12 Oktober 2011

Resipi - Urat masak Kunyit Asam ^_^

Sekali sekala makan masakan kampung memang sedap, cukup lagi
sayur kampung like pakis atau bayam
memang berselera makan
^__^

kena ikut selera semasa tekak ni, x yah nak ikut tekak orang ehe
yang makan pun kita kan,
maklumlah siti ni orang kampung, evenpun x sempat belajar masak2
dari mulah my nenek,
belajar dari orang keliling kita pun dah cukup
kat ofis siti saja, rata-rata our cleaners orang berpengalaman masak2
tu lah kekadang suka bertanya2 jenis masakan orang kampung,
bolehlah berkongsi di dapur kecik ni ehe

Yang penting dalam hidup, jgn malu bertanya
^_^
meh try sama-sama masakan kpg ni

URAT MASAK KUNYIT ^_^

Urat daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
2 inci halia
2 serai
Kunyit yang ditumbuk / serbuk kunyit pun boleh
sedikit kicap manis
sedikit asam yang kehitaman/ air asam jawa pun boleh
1 kuib tulang daging
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya:

Kisar bawang besar, bawang merah, halia, serai dan kunyit dan ketepikan. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.
Masukkan urat yang telah dibersihkan dan gaul sebati.
Masukkan lagi kicap manis dan kuib tulang serta buah asam dan diakhiri dengan
serbuk perasa dan garam.
Tambah air jika kering kuahnya.

DONE ^__^

2 ulasan:

  1. Kiub tulang daging?Maksud?Ada gambar tak?

    BalasPadam
  2. kiub daging ni like kiub ayam knorr, cuma ada title kiub tulang daging ^__^ soe xde pic yg siti dpt attched

    BalasPadam