29 September 2009

Sekali sekala baibun di dapur siti - Lawak C Chot

Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan
rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya
dia
dapat membuat pasport baru untuk dirinya.


Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot
naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk
berdiri
sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai
tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu
jatuh
ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...
Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik
gambar..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan