19 Oktober 2009

Resepi - Ayam Masak Merah



last weekend dah buat masakan ayam ani, ni pun pasal hby yang request pagi2 sebelum turun keraja..nya hby, termimpi2 dimalam kan makan ayam masak merah siti huhu...aleh...saja trick kan suruh masak...hehe...actually masakan masak merah very simple cuma kadang rasa memang nda sama, walaupun nama je sama tapi gaya masakan amat berbeza..sos lada n sos tomato andang basic nya..dalam simpanan siti sendiri, ayam masak merah sahaja udah lebih 10resepi,banyak kan..will share nanti k...

ani masak merah feberet hby so layanzz je lah ye..


AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan

* ayam
* garam dan kunyit ( utk goreng ayam )
* 10 btg cili kering
* 3 sudu tomato puri
* 2 sudu sos chili 2 sudu sos tomato
* 6 biji bwg merah
* 3 biji bwg putih
* 1 btg serai diketuk
* 1 inci halia diketuk - nk blend skali pon boleh
* sesudu air asam jawa
* 1 biji bwg besar ( dihiris bulat )
* bahan tumis ( kayu manis dan adik beradiknya )
* garam
* gula

Cara-cara

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak.
2. Blend cili kering,bwg merah dan putih dan tumis sehingga cili masak. Masukkan bhn2 tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan tomato puri, sos tomato, serai,halia,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Last skali masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang yg telah dihiris bulat2. Tutup api...

taraa...senang kan...jgn lupa mencuba ye :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan