21 September 2011

Wanita Ciptaan Isitimewa ^_^


sekadar berkongsi pembacaan siti
^__^
lepas ni nak tgk kan kat mr lov ehe

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah
terletak sejauh mana IA dapat menahan
(menjaga) malunya, sementara kegagahan
seorang lelaki ialah terletak sejauh
mana IA dapat menahan (menjaga)
marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang
yang belum menemukan penghibur duka
Dan dia baru memperolehinya dengan
berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari
kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak
permasalahan; sebahagian diatasi
dengan berkahwin Dan sebahagian yang
lain diatasi setelah dia masuk ke
liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga
harus diwaspadai adalah Mata kaum
wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri
anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika IA menerima anda sebagai
suami.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari
dunia ini hanyalah seorang suami, !
Dan apabila IA sudah memperolehinya,
IA menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu
pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti
apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan
akhlak Dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal
seluruh jawaban Dan sesudah kahwin, IA
hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita
kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang Dan pelita
bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki
dalam menangis Dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia
menangis.

15. Wanita tertawa bila IA mampu Dan
menangis apabila IA menginginkan
sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang
wanita jika IA tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam
mencintai Dan membenci, Dan tidak
mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia
halus Dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan