27 Ogos 2011

Resipi - Sambal Ayam Pedas ^_^


Yang ni juadah sungkai untuk kami sefamily
dah goreng2 ayam, dah masak merah lagi
then yang ni nak menyambal pulak ehe
^_^
pelbagai variasi masakan ayanm boleh dipraktikkkan

meh try sama-sama...
manatau taisliur tgk time posa2
ngeee.....


AYAM SAMBAL PEDAS ^_^

1 ekor ayam
Garam secukupnya
segenggam asam jawa dan gaul dengan air

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

10 biji cili kering
4 biji bawang merah
2 ulas bawang besar
2 cm halia
3 cm lengkuas
2 batang serai
2 cm belacan
4 biji buah keras
sedikit cili padi -siti letak~ suka bila pedas...slurppp...

CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisas halus . Serai dititik atau boleh dikisar sekali . Cili kering perlu direbus dahulu atau direndam dalam air panas supaya menjadi lembut dan mudah dikisar.

- Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit.Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak.Kalau suka boleh biar sampai garing.

- Panaskan kuali dengan lebihan minyak gorengan tadi, tumis bahan yang dikisar hingga garing. kemudian masukkan gula, garam dan air asam jawa...gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

DONE ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan