15 September 2009

Cerita Orang Tua

Dua orang sahabat karib yang baru lepas menonton cerita Hindustan kat panggung wayang

bertelagah tentang kehebatan hero filem tersebut. Semasa memandu kereta dalam perjalanan

balik ke rumah pun mereka masih bertegang urat.

Ervina : Aku rasa Hirthik Roshan lagi hebat dari Shah Rukh Khan.

Aniz : Alaa... .Hirthik tu harap kan muka dan badan aje lawa, kacak, tapi lakonan masih 3

bintang ! Dengar tak ? Tiga bintang !!!

Ervinna : Eh, apa pun... .bagi aku Hirthik tetap hebat. Macho! Seksi lagi!

Aniz : No way... .Shah Rukh Khan tetap no.1!!!

Tanpa disedari, kerana asyik berpot pet... .pot pet... .kereta yang dipandu telah tersesat jalan.

Kelam kabut dua orang gadis tersebut dibuatnya.

Setelah menyusur jalan hampir 15 minit, mereka akhirnya ternampak kelibat seorang tua

berkopiah putih, berkain sarung, sedang menuntun basikal di pinggir jalan. Mereka bercadang

bertanya lelaki tersebut dan kereta yang dipandu berhenti betul2 berdekatan lelaki tua yang

nampak warak. Bersih wajahnya.

Ervina : Er... pakcik... boleh tumpang tanya...

Lelaki tua : Ye... ada apa yang boleh saya bantu anak berdua?

Ervina : Er... kami sebenarnya sesat jalan. Di mana kami berada sekarang.

(Lelaki tua kelihatan menggaru kepala)

Aniz : Aha pakcik... .di mana kami sekarang ?

Nak tau apa jawapan lelaki tua tersebut ?







Dalam Kereta
sambil berlalu begitu sahaja


lol :)adeh mental memikirkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan