27 Oktober 2009
Resepi - Sayur Campur Sempoiiiiii
ni masakan paling sempoiii...hehe nya org, tutup mata pun masak...wow...terror tu huhu...
SAYUR CAMPUR SEMPOIII
Bahan:-
8 keping tofu kecil (yg sejuk beku tu) - goreng dahulu dan potong dua
1 Brokoli
1 Kubis Cina
1/2 batang karot - hiris bulat
1 paket baby corn
red n green capsicum - dadu
cendawan secukupnya
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap cair
sedikit gula
sedikit garam secukup rasa (jika perlu)
sedikit air
Cara Memasak:-
1.
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2.
Masukkan segala sos dan sedikit air.
3.
Masukkan sayuran semua. Kacau sebentar.
4.
Masukkan tofu yang telah digoreng tadi.
5.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Taraa...siap lagi sayur siti..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan