12 Julai 2010

Resipi - Spagetti berkuah Pasta BerTelur ^_^


Ni requested by Mr Hby
alahai baru je sehari dua, masak spagetti
ni nak mau lagi..
so taulah kadang siti ni nda berapa suka buat resipi yang sama
so yang ni versi bertelur
hihi hby suka jua alhamdulillah ^____^
senyum lebar truz siti dibuatnya huhu
jom try sama2 ^.^

SPAGHETTI BERKUAH PASTA BERTELUR

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
2 botol sos pasta jenama Ayam Brand (Tomato & Garlic dan Spicy)
1 tin sos pasta Campbells Prego
1 cawan air
3 biji bawang besar, potong dadu
2 biji bawang putih, dicincang
Isi Ayam dicincang
Tomato di cincang
1 tin cendawan butang dicincang
2 biji telur di kacau
sedikit gula
minyak zaitun untuk menumis
slice cheddar cheese

Cara-caranya
1. Panaskan secukup air sehingga mendidih. Letak sedikit minyak zaitun dan rebus spaghetti sehingga ia masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan secukup minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang besar yang telah didadu dan tumis sehingga naik bau dan bawangnya layu.
3. Masukkan pula cendawan butang dan juga ayam cincang. Masak sehingga dagingnya separuh masak.
4. Masukkan sos pasta (Ayam Brand dan Campbells) dan air. Biarkan ia mendidih.
5. Masukkan sedikit gula untuk memberi rasa yang seimbang pada sos pasta.
6. lastly, baru masukkan telur tadi dan biarkan seketika .

DONE!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan