30 September 2009

Resepi - Ayam Masak Bali



di malma, walau bz mcmana,coz still ada orderan dimlm kena diselesaikan, siti still kan masak2 jua..masakan ayam ani sesuai untuk majlis open house..sesuai makan dengan nasi beriyani..stok ayam sentiasa ada di freezer siti actually memang dah stok untuk tyme raya ni..kes kan mengclearkan freezer, coz banyak stok kan dimasukkan huhu..in -out ni di freezer siti..

Ayam Masak Bali

Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
8 biji bawang merah,
Ayam (sedap guna bahagian dada)
2 biji bawang putih
daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
kicap
minyak untuk menumis
Cili kering/ Cili Boh
asam keping
serbuk kunyit

Cara-cara

blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo)
Setelah diblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.

Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh.Biasanya siti gunakan bawang dengan agak banyak kerana most of my family suka rempahnya, biar berkuah sikit ,memang my famili suka bangat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan