23 Ogos 2011

Resipi - Kubis goreng Special ^_^


Alhamdulillah nak dekat raya ni, aktiviti masak pun bertambah lancar
~tercapai hajat tahun ni, kurangkan membeli juadah bersungkai kat gerai2 ehe~

Yang ni sayur kubis goreng special,
xlah special sgt, juz add brokoli dan bebola sotong
^__^
bila rajin, buat2lah masak sayur simple ni ehe

KUBIS GORENG SPECIAL ^_^

  • 100g Kubis panjang – dihiris
  • brokoli - dihiris
  • 2 biji Telur
  • 1 ulas Bawang Merah – ditumbuk
  • 1 ulas Bawang Putih – ditumbuk
  • 1 tangkai Cili merah
  • Sedikit Minyak – untuk ditumis
  • Sedikit air
  • bebola sotong secukupnya
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara-cara Membuat

Tumiskan bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah hingga garing. Pecahkan telur dan gaul rata. Masukkan kubis, bebola sotong, brokoli dan sedikit air. Sesuaikan dengan bahan perasa.

DONE ^___^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan