ni aktiviti masak2 siti..dirumah siti, memang dihadkan masakan daging
kalau boleh sebulan sekali
huhu nanti naik kolestrol lak eheh
ni daging feberet my dad ^_^
ada pedas n ada masam2 dari asam jawa
huhu nanti update list orderan dari dapur siti lak ehe
ni n3 nk share resipi dulu ^_^
DAGING MASAK ASAM PEDAS ^_^
1 kg daging
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar
*3 biji bawang putih
*2 inci halia*
1 sudu besar serbuk lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya (3 cwn)
sedikit belacan
minyak untuk menumis
Cara-cara
- Daging dipotong2 cuci bersih dan toskan. Rebus hingga empuk dan buangkan airnya.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
- Masukkan daging tadi, gaul rata dan masak hingga daging lembut. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih.
- Masukkan jus asam jawa dan tambah garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih lagi dengan api perlahan.
- Rasa dan jika dah ok boleh matikan api dan bolehlah di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan