03 Jun 2010

Rahsia Warna Kegemaran Wanita ^__^


Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH

Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU

Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.( betul ke ni hihi ^__^, kuat kemahuan nk kaya je kot hihi)

HIJAU

Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM

Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT

Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU

Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.( owh, orangnya simple je hihi, sapa nah ^O^, beremosi? iya kan?)

KELABU

Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING

Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH

Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

sumber : web


Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan