Assalamualaikum semua
Selamat pagi jumaat yang cerah ceria ni
^____^
lately kat brunei, cuaca agak panas n sedikit jerebu
dalam seminggu ni, rasanya baru sehari je hujan turun
hmmm bersyukur dengan nikmatNYA diberikan selama ni
^_____^
will, saja nak share resipi yang membawa kenangan manis kat siti secara peribadi ehe
lama betul siti x buat masakan ayam ni
rasanya 7-8 thn kot, time siti n mr lov masih tunangan uhu
Masakan ni jugak yang 1st siti buat untuk family my lov time tu
haha...tau2 ajelah resipi ni quite pedas sedikit
almaklum tekak orang brunei x berapa nak pedas sgt
hmmm tapi yang ni, boleh tahan pedasnya
cukup kenangan manis masakan ayam ni
n sewaktu mr lov makan, siti sempat mengimbas kenangan lalu
kot2 masih ingat ke time dulu2 ehe
haha terbatuk2 mr lov time makan, terluan ketawa mengenang keke ;p
jom try mun tahan pedas
^.^
AYAM MASAK CILI
1 ekor ayam
3SB Cili kisar
2 ulas bawang putih
2 bawang besar - dikisar
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
2 cili merah + 3-4 cili padi - ditumbuk halus
2 cm halia
kepala rempah
1 cawan santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara penyediaan:
Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam separuh masak.
Panaskan sedikit minyak masak ( bekas menggoreng) dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama kepala rempah. Masukkan santan dan masak hingga mereneh. Masukkan tomato sos, gula, dan garam kemudian kacau.
Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
Masukkan bawang besar dan tomato yang dipotong 4 tadi.
DONE ^______^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan