meliat orderan org ani
coz nya org rumah siti, alum lagi membuat keks org hihi
worried ta jua drg, kasihan ehe
^__^
no worries, namapun cuti, masa lebih terluang
ngeee

TQVM to those yg booked keks siti for raya 1431 ni
semoga ianya menepati citarasa korang k
^__^

opss..terlupa, tersengih2 udah dari tadi my tenggiri ni minta masuk program hihi
yang ni masakan simple je
yang penting mesti tomyam ^-^
andang feberet banar dirumah siti
nway...can try
^_^

TENGGIRI MASAK TOMYAM

Ikan Tenggiri
Kacang Bendi
1.2 liter air atau lebih kurang
2 biji bawang besar dihiris

2 batang serai dititik-

2 helai daun limau purut

12 biji limau nipis ambil jus

2 biji tomato dipotong 4

cili padi ikut kepedasan ditumbuk

sedikit daun ketumbar jika suka

1 kiub stok ayam

2 tbsp sos ikan

garam

Cara-cara:Didihkan air dan masukkan, bawang besar, cili padi, serai, kiub ayam. Biarkan seketika. Bila dah mendidih, masukkan ketam, sos ikan dan kacang bendi hingga masak. Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan juice limau dan tomato.Taburkan daun ketumbar jika suka,huhu siti nda suka dengan baunya hihi ^_^

02 Ogos 2010

Resipi - Fillet Ikan masak Masam Manis Borneo ^_^


Assalamualaikum semua
HALOOOOO every1
^___^
ha...mesti smile lu evenpun monday blues huhu
haha hari kena dilalui jua even mcmana dugaan melanda
nda je ^O^

Btw yang ni aktiviti masak-masak yg sempat siti snap
wah...kadang terlupa nk ambik
ngee...ani my siz plg mengingati ehe
simple but YUMMYLIOUS
keeerrrin.....Mr hby pun suka
ngee..yang a2 penting, f nda pass, memang
nda masuk blog ni ^O^
try, jgn nda try

FILLET IKAN MASAK MASAM MANIS BORNEO
Bahan-bahan:
Fillet Ikan
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah - dihiris
1/2 cawan air
1 biji tomato - dibelah 6
garam dan gula secukup rasa

CARA

Filet ikan digaulkan dengan kunyit, garam dan gorengkan sehingga masak
angkat dan ketepikanasingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula. tumiskan bawang merah dan bawang putihapabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan airmasukkan juga cili, gula dan garam secukup rasasetelah kuah pekat, masukkan udang dan gaulkan semuanya sebati.

30 Julai 2010

Resipi - Lauk Berahan masak Sweet Sour ^__^

Posing laggggiiii ^_^

LAUK BERAHAN MASAK SWEET SOUR ^_^

Bahan:

1 ekor lauk berahan
1 biji bawang besar, dipotong bulat
2 ulas bawang putih hiris
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 inci halia, hiris halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh sos tiram
3 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tomato
1/2 cawan air
1 camca besar gula
Garam secukup rasa


Cara Membuat :
Lauk Berahan dibersihkan, kelar2, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng garing, angkat dan toskan.
Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah sos cili thai, sos tiram dan sos tomato, kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah semua jenis capsicum , masak sekejap dan rasa, jika perlu tambah garam atau gula, masak hingga pekat.
Tuang atas ikan tadi

DONE!!!

besar lauk ni tau
^__^
Seekor ni $18 kat pasar gadong
rajin benar my bro ni ronda-ronda kat pasar


Assalamualaikum semua
moga-moga harini dalam keadaaan sihat sejahtera ye
amin...
Amat pentinglah jaga kesihatan
maklumlah masani , keadaan cuaca nda menentu
so demam selesma x hairan
penuh klinik huhu

juz pesan siti, jaga permakanan jugak
^__^
ambil suplement yang sesuai dengan imuniti badan tani
sometime ada satu makanan tambahan
x berapa sesuai dengan kita
betul tak?
ngee....mcm dr pulak
^_^

owh lupa
yang ni aktiviti masak-masak sambil tunggu kek siti masak
ehe...saja kan menyampati huhu
alhamdulillah selesai jua akhirnya
^_^

18 Mei 2010

Resipi - Lauk Goreng Asam dengan Sambal Belacan siam ^_^

Assalamualaikum semua
Salam HaPPY2 ^__^

setiap hari mesti dilalui
dengan kegembiraan dan keceriaan
even ada masalah, have to positifkan diri
^__^
InsyAllah masalah x kan menjadi besar
adeh...sempat berbahasa2 tghri ani hihi

n3 masuk harini juz lauk goreng asam
simple je,goreng dengan cili kisar, bawang, sedikit kunyit n Asam jawa
wah...wah...kena lagi dengan sambal belacan ni
fuh...sure terangkat ^__^
tau-tau x sedar, tambah nasi ehe
adoi
jgn salahkan siti tau ^O^


Bahan-bahan:
11 biji cili padi ( yang ni dalam kamus siti, MESTI ada ^O^)
1 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
belacan - dibakar
4-5 biji limau kasturi
2 sudu gula

Cara:

Blend semua bahan kecuali limau kasturi
then selepas di blend tadi, gaul dengna air liamu kasturi
dan sebatikan ^__^

fuh...berselera makan dibuatnya hehe