12 Ogos 2011

MEE GORENG UDANG, menu bersungkai pertama ^_^

Alhamdulillah nak dekat 2 minggu tani berpuasa
menu di dapur siti pun berubah setiap hari
ikut tekak liur orang berpuasa ni ehe
^,^
Btw saja nak stori,yang ni menu bersungkai pertama kami berdua
alahai...wifnya taisliur banar kan wat mee goreng basah
xnak yang ada berjual kat gerai2...
yang buat sendiri lagi special
semua bahan boleh ditambah
^____^
apa je jenis masakan mee tetap jadi my FAV

meh try sama-sama

MEE GORENG BASAH UDANG

Mee Kuning secukupnya
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
Udang
sedikit daging
sayur sawi dan taugeh
2-3 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar kicap manis abc
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
Air rebusan daging
Minyak
Garam

Cara penyediaan:

Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk dan cili kisar hingga garing.Masukkan udang daging. Masukkan air dan kacau rata. Bila mendidih masukkan mee, sos tiram, kicap manis, dan sawi serta taugeh. Kacau seketika dan letaklah sedikit serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.

DONE ^___^

AYAM GORENG TEPUNG

1 ekor ayam
4 ulas bawang putih yang ditumbuk
2 sudu makan pes halia
sedikit serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 biji telur
Tepung kentucky secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

Gaul ayam bersama pes bawang putih, pes halia, serbuk ketumbar, serbuk ketumbar dan garam hingga sebati. Perap selama 1 jam.Kemudian salutkan ayam dengan telur dan tepung tadi. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dalam deep frier hingga masak.

DONE ^__^



Hidangan sampingan - Lemang serta ayam rendah ^_^
SEDAP!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan