01 Februari 2010

Resepi - Nasi Goreng Sambal + Ayam Kukus Halia ^_^


ni untuk dinner kitaorg huhu...biasalah nk hbiskan nasi yang berlebih2 byknya ehe...kadang termasak lebih, syg jua kan dibuang ( kan dbagi ayam, nda terdapat ayam dirumah, apata g kucing ehe)..so masak nasi lah jawapnya untuk famili..nasi goreng sambal+ Ayam Kukus Halia, hmm...kena sodapnye...nda bersayur pun sodap jua ...try dulu baru komen k ehe..biasanya hby suka makan yang simple2 saja ganya siti ni luan kan mempelbagaikan huhu..ehe...syukur dapat hby nda pernah cerewet makan ^_^ ( siti ni saja cerewet huhu ^O^)

NASI GORENG SAMBAL

Bahan-bahannya
4 pinggan nasi sejuk
10 ekor udang, dikupas kulitnya dan potong kecil
3 biji telur
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
6 batang lada merah
4 batang cili padi thailand ( F siti, mesti pedas2 baru ada om huhu)
2cm belacan
segenggam ikan bilis, dicuci dan toskan

Cara-caranya
1. Bawang besar, lada merah dan belacan dikisar halus. Kemudian masukkan ikan bilis dan kisar sedikit jangan terlalu halus ikan bilis nanti tak sedap.
2. Panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur dan goreng pecah-pecah. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula kentang yang telah dipotong dadu sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
4. Goreng pula udang yang telah dipotong kecil. Jangan terlalu lama nanti udang liat tak sedap. Angkat dan ketepikan.
5. Tumis pula rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
6. Masukkan sayur campur, gaul sebati. Masukkan pula udang Gaul rata.
7. Akhir sekali masukkan nasi dan gaul semuanya sehingga sebati.

AYAM KUKUS HALIA

Bahan - bahan:-

1 ekor ayam
3 batang serai (dititik)
Sos tiram (secukupnya untuk dilumurkan pada ayam)
Garam secukup rasa

Bahan dikisar bersama:-

½ labu bawang putih
50gm halia muda

Cara:
1. Lumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan sos tiram dan garam secukupnya. Kemudian letakkan di dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.

2. Letakkan serai pada ayam dengan cara diselang-selikan cara susunan supaya bau serai serata. Kemudian tuangkan bahan kisar.

3. Selepas itu bolehlah dikukus sampai masak.

Siti - f tani makan hidangan bercampur halia, boleh mengkurangi angin dalam badan ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan