25 Mac 2013

Mi Udang ala Siti' - simple je pun ^.^



Sebetulnya, dah dah pasang hajat nak masak sendiri, Mi Udang ni…last time, pernah ode di restoran,

Rasanya memang kaw, makan lagi dengan udang galah…ala…lupa pulak di mana siti makan tu ye uhu ^.^
Bila dah lupa mcm tu, jadi terpaksalah buat sendiri, in case lah taislius nanti kan…udah bisa buat..

^__^ simple je pun bahan-bahan yang digunakan…

Yang penting, kena sesuaikan dengan tekak masing-masing…tekak siti,
Mi udang ni mesti ada Taugeh, Udang yang kecil-kecil + Telur rebus
Marbeles tu…

makan pun kenyang sampai ke mlm, x caya ? ehe





MI UDANG ALA SITI’

Mi Kuning 

Udang hidup – fresh2 ma… 

2SB Serbuk Kari 

1 labu Bawang Besar 

2 ulas Bawang Putih 

Sedikit asam jawa 

1liter Santan cair 

2 buah tomato - dihiris 4 

Air secukupnya 

Minyak untuk menumis 

Daun kari – jika ada ^.^ 

Garam dan gula secukupnya 


Cara Penyediaan 

Cincang bawang besar dan bawang putih kemudian tumis sehingga kekuningan. Masukkan daun kari dan biarkan aroma naik seketika. Kemudian tumis rempah kari hingga wangi. Tuangkan santan, air dan asam jawa. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih. Selepas itu, masukkan udang tadi dan tomato. Didihkan lagi sehingga 15 min. 

DONE ^____^ 



** untuk hiasan, Mi kuning + Telur rebus + Taugeh/Sawi pun YUMMY untuk santapan lunch siti ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan