Resipi nasi ni siti pernah masak semasa majlis gader2 di rumah manggis
suka mengadakan gader2 mcm ni...makan2...masak2....ramai2...di rumah siti
^______^
yang suka siti buat...bila ada rezeki lebih...panggil2 family jauh datang ke rumah hanya untuk makan2 ehe
maklumlah kekadang family jauh2 ni susah nak jumpa..
komitmen masing2 mcm2 ada...
mana lagi dengan anak2....
semua amat difahami...
will..cara mcm ni saja buat diguna-pakai...ehe...panggil2 family yg dapat datang...
cara ni jugak untuk mengukuhkan ikatan yang sedia ada..
mudah saja resipi ni...sgt sesuai dimakan bersama rendang ayam dan semua jenis acara timun
NASI KUNING KISMIS ^__^
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis - Di kisar
BAHAN TUMIS
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
rempah sekawan
CARA PENYEDIAAN
Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub dan gaul rata.
Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan tambah pewarna kuning jika suka
DONE ^___^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan