10 September 2009

Resepi - Daging Blackpepper



rasanya lah kat dlm minggu2 ani kan makan ayam saja huhu...so sekali sekala ubah selera nak makan daging lak..so tani belajar masakan chinese..daripada makan di rest cina, yang blum tantu halalnya, baik ta tani buat sendiri...simply delicious huhu...komen my hby, mcm dikedai...adeh...kembang kiut siti dibuatnya :)

DAGING MASAK BLACKPEPPER

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau (f kan mau lawa)
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng

Cara-cara

Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.

Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram

Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Selamat berpuasa ye n bersungkai dengan resepi ani...chow...

3 ulasan:

  1. nanti tah ku mcuba ah..mesti nyaman tu..

    BalasPadam
  2. wah mesti nyaman... membaca saja mbg terseliur...
    tq ah utk resepi ani...

    BalasPadam