13 Oktober 2009

Resepi - Udang masak Sos Prego



ni aktiviti masak2 siti waktu siti cuti minggu lepas...kelurusan jua my babu dari KB turun ke bandar so everytim my famili dari KB ke bandar , mesti ada special skit siti masak2 huhu...

sekali sekala kita tukar cara masakan tani, dipelbagaikan variasi...mesti famili tani suka...f nda menjadi pun, we try again..bagi pendapat siti secara peribadi, masak apa je mesti jadi punya..tani campur a2 campur ani, mesti menjadi masakan tani..so siti sendiri, masak apa je mesti famili siti suka :)..nda rugi rasanya tani tukar2 variasi masakan tani asalkan menepati citarasa tekak tani huhu..bagi org nda ok, tapi yang penting famili ok, pun sudah memadai..adeh...

btw f nada yang tau sos prego, ala...sos prego untuk masak spaggetti tu...tau kan...dat it..nyaman rasa udang tani specially f tani masak kai udang fresh..manis rasanya..so meh layazzz my resepi ani..selamat mencuba :)

UDANG MASAK SOS PREGO

Bahan-bahan

Udang secukupnya
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang kecil
1 inci halia
1/2 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1/2 batang lobak merah
1 cawan sos Prego
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu makan gula
Daun bawang
Sedikit perasa

Cara-cara

Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia
Hiris cili merah, cili hijau, bawang besar dan lobak merah.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang kecil dan halia yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau barulah masukkan lobak merah.
Setelah itu masukkan udang dan gaulkan sehingga masak.
Kemudian masukkan sos Prego, air, garam, gula dan sedikit perasa. Masak sehingga sedikit pekat ( ani siti wat kasi kuah skit hehe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan